Monday, 30 November 2020

Bersedia...

Hello.... Assalamualaikum semua, pembaca yang saya hormati sekalian. 

Apa kabor anda hari ni?

Tajuk entri, bersedia. Bersedia untuk apa tu ye?

Untuk cabaran jump rope, start esok. Insya-Allah. Saya dah pun daftar untuk masuk. Hehe... mapuh...




Kredit gambar kepada Coach Mohd Zarin.

Saya masuk cabaran ni, bukanlah untuk hadiah tu. Kalau dapat, itu rejeki. Tapi saya nak tengok apa jadi kalau saya skipping 1000 sehari selama sebulan, dan buat sikit senaman cardio. 

Hari ni kita ambil ukuran dan timbang berat. Nanti tamat cabaran nanti, pada 31 Disember, Insya-Allah, saya akan update apa-apa perubahan ye.


Tarikh: 30 November 2020

Berat: 59 kilogram

Ukuran pinggul: 99.5 sentimeter

Ukuran pinggang:74.5 sentimeter

Dalam beberapa hari saya tak berlari ni, berat saya dah pun naik 2 kilogram. Sekarang anda tahu kenapa saya lari hari-hari sebelum ni. Bila saya berlari, saya makan banyak pun berat saya maintain 57 kg. Paling tinggi pun, dia 58 kg. BMI normal. Tapi bila hari ni saya timbang, 59 kg, kau! Hambik... BMI dah jadi overweight. Huwaaa.... padan muka saya. 

Jadi, bila tak berlari, saya kena kurang kalori intake saya. Semoga istiqamah.

Baik. Hari ni, kita makan dulu. Esok kita start ye.


Hotdog di atas saya satu, suami satu. Itu makanan tengahari. 


Hahaha... sekarang mesti anda rasa, tak heran pun kalau berat saya naik kan. Gambar di atas adalah Tiramisu Donut Cake, dari Big Apple Doughnut. Selalu lalu lalang nampak, tapi baru hari ni, terbeli. Maafkan saya. Nafsu makan saya kuat! Astaghfirullahalazim.... eh, tapi bukan saya makan sorang tiramisu tu. Share 4 orang.

Sudah tu, sudah. 

Baik. Bersedia. Esok kita berusaha! 😊

Sunday, 29 November 2020

Cabaran Jump Rope

Hi semua... assalamualaikum... 😊

ada cerita sikit. Dapat berita dari kawan runner di tempat saya ni, yang salah satu tempat lari kena rush dengan polis dan rela semalam. Situ memang ramai orang jogging, sebab tempat riadah lain dah tutup. Yang kena kompaun ada, yang kena amaran pun ramai. Tak kira, walaupun datang asing-asing, tapi sebab ramai jogging situ, kira menyalahi SOP juga, lebih 10 orang. Kesiannya. 

Nampaknya, saya ambil keputusan betul dengan stop lari pada masa ini. Mungkin lain hari, bila PKPB dah habis ke, tempat riadah dah dibuka ke, baru saya sambung lari semula. Kes Covid kat Perak pun dah naik dengan mendadak. 

Baru semalam, saya guna fungsi hotspot di MySejahtera, on GPS, ada 1 kes dilaporkan dalam lingkungan 1km radius dari tempat saya berada. Selama ni, tak pernah ada. 0 kes saja. 

I am glad yang saya dengar cakap hati saya, untuk stay beriadah di rumah. Itulah hikmahnya saya kena marah hari tu kot, supaya saya tak kena kompaun. Hehe.

Baiklah. Hari ni saya jump rope sahaja di rumah.


Hari ni, saya jump 1000 kali. Alhamdulilllah.

Saya tengah memikir-mikir la, nak join atau tak, cabaran jump rope, yang di-share di instagram. Oleh coach Mohd Zarin. Sebulan cabaran tu, nak kena buat hari-hari di sepanjang bulan Disember. Berikut saya copy and paste butiran cabaran ini.

