Friday, 14 February 2020

off kejap kot, masuk gua

Hari ni, genaplah 60 hari saya lari, hari-hari.
Target goal ialah 13000 steps sehari.



Baru-baru ni, ada kawan masa belajar bagitau, dia akan jalani operation bulan depan. Dia ada breast cancer, stage 1. Umur 43.

Pastu, ada wife kawan masa belajar juga ada breast cancer, dia minta tolong kawan-kawan doakan agar wife dia cepat sembuh.

Saya tahu camana breast cancer tu, sebab arwah mak saya meninggal breast cancer.

Kadang saya rasa macam tak best, share pasal larian harian saya di Instagram atau facebook, sebab saya khuatir post-post macam ni, boleh buat orang-orang tertentu rasa sedih, sebab tak boleh lari.

Saya ada sorang kawan masa belajar juga, sekarang on dialysis 3 kali seminggu, umur 42, macam saya.

Saya bersyukur kerana Allah bagi kesihatan yang baik pada saya. Ujian Allah bagi pada manusia berbeza-beza. Saya dulu pun pernah alami zaman sakit, yang membataskan tugas saya sebagai surirumah. Tapi saya bangkit dan lawan. Alhamdulillah, sekarang dah ok, walaupun saya tak macam orang lain, kerana saya on medication sampai akhir hayat. Tapi tak kisah la tu, asalkan sekarang saya dapat jalankan tanggungjawap saya sebagai isteri dan ibu. Syukur, Alhamdulillah, dapat lari lagi hari-hari. Laju ke, tak laju ke, niat utama untuk sihat.

Jadi, saya rasa, saya tak nak dah la share aktiviti larian saya di ig dan facebook seperti sebelum ni. Saya tak nak ada hati yang terluka. Ok, mungkin saya letak kat story je la, sebab benda tu satu hari je kan. 

Semoga kawan-kawan saya dan semua orang yang tak berapa sihat sekarang ni, disembuhkan oleh Allah dan dipermudahkan urusan dia orang. Semoga kuat jalani ujian ini. 

Jumpa lagi. 

Saturday, 1 February 2020

Kuku baru

Bila kali terakhir kuku kaki anda tercabut?

Saya kan, last sekali masa sekolah rendah. Long time ago.

Selama ni saya ada baca, kuku kaki selalu tercabut bagi orang yang banyak lari. Tapi saya tak pernah pun alaminya. Sehinggalah baru-baru ni, ambik kau... 

Semuanya bermula lepas Putrajaya Night Marathon. Saya ada cerita tak yang saya ada masuk marathon? Huuu, takde, kan. Pemalas punya blogger. 

Alhamdulillah, saya selamat lari 42 km masa Putrajaya Night Marathon, dalam masa kurang dari cut-off time, iaitu 6 jam 30 minit. Itu adalah marathon kedua saya join. Kali pertama saya join marathon, tahun 2018, Hulu Langat Marathon, masa saya ambil untuk habiskan ialah 8 jam 30 minit. Hehehe.. masa tu cut-off time dia 10 jam. Tahun ni, dah 8 jam cut-off time dia. Jadi, saya renew personal best saya, syukur, Alhamdulillah. 

Berbalik kepada cerita kuku tadi, bukan satu jari, tapi 2 jari. Nasib baik juga la tak sakit. Dia cuma nampak pelik mula-mula. Dia bukan bertukar color lebam ke apa, cuma jadi color putih. Bila kita tengok macam dah terlerai, jadi, ada kuku baru kat belakang. Saya pula takde la nak cabut sendiri ke apa, sebab benda masih melekat. Jadi, saya let dia fall off naturally. Pelik sangat rupa kuku baru tumbuh ni. Malah, kuku jari paling kecik pun dah jadi lain macam. Kenit benor. Takpe la tu. 

Hari ni dah pun masuk bulan Februari. Cepat masa, kan. Kalau boleh pause masa, saya nak pause sekejap. Bukan buat apa, nak termenung jap. Nak pikir benda. 

Jumpa lagi.