Cancelled Running Event

Tahun ni, saya ada register masuk 4 event lari. 3 dah cancel, 1 lagi dia tangguh ke tahun depan. 

Bagi event yang dibatalkan, ada yang return balik yuran masuk dalam akaun, dan 2 lagi dia bagi baju lari dan medal, walaupun tak lari.

Berikut barang dari salah satu event yang dah dibatalkan, baru dapat 2 hari lepas.


Baju lari, medal, drawstring beg, buku nota kecil dan jam, dari Puzzle Run Lumut 2020.

Jam tu berfungsi dengan baik, suami saya punya tak boleh caj pun. Penganjur cakap, 100 penyertaan pertama dapat jam tu. Alhamdulillah, saya bagi jam saya kat suami, sebab saya pun dah ada jam lari. 

Saya rasa rindu nak lari dalam event. Tapi apa nak buat, covid, kan. Kita jaga kita.


Hari ni, saya lari sorang, suami kerja. 

10 km hari ni, layan bukit juga. Tapi makcik semput, jalan la jugak, atas bukit tu, tak daya nak lari all the way. Saya bersyukur sebab Allah bagi saya nikmat berlari. Lari buat kepala saya dapat berfikir dengan waras, dan juga my "me" time. 
Harap hari anda semua ceria. Buatlah apa yang kita suka, kalau kerja je sepanjang masa, buat kerja untuk orang lain, boleh hilang motivasi. Asalkan benda yang kita suka tu tidak salah dari segi agama, go ahead. 

Salam Jumaat dari saya. ^_^

Riadah Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul pada semua...

Kebetulan suami off kerja hari ni. Jadi hari ni, riadah bersama suami tercinta.

Mula-mula lari. Saya yang lari. Suami jalan je. Lepas 5km, saya join dia jalan makan angin sat. Tengok laut. Lepas tu, jump rope sekejap.

Ok, saya masih tengah menyesuaikan diri guna jump rope baru. Saya rasa tali dia singkat. Tapi orang yang buat jump rope ni memang dia sendiri pro dalam jump rope, dan dia jual customised tali ikut ketinggian orang. 

So, saya tengah dalam proses mastering basic jump. Kalau guna tali lama, saya boleh non stop 100 kali lompat. Tapi tadi paling lama tak sampai 20 lompatan pun. Aiyaa... takpe, kena teruskan praktis.

Dekat app Garmin Connect, ada challenge tau, setiap bulan. Ada walk, run dan cycling challenge. Bagus lah dia buat challenges ni, supaya motivate orang untuk bergerak aktif. Bila kita settle satu-satu challenge, ada lah dia bagi point, dan point tu menentukan kedudukan kita antara kawan-kawan yang kita add kat app Garmin Connect tu la.

Untuk hari ni, saya dah settle challenge ni...


13 miles of running bersamaan 21 km la. Bukan buat sekaligus dalam satu hari, ikut kemampuan kita, dalam julat hari yang dia bagi.

Lepas ni saya nak cuba buat walk challenge pulak. Tak tau la boleh habiskan ke tidak, sebab tinggal baki 2 hari, last day challenge pada 31 hb. Berusaha!

Apakah aktiviti yang paling best lepas beriadah?

Makan la, apa lagi....! Hehehe...


Roti banjir special satu! Inilah kerjanya, lepas burn kalori, tambah balik kalori. Habis tu, cer bagitau macamana nak turun berat lagi? Hahahaha.... hidup untuk dinikmati. 

Baiklah, sekian cerita hari ni.

Selamat menikmati the rest of hari cuti umum hari ni. Semoga hari anda semua ceria dan dirahmati Allah.

Intermittent Fasting

Lepas hantar anak ke sekolah, pergi jogging pagi tadi. Semalam tak jogging, hujan satu hari. Cuma jump rope saja di rumah. Hari ni Alhamdulillah, cuaca baik.

Hari ni sempat 7 km saja. Lepas tu matahari dah rasa panas, jom balik. Eh tak, kita jump rope sekejap, 10 minit.