"YES Challenge!
Year End Skipping Challenge
————
.
1,000 jump rope
20 rep workout 1
20 rep workout 2
Everyday for 30 Days
*Workout tu terpulang dan boleh tukar2 setiap hari

1 - 30 Dec 2020
HADIAH :
1 x Rush Athletics Ghost Rope
(Worth RM140)
and some other prizes
————
.
Rules
——-
1. Kalau nak join korang kena sign up dengan tinggalkan komen di next post saya, “YES saya join”
.
2. Buat challenge ni setiap hari without fail dan upload progress (video/gambar/data dari smartband etc) di IG Story dan tag saya
.
3. Boleh guna apa-apa ropes tapi extra point kalau guna weighted rope
.
4. Pada 31 Dec 2020 nanti jam 10pm saya akan buat IG Live dan pilih nama pemenang menggunakan sistem randomiser.
.
5. Entry Points
Weighted Rope = 2 Entry
Normal Rope = 1 Entry
.
Maksudnya kalau korang pakai weighted nama korang akan ada 2 dalam system jadi peluang nak menang lebih tinggi. Tapi orang yang pakai normal rope juga masih berpuang untuk menang walaupun entry ada 1 saja
.
6. Dari semasa ke semasa saya akan buat mini challenge supaya beri peluang orang tambah entry points, so stay tune"

Untuk info lebih, boleh la ke instagram Mohdzarindotcom

Mampu ke saya nak skipping setiap hari 1000 ni? Haish, macam susah je. Eh, mesti la susah, kan, kalau tak, takde la namanya cabaran. At least benda ni bagi saya keluar peluh, hanya di rumah. Tengok la nanti camana. Jika anda berminat, boleh la search ig yang saya sebut di atas ye.

Jumpa lagi..😊

Saturday, 28 November 2020

Workout Sabtu dan Makanan

Hai... korang buat apa tu? 

Hari Sabtu hari ni... anak-anak takde class online. Hari ni baru boleh main Cluedo dengan anak-anak. Cari gaduh lagi, ada orang gelak-gelak, terkentut, dia pi hala kat kita pulak... wah.. bau semerbak, tak buang ayor besor budak ni, kena paksa makan sayur ni. 

Hehe.. setelah semalam saya down satu hari, hari ni saya ok. Tak kan la saya nak biarkan hanya sorang tegur saya kasar, jangan lari, saya terus tak lari. Banyak lagi cara lain boleh riadah, keluar peluh, betul tak? Lagi pun, saya percaya yang "What You Give, You Get Back" 😁

So, hari ni, saya skipping saja dalam kawasan rumah.

Ba

Boleh tahan kalori terbakor, 178. Alhamdulillah.

Hidup kena diteruskan. Pilih lah untuk happy. Camana nak happy? Makan la! Hahaha... 

Korang suka makan kat mamak? Kalau suka, apa yang best?

Saya suka juga makan tosei.


Kalau order tosei di kedai mamak dekat rumah saya ni, dia akan bagi dengan kari, chutni dan dhal. Tosei yang nipis, rangup di makan, sedap kalau cicah dengan chutni. 😋

Ada hari, rajin masak. Stok sardin pun banyak. Jadi, saya buat roti goreng berinti sardin.


Roti putih biasa saja saya guna, saya letak sardin yang telah dihancurkan dengan bawang dan cili api. Saya guna bancuhan tepung gandum sebagai pelekat, dan guna garpu untuk lekatkan sisi roti. Saya buat, suami gorengkan. Itu jadi extra gelap sikit. Bukan ambil masa lama pun untuk goreng roti sardin ni. Bila leka sikit, hitam jadinya. Takpe, sendiri juga makan. Huhu.

Sementara hari lain pulak, ada pisang berangan, tapi dah naik hitam. Budak-budak ni bukan suka makan buah yang dah masak ranum ni. Dia suka yang baru beli je. Jadi, kita lenyek-lenyek, buat cokodok.


Memang layan, makan cokodok, sambil tengok movie. Now you see, now you don't. 😄

Korang punya peberet makanan apa?

Saya, sejak dari kecil, memang suka sate. Tahukah anda, masa saya bujang dulu, 20 cucuk sate, saya boleh habiskan sorang saja, dan badan tetap remain kurus cikeding. La ni, kalau order 20 cucuk, share 2 orang la ye.


Ok juga rasa sate Restoran Opah ni. Dia punya sate kambing pun sedap, rasa macam makan lamb chop, tau. Lembut, cicah kuah kacang yang pekat, tutup mata dan bayangkan kesedapannya, syorga! 

Ada hari lain pulak, makan kat kedai tomyam. Saya order nasi goreng daging merah.


Cuba lah tengok portion nasi dia tu. Giler banyak! Kena share 2 orang. Kekenyangan. Ular sawa terus. Cuba kome bagitau, camana nak turun berat lagi? Hahaha...

