Menganjing

Zassss.... berguling kepala atas jalan raya. Berpisah dari badan. Darah keluar, merata-rata, atas jalan raya, juga pada pedang yang saya pegang. Senyum saya, kepuasan. Bukan satu, tapi dua kepala binatang tu, kaku, atas jalan raya. Saya merenjis pedang yang saya pegang, supaya tiada lagi darah mengalir pada pedang saya. Sebijik macam Michonne, karakter dalam siri Walking Dead. Haha, puas hati saya! 

Michonne killing zombie in Walking Dead.
 Photo credit: Gene Page. Copyright the Walking Dead Production.

.
.
.

... cuma semua tu tak berlaku. Ia cuma berlaku dalam kepala saya. 
Apa yang berlaku adalah, saya cuma mampu berdiri tegak macam tiang bendera, dan jerit kuat-kuat!

Entah apa salah saya?
Saya cuma keluar jogging je pun.
Saya tak kacau orang.
Saya tak masuk rumah orang.
Saya cuma berjogging di kawasan perumahan saya. Tak boleh ke? Cukai jalan saya bayar, cukai tanah saya bayar, tak boleh ke?

Saya sedang berlari anak, langkah kecil, naiki jambatan kecil dekat rumah. Bila sampai atas jambatan, fuh... good hill training, saya fikir.
Kemudian saya nampak seekor anjing berlari ke arah saya. Saya terus berhenti jogging, dan berdiri tegak. Tuan anjing terus menegur anjingnya dari jauh, supaya tak apa-apakan saya. Anjing tu memang tak gigit saya, tapi dia dekatttttttttttt sangat dengan saya! Saya tak de eye contact langsung dengan anjing tu. Sebab saya pernah baca, kalau anjing target kita, jangan lawan dia. Buat macam kita ni orang yang paling bosan dalam dunia untuk dia terkam. Menguap ke, tengok handphone ke, cuma jangan pandang dia direct atau buat tak tahu je. Jadi itu lah saya buat. 
Tuan anjing datang ambil anjing dia yang cuma selang 1-2 cm je kot dari saya. Tapi dia tak cukup kuat tarik anjing dia. Anjing dia still dekat sangatttttttt dengan saya. 
Kemudian datang anjing dia lagi seekor, pun sama, mulut terbuka, tunjuk gigi, datang pada saya dekat-dekat. Ya Allah!!!!!! Saya jerit terus!!!!! Benda berlaku dalam pukul 7.30 pagi macam tu. Rumah yang tertutup pintu pun, bila saya jerit, terus buka pintu.
Tuan anjing kata, jangan lari.
Lari apa ke bendanya, saya berdiri tegak macam tiang bendera, tengok atas, tak berani tengok dua-dua ekor anjing yang menyeringai, ternganga, mempamerkan gigi tajam masing-masing.
Tuan anjing ambil masa lebih kurang 10 saat untuk menjauhkan kedua-dua ekor anjing yang galak mengerumuni saya tu. Saya rasa macam forever la, saya duduk di situ. Saya sempat tanya tuan anjing, apa pasal you tak pakai leash? (tali yang pegang anjing tu). Dia tak jawap.
Bila dia dah jauh dengan anjingnya, baru saya boleh gerakkan kaki saya, sambung jogging. Terbantut segala-galanya pada hari tu.
Seronoknya bela anjing ye, time berak, bawa pergi depan rumah orang, asalkan bukan rumah sendiri. Saya dah biasa tengok tuan anjing tu, bawa anjing dia jalan. Tapi hari tu, dia biar anjing dia lepas. 
Macam-macam yang saya fikirkan sepanjang saya jogging. Itu kali kedua saya kena dengan anjing. Dulu pernah kena, dengan anjing hitam, tinggi pinggang saya, ikut saya jogging. Bila saya jalan, dia jalan. Bila saya jogging, dia jogging juga. Bila saya masuk lorong kiri, dia ikut juga. Tapi at least anjing hitam dulu tu, tahu social distance. Tak datang dekat. Ni, yang tadi ni, ya Allah.... syukur saya tidak digigit, macam ada shield halang anjing tu buat apa-apa kat saya. 
Lepas habis jogging, saya lalu jalan yang sama, untuk balik ke rumah saya. Seekor anjing pun tak kedengaran. Selalunya, bila saya lalu jalan menuju ke jambatan tu, rumah yang paling tepi tu, anjing dia selalu salak pada orang yang melintas. Tapi hari tu, entah mana dia sembunyi anjing dia. Mungkin sebab dia dengar saya jerit kuat gila tadi.
Saya dah tak jogging dah kat kawasan perumahan saya sejak peristiwa tu. Hari-hari suami teman saya jogging, walaupun dia kerja shif petang, balik tengah malam, dan tak cukup tidur. 
Kadang-kadang saya penat dan rasa bosan, dan rasa marah, tapi tak tahu nak lepaskan macamana.
Kadang-kadang saya fikir, kenapa kita tak boleh bawa pistol? Supaya boleh tembak anjing ke, orang ke, yang niat jahat pada kita.
Kalau boleh bawa pedang, best juga, macam Michonne. Atau bawa pepper spray? Bawa lastik? Bawa kayu? Entah lah....
Kalau terjadi pada anda, apa yang anda buat?