Badan saya hari ni sakit-sakit. Ni sebab menebas la ni, semalam. Saya rasa macam buat strength training pulak. Apa itu strength training?
Strength training adalah latihan guna berat badan sendiri, atau pemberat, seperti dumbell, kettlebell atau resistance band, atau alat-alat dekat gym tu, untuk bina muscle mass atau otot, strength atau kekuatan dan endurance, atau ketahanan.
Biasanya, bila kita buat strength training, badan akan rasa sakit keesokan harinya. Kenapa? Bila otot tu buat kerja lebih dari biasa, dia memang akan rasa sakit. Ini adalah normal. Tu sebab bagi seorang pelari, kalau dia ada event lari, adalah tidak digalakkan dia buat strength training seminggu sebelum event. Ini supaya badan boleh perform waktu event.
Hari ni saya sambung menebas lagi. Tak habis lagi. Pelan-pelan. Saya menyabit sambil duduk atas stool kecik. Lepas tu, rumput yang dipotong, saya sapu guna rake.
 |
Credit photo https://pixabay.com/vectors/garden-gardening-rake-tool-1300347/
|
Saya angkat rumput yang dipotong guna pungkis.
 |
Credit photo Wak http://warisanpetani.blogspot.com/2015/11/alatan-perkebunan.html |
Kemudian, saya kumpulkan rumput di tempat pembakaran. Tapi saya tak bakar pun. Saya tunggu rumput jadi kering, saya sumbat dalam plastik sampah hitam. Saya kumpulkan depan rumah. Seminggu sekali, ada kontraktor sampah hasil pokok dan rumput akan datang, kutip. Seminggu sekali ke, kadang 2 minggu kot. Kadang tak perasan bila dia mai kutip, tiba-tiba hilang je.
Hasil menebas hari ni. Cantik tak? Tiada lagi semak-samun dan rumput panjang. Hujung sana tu belum siap. Sambung esok.
Workout habis tangan saya. Suami saya cakap, tangan saya tangan mesin. Rumput nampak macam dipotong guna mesin. Tiada lagi pokok cili tua yang disusun di tepi tembok dinding. Semua saya dah buang, sebab banyak kutu putih bawah daun pokok cili tu.
Ini adalah tempat pembakaran. Habis dahan pokok ceri pun saya potong, yang rendah-rendah. Tu, ada semak lagi, dan beberapa kawasan lain lagi, yang saya akan sambung esok. Menggunung rumput. Saya buat suka hati, bila kawasan tu dah naik matahari, saya pindah pi tempat lain. Hehe.. walaupun pakai topi kebun, tapi panas la encik! Eh, hari ni tak sepanas semalam. Dan saya masuk rumah lebih awal, sebab saya kena masuk makan, dan masak.
Sebelum makan, saya timbang berat dulu.
Saya start buat intermittent fasting (IF) pada 13 Januari. Hari ni, genap 6 hari saya IF. Meh kita tengok... tadaaaa
Berat saya hari ni adalah 56 kg!!! Turun 2 kilo!
Yay! Walaupun saya pilih plan 16-8, iaitu 16 jam puasa dan 8 jam makan. Tapi selalunya, saya terbabas sampai 17 jam, 18 jam puasa. Sebab saya riadah, atau menebas. Macam semalam, pukul 12 tengahari baru saya masuk rumah. Jadi, first meal of the day dah jadi lunch dah. Bukan breakfast lagi. Tapi saya belajar minum air masak lebih banyak. Sebelum ni, saya banyak minum air manis seperti nescafe dan kopi.
Lepas mandi dan makan, saya goreng nasi untuk lunch anak-anak. Lepas zohor, saya ke hospital, ambil ubat.
Rutin biasa saya, tiap-tiap bulan ambil ubat tiroid.
Jadi, saya mengambil keputusan untuk cuti lari sekejap, sebab saya nak menghabiskan kerja menebas rumput. Badan sakit, minta rehat.
Oleh itu, goal streak saya, iaitu 10 ribu langkah sehari, berakhir di hari ke 36. Titik. Hari ni tak lari. Esok pun tak kot. Lepas habis menebas, baru saya akan lari balik. Takpe, benda ni, bila-bila boleh sambung buat semula.
Cuma saya ada idea nak bersihkan kawasan rumah macamana. Sudah bulat. Dalam kepala. Hehe. Nasib baik kawasan rumah saya takde la besar mana. Besar lagi kebun Wak
Warisan Tani tu. Hehe... peh, respek saya, orang buat kerja kebun ni perlu tenaga yang banyak. Ingat senang, nak jaga tanah berekar-ekar? Saya punya kawasan yang tak berapa nak besor ni pun dah lenguh tangan, badan segala. Tapi takpe. Berusaha!
Jumpa lagi, ye. 😊