Tekak kita ni kadang-kadang nak merasa benda yang lain dari yang lain. Satu hari, saya boleh order teh o laici panas.


Korang pernah cuba tak? Boleh tahan la rasa dia. 

Kat rumah saya, ada pokok ceri kampung. Kadang kita tak sempat merasa yang merah, burung makan dulu. Hehe... takpe la tu, rezeki burung.


Bila dapat makan ceri yang merah, rasa dia manis dan lemak, tau. Patut burung suka. Kadang-kadang beruk yang melintas pun singgah juga. 

Itu je la cerita pasal makanan buat kali ni. Kalau teringin nak makan, makan je la. Hidup untuk dinikmati. Ada masa bila Tuhan tarik nikmat makan tu, kita hadap makanan depan mata pun kita tak boleh nak masuk dalam mulut. Jadi, makanlah. Dengan sederhana. 

Jumpa lagi ye.

Friday, 27 November 2020

Kena Marah

Saya kena sound dengan orang *MPM pagi tadi. 

Dia bagi salam. Saya jawap.

"Kak Long, saya boleh kompaun kak Long, seribu, tau!. Lari kat luar!"

Saya minta maaf.

Saya terus lari.

Saya lari sorang. Waktu tu, di kawasan tu, cuma ada saya dan dia. 

Suami saya jalan, jadi dia lambat, dia tak nampak saya kena marah dengan orang tu.

Ok la, saya tak kan lari situ lagi. Salah saya kot, sebab saya pergi tepi laut, walaupun waktu tu belum pukul 7, dan tak ada orang. Bukannya saya piknik. Bukannya saya mandi laut. Saya lari je.

Oh, saya lupa, kan dia orang saman orang kita je, orang cha ya nun alif dia tak saman, walaupun ada yang naik bukit senyap-senyap kat tepi kawasan tu.

Lepas kena sound tu, masa saya lari ke kereta, saya lari laju-laju, saya visualize saya dah ada kat dalam hutan terpencil, lari dalam trail. 

Tapi malangnya saya masih di sini. 

Saya ingat muka dia. Garang. Sombong. Tak boleh ke dia cakap kat saya baik-baik? 

Saya nangis dalam kereta. Habis tu kat mana saya nak lari? Saya sedih.

Babai.

*MPM: Majlis Perbandaran Manjung

Thursday, 26 November 2020

Post Total Thyroidectomy

Semalam saya pergi hospital, ada appoinment doktor.

Sementara tunggu nombor dipanggil, saya baca buku.



Takut pulak saya baca Surah al-Israa, ayat 34. Nanti bila saya habis baca buku di atas, saya buat review ye.

Masa saya jumpa doktor, doktor cakap, result darah saya ada lari sikit. 

Tapi dos ubat tetap sama.

Jumpa lagi 4 bulan. Ok.


Ubat yang saya kena makan, setiap hari.

Saya kena makan ubat ni, sejak saya jalani pembedahan buang kedua-dua belah kalenjar tiroid saya pada tahun 2016. 

Kebiasaannya, orang buang sebelah. Tapi bagi kes saya, dua-dua belah dibuang, sebab doktor khuatir kalau sebelah saja, cenderung untuk sebelah lagi timbul masalah adalah tinggi. Dulu saya ada masalah hipertiroidisma. Lama lah, dalam 6-7 tahun. Saya on and off tak sihat, dan saya cuma dapatkan rawatan bila ada simptom saja, di beberapa klinik, bukan di tempat yang sama. 

Lepas operation tu, terus saya sihat, Alhamdulillah. Cuma saya kena makan ubat sampai akhir hayat, dan jumpa doktor beberapa bulan, sekali, untuk check hormon T4 dan TSH. 

Macamana boleh kena ye, masalah tiroid ni? Faktor genetik pun main peranan juga, sebab arwah ibu saya, dan kakak saya pun ada masalah tiroid ni. 

So, itu aje la cerita semalam. Alhamdulillah. Takde apa.

Oh, semalam, suami saya bakar ayam la. Hehe..


Rajin betul laki aku ni. Dia tahu, kadang-kadang saya malas masak. Sebab saya surirumah, hari-hari masak,  dah tak lalu dah makan masakan sendiri. 

Sedap juga dia bakor ayam dalam oven. Dia google resepi ayam bakar ala domino pizza punya ayam. Sedap! 😊

Baiklah. 

Take care, jumpa lagi ye!

Wednesday, 25 November 2020

Larian Rabu dan Nasi Lemak

Hari ni saya keluar jogging sorang.