Riadah hari ni dengan suami. Lepas tu, pergi hospital, ambil ubat.
Tak ada penjarakan sosial. Kat hospital tu, kan ada disediakan tempat duduk, yang ditandakan X tu. Jangan duduk kat X kan. Tapi ramai je yang duduk kat  X. Bulan lepas saya duduk elok-elok, ada orang datang duduk kat tempat X sebelah saya. Jadi saya bangun cari tempat duduk kat belakang. Bila berdiri belakang pun, ada je yang datang dekat. Kita lari dari orang, tapi orang suka datang dekat dengan kita. Suami saya kata, taktik Brazil. Dia duduk untuk suruh kita bangun, cari tempat lain. Ha ha, betul juga. Orang tua banyak saya tengok tak patuh SOP. Tapi kita diam je la, malas cari gaduh. 
Tadi ok, saya duduk jauh-jauh, tak boleh nampak screen nombor pun, cuma dapat dengar speaker panggil nombor kita untuk ambil ubat. Alhamdulillah, settle satu urusan.

Masa tu cepat berlalu. Tup tup dah pukul 10 pagi. 
10 pagi masa saya sarapan. Saya memang macam ni, breakfast pukul 10 pagi dan last meal sebelum 6 petang. Intermittent fasting. 
Sejak saya amalkan, ada turun berat, sebab saya pernah stuck, plateau, 60 kg je. Nak bagi turun dari 60 kg tu, tak turun-turun. Tapi lepas saya intermittent fasting ni, Alhamdulillah, berat jadi 57 kg. 2 minggu lepas, saya turun sampai 55 kg, tak ada selera makan punya pasal, masa suami masuk hospital. Hehe... BMI saya pun dah normal. Masa saya start berlari, cuba teka berat saya berapa?

72 kg! BMI obese kelas 1. 
15 kg hilang. Cuma berlari dan jump rope. Yoga pun saya ada buat dulu. Tanpa produk kurus. Tanpa gym. Tanpa personal trainer.
Slow-slow, kita usaha. Insya-Allah. Niat untuk sihat.


Ni breakfast pagi tadi. Ha, sayur mana, sayur? Alamak, jahat kan saya, malas makan sayur. Nasi dengan ikan keli masak lemak cili api. 😋 Minum nescafe O. 
Sebenarnya, doktor saya nasihat tak elok saya minum kopi atau nescafe. Kalau nak minum, dia suruh beli yang low acid coffee, macam kopiko tu. Tapi saya ni memang... hahaha....

Oh ya, hari ni best, nak tau kenapa?
Sebab jump rope saya baru beli semalam dah sampai.
Wow, hebat betul beli kat shopee, semalam klik, hari ni dah sampai.


Jump rope by Jumptera!
Jump rope yang saya pakai sekarang, anak saya bagi kat saya. Awek dia bagi kat dia, tapi dia malas guna. Harap dengan ini, bertambah smooth lompatan hendaknya. ^_^

Jumpa lagi....
Take care...

Riadah hari ini...

 Hari ni beriadah dengan suami.


Dah lama tak buat 10km. Penat juga.

Lagi pun, tak pernah buat 10km kat lokasi pagi tadi. Ok jugak. Sebab loop besar. Kawasan luas.

Suami teman. Dia jalan je. Dia baru keluar hospital hari tu. Dah cakap dah orang boleh pi jogging sendiri, tapi dia nak teman juga. Hehe... Dia tak de la sampai 10 km. Mungkin 5 km kot, ikut shortcut banyak. Tak kisah la tu. Buat mana mampu, ikut badan sendiri, jangan compare dengan orang lain.

Lepas lari, jump rope 10 minit.

Saya suka apa yang jump rope ni buat kat body saya. Lari tu dah ok, tapi bila saya start jump rope lebih  kurang 4 bulan yang lepas, rasa badan lebih lean. 

Alhamdulillah atas nikmat sihat yang Allah bagi.

Lama betul saya tak update blog.

Saya harap semua yang baca blog ni berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia.

Ada pepatah omputih cakap, "If you don't have anything nice to say, then keep quiet". Itulah sebab saya berdiam diri selama ni. Bukan saja di blog ni, malah kat medium media sosial yang lain. 

Entah. Saya pun tak tahu dari mana datangnya "Rage" yang tak sudah-sudah dalam diri ni. Tapi saya tengah belajar untuk berlapang dada dan terima semuanya seadanya.

Kita tak boleh control benda yang di luar kuasa kita. Tak payah la pikir benda tu semua. Allah tak akan menzalimi seorang pun hambaNya. 

Saya lari juga sekarang ni. Pace doesn't matter. Slowjog saja. 

Saya rasa cukup dulu buat masa ni. Apa-apa, saya akan update lagi.

Jaga diri kita dan keluarga kita. Be safe, semua. 💓