Tadaaa....

6 Ramadhan 1441 Hijrah.

Tiba-tiba hari ni saya keluar balik dari gua. 😀

Sebab saya dapat email notification, ada komen baru kat blog ni. Saya tak sangka ada orang baca blog saya, yang baru dan tak menarik ni. 😊 Tima kasih ye.

Sebenarnya, saya buat blog ni sebab saya tak ada tempat nak bercakap. Ye, saya tahu, saya hanya perlu luahkan pada Allah. Tak perlu cerita kat media sosial. Sebenarnya, tak perlu luahkan pun. Dalam hati kita pun, Allah boleh baca. (Surah Al-Mulk: Ayat 13). 

Sekarang, PKP. Hari ke berapa? Hari ke 42. Hidup kita semua berubah. Saya dah lama tak drive kereta. Sejak cuti sekolah seminggu sebelum PKP start tu la, saya dah tak bawa kereta. Lama giler, kan. Suami yang beli barang selama ni. Sebab dia masih bekerja, seperti biasa. Alhamdulillah.  

Lari? Last saya lari, sehari sebelum 1 ramadhan. Dalam rumah. Saya lari keliling meja makan, masuk bilik, sebab rumah saya ada 2 bilik yang share 1 bilik air, saya rentas bilik air yang jarang digunakan tu, dan saya masuk bilik tidor lagi satu, lepas tu ke ruang tengah rumah, dan kembali ke meja makan. Itulah route larian saya dalam rumah. Ntah berapa kali saya pusing, tak terkira. Kadang saya buat 5km, kadang hari malas, saya cuma 2km, tapi ada satu kali saya cuma nak tengok berapa lama saya boleh tahan, saya buat half marathon dalam rumah. 21km! Seronoknya. Banyak benda yang kita boleh buat dalam rumah, yang kita tak sangka selama ni, kita boleh buat pun.

Hikmah PKP. Banyak sangat, bagi saya. Pelik penyakit covid19 yang boleh membunuh, boleh membawa hikmah kepada kita juga. Saya juga jadi rajin masak. Sebab dah tak boleh keluar makan di  luor. Ayam percik yang selama ni kita beli kat pasar ramadhan, pun saya dan suami boleh buat hari tu, kat rumah. Rindu pi pasor ramadhan punya pasal. Alhamdulillah, lepas rindu kat ayam percik. 😋

Kita dah mula adapt pada rutin baru. Saya yang malas online ni, hari-hari (kecuali sabtu dan ahad), masuk juga whatsApp, nak check homework cikgu bagi, supaya boleh pass kat anak. Kadang ada hari rajin, saya buat homeschool. Sebab kalau biar je, bukannya buat latihan budak-budak ni. Kena duduk satu meja, pantau dia orang buat, barulah bergerak sikit. Dalam sejarah juga, ada anak saya tahun ni, takkan dapat buat periksa UPSR, sebab dah dibatalkan. SPM pulak, ditangguhkan ke tahun depan, untuk anak sulung saya. 

Event run pulak semua dibatalkan atau automatik masuk ke tahun depan. Saya setakat ni, tak ada lagi event larian. Cuma lepas raya ni, ada 2. Nanti apa-apa update dari penganjur, saya akan tulis sini. 

Walaupun kes baru covid19 ni makin kurang, tapi saya rasa, elok la pkp ni dibuat lama-lama. Bior betul-betul habis, takde kes baru lagi sekurang-kurangnya 14 hari. 

Saya doakan semuanya semakin baik.

Lagi satu, saya yang tak pernah solat terawikh sorang-sorang seumur hidup saya, tahun ni, saya cuba buat. Alhamdulillah, boleh pun. Walaupun kalau pi masjid, rasa dia lain, tapi itulah namanya, adapt to  new normal. Semoga semuanya semakin baik.

Semoga saya dan anda yang baca tulisan saya ni, diberi kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. Selamat berpuasa. 

Jumpa lagi ye.