Bila sampai tempat jogging, nampak macam ada orang dari jauh. Orang tu pakai jeans, tak pakai baju. Agaknya, dia tidor kot kat situ. Dah la saya sorang jogging situ. Takde orang sampai lagi, baru pukul 6.40 pagi. Lepas tu saya lari backwards. Mengadap ke belakang, supaya saya boleh nampak kot-kot ada orang mengekori saya. Bila takde nampak apa-apa, lari ke depan balik. Pastu, lari ke belakang balik. Lari sambil zikir, Allah, Allah, Allah, Ya Allah... kalau kita ingat Allah, hati kita jadi tenang. Alhamdulillah, selamat.


Sempat jogging 6.47 kilometer. Bila dah pukul 7 pagi lebih kurang, baru ada satu, dua kereta, datang, beriadah kat situ. Saya ingat lain kali, kalau saya jogging sorang, saya pergi tempat lain la.

Lepas saya jogging, saya balik rumah, dan saya jump rope sekejap, dalam 15 minit. Lepas tu, mandi. Lepas tu, suami ajak breakfast luar. Ok. Hari ni dia last cuti, esok dia start kerja semula, dah tak boleh dating. Hehe.. Breakfast nasi lemak ayam goreng. Alhamdulillah.

Hari ni, saya dapat badge berikut dari app Strava.


Elevation (ketinggian) saya lari dah melebihi 2000 meter. Dia kumpul-kumpul tinggi tu, dari larian sepanjang November ni. Bukannya dari satu larian sahaja. Saya bukan naik bukit. Cuma tempat saya lari, ada yang berbukit sikit. 

Tengahari ni saya ada appoinment di hospital. Minggu lepas saya dah ambil darah. Takde apa, saya sihat sejahtera. Cuma routine check sahaja. Apa-apa saya akan update sini.

Jumpa lagi, ye. Salam sejahtera, semoga anda semua sihat dan hari anda ceria hari ini. 😊

Tuesday, 24 November 2020

Larian Selasa dan Kopi

Keluar jogging hari ni, setelah semalam rehat.

Suami teman jogging.

Cuaca hujan sebenarnya, rintik-rintik. Redah saja. Sekali sekala, main hujan.



Sempat 6.09 kilometer. Alhamdulillah. 

Gambar di atas adalah semasa kami pi ngopi di Black Canyon. 

Kiri adalah Black Canyon Iced Coffee.

Kanan adalah Mocha Glacier Frappe.

Peberet tempat, sebab kopi dia sedap. Tapi, takde la pi selalu. Sebab harga dia. Once in a while, me-reward diri sendiri.

Kafein menaikkan heart rate. Bila lepas minum kopi, dan kurang minum air masak, memang jantung laju, bagi saya la. Oleh itu, minumlah air suam banyak-banyak ye.

Semoga hari anda semua ceria belaka.

Jumpa lagi ye.

Monday, 23 November 2020

Riadah Ahad

Semalam hari Ahad, saya keluar lari lepas subuh.

Pukul 7.30 pagi, saya dah selamat lari 5.4 kilometer.


Lepas lari, singgah beli nasi lemak, dan balik rumah.

Bila sampai rumah, jump rope sekejap. Saya set aktiviti sebagai Cardio. Sebab ada selingan buat senaman cardio di antara lompat tali tu, seperti squat dan lain-lain. 

Selepas 6 minit ber-jump rope, rasa sakit kaki di bahagian shin. Memang saya kena belajar untuk lompat very lightly. Asalkan tali tu lepas kaki kita, ok ler, tak perlu lompat tinggi-tinggi. Tapi tengah melompat tu, kita tak boleh tahan rasa teruja tu, kita terbawa-bawa, dan lupa yang kita ni dah tua, dah 40-an, perasan muda. Uhuk uhuk... hehehe...

Bila dah rasa macam sakit sikit kaki, pinjam basikal anak sat, kayuh basikal depan rumah, 1 kilometer, pusing-pusing tang tu. Cuaca pun dah mendung dan nampak macam nak hujan.

Masuk rumah je, terus hujan pun turun. Sambung jump rope lagi, bawah garaj. Hehe.. suami pun dah sidai kain bawah kawasan berbumbung, jadi jom kita ber-jump rope together-gether. 😄

Alhamdulillah, Tuhan bagi badan sihat dan boleh bersukan.

Saya ingat nak buat perubahan sikit la. Saya nak cuba masak cara sihat, seperti rebus, kukus dan bakar. Nak kurangkan guna minyak. Apa pendapat pembaca sekalian, kalau ada antara kawan-kawan yang ada guna air fryer di rumah, boleh bagi cadangan apa brand bagus, dan bagus ke beli tu? Ke, jarang-jarang pakai, ke, ada alat masak lain yang lebih bagus? Kuali ajaib? Steamer bagus? Komen anda amat saya hargai. 

Jumpa lagi, ye.

Jalan Sabtu

Banyak hari saya tak update sini.

Masa saya penuh dengan aktiviti offline. 

Contohnya, saya masak, saya main board game dengan anak-anak, layan movie dengan suami, dan lain-lain. Suami ambil cuti, nak habiskan cuti tahunan dia yang tak boleh carry forward ke tahun depan. Anak-anak pula bila habis kelas online, kami pun main Sahibba, atau Saidina atau Cluedo. Best tau! Lagi-lagi Cluedo tu, macam Detektif Conan la, kita syak siapa bunuh, guna senjata apa, di bilik mana. Haha.

Minggu lepas, 3 hari saya tak beriadah. Last saya keluar pada hari Rabu. 3 hari tak riadah, dan hari Sabtu saya keluar riadah semula.


Pada hari Sabtu lepas, saya jalan 5.53 km. Sebenarnya, saya lari, tapi sebab ada cabaran jalan kat Garmin, maka saya set aktiviti sebagai jalan. Jalan tu, habis lambat, dan sebab saya nak balik cepat, saya pun lari la. Tipu sunat. Tapi zaman sekarang, kena elak tempat ramai orang. Jadi sebelum orang ramai, baik saya balik cepat dan keluar riadah lepas subuh.

Boleh nampak rama-rama dalam gambar di atas? Comel, kan...

Siapa dulu masa kecik-kecik suka tangkap rama-rama?

Hehe.. saya dulu, selalu juga. Kita dulu semua benda kita tangkap. Rama-rama, pepatung, pastu letak dalam botol atau jar. Tutup dengan plastik, dan buat lubang kat plastik tu, supaya udara masuk dan dia boleh hidup. 😄

Dari aktiviti hari Sabtu tu, saya dapat badge berikut.


3 mile, bersamaan 5 kilometer.

Jadi semalam, patutnya ada muzik-muzik separuh akhir yang ketiga kan, tapi ditangguhkan sebab Alif Satar positif covid-19. Kesian kan, dah ramai orang kena kuarantin, sebab contact rapat. Saya hari-hari baca MKN dan Kementerian Kesihatan punya telegram. Kalau kita tengok hari-hari, kita akan perasan yang dulu banyak kawasan hijau, tapi sekarang satu-satu kawasan tukar jadi merah, kat Perak la. Kat Selangor jangan cakap la ye, memang merah dah lama. Maksud saya, benda ni boleh berlaku kat sesiapa saja. Kat awak, kat saya, sebab kita kan check-in kat mySejahtera bila kita masuk kedai. Boleh jadi kita contact rapat, walaupun kita tak tahu, sebab lokasi kita pergi boleh jadi orang tu positif. Kalau kita sorang terlibat takpe, ni bila sorang positif, satu family kena swab test tu. Dengan anak-anak yang kecik lagi, kesian kan... Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari penyakit ni. 

Selamat, ye.

Wednesday, 18 November 2020

Kelabu macam cuaca yang mendung

Hari ni saya keluar jogging juga, tapi tak berapa lama. Mood malas. Semalam dinner awal sangat, jadi pagi ni perut lapor.


Ha, sat je jogging, tak sampai sejam pun, mengikut data dalam gambar di atas.

Gambar menunjukkan dilema orang yang pakai spek, baru keluar kereta.

Bila agaknya depa nak jual spek ada wiper, atau anti kabus.

Eh, hari ni tak ada gambar makanan. Hehe.. ok la ye. 

Selamat, semua.

Tuesday, 17 November 2020

Larian Selasa, Mee Rebus dan Cucuq

 Hari ni saya pi jogging.


Lari sejauh 7.58 kilometer. 

Lepas lari, singgah kedai makcik bawah pokok, pekena mee rebus sat.

Suami makan nasi lemak.

Side order, cucuq 2 ringgit.


Cucuq cicah kuah kacang. 

Peberet saya ni, sejak sekolah rendah.

Dulu masa saya darjah 1, saya ingat lagi, saya beli cucuq, satu pinggan, harga 20 sen. Lepas tu, tak cukup sepinggan. Saya pulak jenis makan kat padang, bawah pokok. Bukan makan kat kantin. Lepas habis sepinggan, bawak pinggan kosong ke kantin, ulang beli lagi. Tak perlu beratur pun. Tak ramai orang minat cucuq kot. Budak lain lagi minat makan nasi. Saya beli lagi cucuq. Cucuq kosong. Kalau ada udang pun, kecik je, itupun sekor. Hehe.. Nasib baik kantin tak jual cucuq hari-hari.

Ops, berbalik pada larian pada hari ni.

Hari ni, dah pun melepasi 100 kilometer di app Strava.


Alhamdulillah. Allah bagi nikmat berlari. 

Lepas sarapan mee rebus dan cucuq tadi, singgah di GDex, pos barang kait yang orang order.

Nanti-nanti lah saya share apa yang saya kait ye. 

Saya fikir mungkin saya buat blog asing kot, khas untuk barang yang saya kait. Insya-Allah.

Sampai rumah, sebab malam semalam hujan, jadi tak perlu siram pokok.

Saya jump rope sajalah.


Workout lain pulak saya cuba di app Crossrope. 

Sekian cerita hari ni.

Jumpa lagi ye.

Senin punya cerita

Semalam saya tak update blog, sebab sibuk sikit.

Lepas tu, saya cuma beriadah dalam kawasan rumah. 

Saya berjalan pusing-pusing kat garaj kereta, sampai 2 kilometer.

Sebab hari Ahad saya dah jalan 11 km, dan hari Isnin saya buat 2 km, boleh dapat badge berikut di garmin app...


Selepas berjalan tu, saya ber-jump rope pulak.


Lepas habis jump rope je, memang lenjun.

Semalam saya tak cukup langkah dalam sehari. Putus goal streak saya. 

Dekat app garmin tu, saya set target 11,000 steps dalam sehari. Dah 18 hari dah maintain. Tapi sebab semalam ada hal, saya tak keluar jogging, tak capai target. 

Hari ni, saya start balik. 

Itulah. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita.

Selain lari dan bercucuk tanam, saya boleh mengait. Saya dah jarang mengait, sebab sibuk lari je. Tapi kadang-kadang order tu masuk, walaupun saya tak promote di mana-mana. Rezeki. Bila orang dah bayor, kita kena siapkan order dulu. 

Dah siap dah. Dah pos pagi tadi. Boleh sambung riadah balik.

Selamat ye. Take care semua.

Sunday, 15 November 2020

Sunday Walk

Awal pagi hujan. Selalunya lepas Subuh, saya dah siap-siap nak pi jogging. Tapi sebab hujan, saya masuk dapur...

... masak mee goreng. Mee goreng kosong je. Ada fishcake dan telor. Sayur pun takde.

Lepas masak je, hujan pun berhenti. Suami tanya, nak pi jalan-jalan tak?

Saya on je... 😁


Kalo tengok langit dalam gambar di atas, ada rainbow. Tapi tak berapa jelas. 

Kami jalan-jalan di sekitar kawasan perumahan kami je. Pusing-pusing, makan angin. Brisk walk.


Sampai ke sekolah anak kami jalan. Dari rumah ke sekolah anak, lebih 2 km, tapi tak sampai 3 km. Ler, nampak jari saya dalam gambor di atas. Maap ye, tak pandai ambil gambor. Nanti hakak cuba improve, ye.


Selfie satu! Hehe.. suami bawak kayu. Eh, bukan kayu. Buluh. 

Dari rumah, ada lalu tempat yang ada anjing. Yang salak tapi duduk diam ada. Yang salak dan nak datang dekat pun ada. Tapi angkat buluh satu, acah acah, anjing pun u-turn. Hehe.. bagus, bagus. 


Ada burung bangau putih kat padang di atas. 

Bila nak sampai rumah semula, sarung face mask, singgah kat kedai nasi kerabu sat.


Hah, tu dia! Banyaknya nasi kerabu dia! Kekenyangan! Nak jalan balik camna? Suami saya dah slow down dah, lepas makan. Hehe...

Jarak berjalan santai-santai hari ni, 11 kilometer. Alhamdulillah.

Sampai kat rumah, ingat mee goreng ada lagi, untuk buat makan tengahari. Habis! Licin dah kuali. Macam ni la ada anak-anak yang sedang giat membesor. Nasib kami dah singgah pekena nasi kerabu. Kalu tak, makan loti lor!

Selamat ye, semua.

Jumpa lagi.

Saturday, 14 November 2020

Sabtu Run, Breakfast dan Lunch

 Saya tak tahu nak tulis tajuk entri ni apa.

Lari, makan, repeat, tu je korjenya. 😄


Pagi tadi, jogging sejauh 11 kilometer. Dengan suami saya. 

Lepas jogging, singgah mamak. Pekena roti canai special, seperti gambor di atas.

Keenakan roti canai yang disirami kuah dal campur kari, serta adanya 2 biji telor separuh masak di atasnya cukup untuk membuat lobang idung kembang kempis, tambahan pulak minum teh tarik, yang telah sekian lama saya tak minum. Hohohahahihi... Alhamdulillah...

Larian hari ni telah membolehkan saya dapat badge berikut...


Challenge ni start pada hari Jumaat. Perasan tak, Jumaat, iaitu semalam, adalah Friday the 13th. Apa berlaku masa Friday the 13th? 

Jason keluar. 

Siapa Jason?

Dia ni ha...


Pembunuh bersiri yang pakai hockey mask tu. Yang tak mati mati, macam Freddy Krueger tu. Friday the 13th juga selalu dikaitkan dengan series of unlucky events, lebih kurang. 

Tapi Garmin ubah jadi challenge Lucky 13. Sesape lari dari 13-15 November, cukup 13 miles (21 km), dapatlah badge ni.

Saya bahagi separuh 21 km tu, semalam saya lari 10, hari ni 11 km.

Baiklah.

Sebab banyak burn kalori, marilah kita makan balik. Hehehe...


Pekena lunch di Mee Tarik Warisan Asli.

Saya cuba mee kari, manakala suami pekena mee goreng bersama ayam.

Yang suami punya pedas mee nya, dan saya punya ada rasa macam maggi kari sikit. 

Alhamdulillah.

Selamat berhujung minggu, semua...

Jumpa lagi ye.

Friday, 13 November 2020

Akhirnya saya keluar

Tak penat ke makcik, lari hari-hari? 

Penat, sape cakap tak penat?

Tapi dia punya "after feeling tu", buat saya happy. Tu yang rasa kalau tak lari, rasa tak lengkap hari.

Macam tak pekena kopi la, rasa macam tak kena la. Ha, gitu la.

Hari ni saya lari kat luar, tau. Setelah 4 hari lari dalam rumah. Suami saya pun ikut sekali, walaupun dia baru balik kerja pukul 6 pagi.


Syoknya dapat keluar. Alang-alang dah lari luor tu, saya buat 10 km terus la. 😁

Balik singgah tapau nasi lemak. Pastu, suami belikan ni (sila rujuk gambar di atas), tepung talam perasa doghoyan! Peh... my peberet! Freshnya bahagian atas pulut tu, rasa makan doghoyan yang baru dikopek pulak. Nyum nyum, alhamdulillah...

Berikut badge Garmin yang dapat hari ini, setelah berlari...


Sudah cukup 50 miles, bersamaan 80 kilometer lari. 

Alhamdulillah.

Malam ni kan ada Anugerah Bintang Popular tu kan. Saya baca kat fb, ramai yang minta batalkan. Anda rasa? 

Event besar macam tu, orang nampak, sebab masuk tv.

Tapi ada juga event yang tetap diadakan walau kes covid kat negara kita cecah 1000 lebih, tiga hari berturut-turut, dalam minggu lepas, kan. Walaupun waktu tu, PKPB belum start. Kadang-kadang, saya rasa ada sikap double standard ler. Contohnya, running event banyak yang cancel, tapi baru-baru ni, ada satu company (tak payah la saya sebut), buat family day dan ada family fun walk dan run. Dah tentu la tak keluar paper benda macam ni, tapi saya nampak, sebab saya ada di situ waktu event tu berlangsung. Saya pun tak tahu menahu hari berkenaan akan ada event, tapi dah terlanjur ada situ. Kenalah jaga jarak, antara ramai-ramai manusia tu. Pendapat saya yang kurang ceredik ni, tak aci la camtu. Ada orang buat salah boleh je, takde kena kompaun ke, tapi orang biasa yang kurang have have ni la yang kena kompaun. Apa pendapat anda?

Harap semuanya baik-baik belaka bagi korang. 

Babai....

Thursday, 12 November 2020

New personal record 5K

 Laaa hai, saya boleh tak perasan yang saya ter-renew rekod peribadi saya untuk 5 km, pada 8 November yang lepas.


Bila scroll workout lepas-lepas, ternampak ada piala kecik kat larian di atas.


Walaupun hanya beberapa saat, tapi saya tepek jugalah kat sini, buat simpanan rekod my personal best (PB). 

Rekod lama 5 km: 38 minit, 39 saat

Rekod baru 5 km: 37 minit 53 saat

Dari gambar di atas, ternampak sekali PB saya untuk 10 kilo, half marathon (21 km) dan marathon (42 km). Nama pun slow runner. Golongan veteran pulak tu. Malu hakak. Menyiput forever and ever. Laju laju, nak pi mana. 


Taman Awam Teluk Batik, lokasi terakhir saya lari luor rumah. Teluk Batik ditutup sempena PKPB. Tapi kalau kita lari kat taman awam dia, agak-agak kena saman tak? Hehe...

Baiklah. 

Yang bekerja, selamat bekerja. Yang duduk rumah melayan anak-anak yang tak ke sekolah, bertabahlah! 😁

Babai!

Masih dalam rumah

 Ni apehe, tak keluor-keluor rumah ni?

Haaaa.... somebody help me... saya tak tau nak jogging kat mana...

Buat hari ni, saya jogging keliling meja makan lagi.

Tapi saya ubah sikit. Saya jump rope dulu, baru saya jogging.

Untuk jump rope workout, saya telah download app Crossrope, dan ikut workout untuk beginner.

Lenjun! 😁


App Crossrope tu cakap, saya burned 294 calories. Itu anggaran je. Dekat app jam saya, calory burned saya adalah 131.

Ha... hari ni, saya belajar trick baru dalam jump rope, iaitu Boxer Step dan Alternate Foot Jump. Kena praktis lagi 2 tricks ni, sebab hakak asyik sangkut je. Last-last hakak gulung carpet dan sapu lantai. Jumpa duit syiling banyak. Hui, bila last aku sapu bawah carpet ni? Bila kawasan dah lapang, barulah best melompat dalam rumah. 😁

Selesai jump rope workout, barulah saya jogging keliling meja makan.


Hari ni 4 kilo je. Sakit kaki melompat punya pasal. Ok ler tu, kena dengor cakap kaki.

Oleh kerana tukang masak sakit kaki, bos rumah berkenan menunaikan permintaan tukang masak untuk order keepci melalui foodpanda. Yay! Alhamdulillah....

Mana gambor ayam? Takde, dalam perut sudah.

Babai, see you later.

Wednesday, 11 November 2020

Nasi Briyani dan Workout Rabu

 Camana ni... dah 3 hari tak ngeteh kat luar. Hehe.. 

Hari ni, saya try buat nasi briyani kari daging adabi dalam tin. Pengaruh rakan-rakan blogger. ^_^. Derhaka sikit pada resepi, guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja. Tomato tak ada, susu cair pun tak ada. Planta digantikan dengan minyak sapi. Tadaaaa...


Walaupun rupa tak berapa cantik macam rakan-rakan blogger buat, tapi baunya tidak mengecewakan. Harummmm... Alhamdulillah, rasa boleh tahan. Lembut dagingnya ye. Patut kena letak 2 tin. Saya letak 1 tin je. Jadi rebutan.

Merujuk kepada gambar nasi briyani di atas, hari ni saya berlari 7 km dalam rumah. 

Lari sambil dengar spotify.

Lepas lari, saya ber-jump rope seperti biasa.


Hari ni saya buat 1400 jumps. Saya masih baru dalam jump rope ni. Baru mastering basic jumps. Lepas habis 1400 jumps tu, saya ada cuba buat side swing, criss cross dan shuffle. Boleh ler, nak share video, malu lah. 

Oh ya, 2 tempat saya selalu jogging, iaitu Pantai Teluk Batik dan Lumut Waterfront tutup masa PKPB ni.

Screen shot dari FB Viral Perak.

Jadi, kalau nak jogging kat luar, memang kena jogging kat kawasan perumahan je, atau tepi jalanraya. Sorang-sorang. Huhu... nanti lambat laun saya kena lari kat luar juga. Yakin boleh!

Kesian kat orang Selangor, tak de air ye. Adoi... harap semuanya baik-baik belaka.

Jumpa lagi ye.