Thursday, 31 December 2020

Saya menang! ^_^

Makcik menang motor!

Eh, taklah. 

Saya menang Ghost Rope by Rush Athletics!!!!!!!!!


Tali skipping baru lagi! Oversea mari!!!!!

Haaaa..... saya menang! Saya menang! Saya menang!

Alhamdulillah, alhamdulillah.

Saya tengah buat lompat bintang sambil berguling.

Saya sangat happy!!!!!!!!!!!

Happy new year!!!!!!!!!

Saya menang!!!!!!!!!!!!!!!

I did it!!!!!

Saya berjaya!!!

Syukur Alhamdulillah!!!!!

Saya menang Year End Skipping Challenge!

😀😁😄😍😀😁😃😄😊😍

Babai 2020...

Assalamualaikum, dan hai semua... 😊

Awal pagi tadi, lepas suami saya pulang dari kerja, kami pergi jogging.


Bulan pun masih ada di langit, waktu kami sampai di Teluk Batik. Aman damai rasanya. Tak ramai orang pun, awal pagi. Kami cuma berjogging sejauh 2 kilometer, bila saya tiba-tiba rasa bosan, dan ajak suami pergi sarapan. 😁


Saya sarapan nasi kerabu daging bakar. Nasi kerabu kambing dah habis. Laku betul makcik ni niaga. Saya ok je, setahu saya, daging yang saya makan adalah halal. Makcik tu beli daging lembu tempatan, bukan daging import. Daging tempatan mahal, tu pasal sikit je daging bakar dia letak. Hehe.. haip, tak baik komplen. Sedap, alhamdulillah.

Lepas sarapan, kami pergi pejabat pos, untuk hantar hadiah kepada tiga orang lagi Top Pengomen blog saya ni. Sementara suami saya pula, renew lesen memandu dia, walaupun birthday dia bulan depan dan lagi 2 minggu lagi. Kemudian, kami pun balik rumah. Saya siram pokok. Kemudian, saya rasa macam nak lari dalam rumah pulak. Hehe..


Saya jogging sejauh 3.48 kilometer dalam rumah. Gambar di atas adalah gambar kueh yang saya dan suami makan masa sarapan di kedai nasi kerabu tadi. Kueh ketayap, karipap, serimuka dan tepung pelita. Macam bulan puasa pulak rasa, tepung pelita. Ye ke? Rasanya la, sebab suami yang makan.

Dari aktiviti riadah hari ni, dapat badge berikut dari app Garmin Connect.


Finish Strong badge. Oh, tahun lepas pun dapat juga. Hari ni, saya cuti skipping. Hehe... 

Selamat tahun baru 2021 kepada pembaca semua. Saya harap, tahun baru akan jadi tahun yang lebih baik pada kita semua.

Selamat ye, dan jumpa lagi. 😊

Wednesday, 30 December 2020

Hari terakhir Cabaran Skipping

Year End Skipping Challenge hari ke-30, merangkap hari terakhir. Yay!

Saya baru lepas bungkus 3 barang lagi, untuk hadiah pengomen terbanyak di blog saya. Insya-Allah, esok saya pos. Untuk lebih info tentang pengomen terbanyak, boleh klik entrinya di sini. Terima kasih, kerana sudi baca blog saya yang baru ni. Saya hanya seorang surirumah yang gila lari dan skipping, tambah pula tiada sumber pendapatan. Tapi sebagai tanda penghargaan, saya ingin hadiahkan sesuatu yang saya hasilkan sendiri, guna kemahiran mengait dan menjahit saya yang cetek ni, untuk anda. Ikhlas dari saya. 

Lepas subuh pagi tadi, bila suami baru balik kerja, dia ajak pi breakfast kat mamak. Anak sulung ikut sekali.


Saya dan suami makan telur separuh masak, dengan roti bakor. Anak sulung makan roti telor dan kuah kari. 


Tapau sekali nasi lemak, untuk dua orang anak lagi kat rumah. Nasi lemak bungkus daun pisang ni, dihantar oleh orang melayu, ke restoran mamak ni. Sedap, walaupun nasi lemak biasa. Cukup rasa, tak berapa pedas sambalnya.

Lepas balik rumah dan tengok-tengok pokok dalam setengah jam, saya pun buat cabaran skipping.


Saya skipping sebanyak 2,000 kali hari ni. Seronok punya pasal, sebab besok dah tak perlu kira lompat lagi.


Lepas skipping, saya buat lunges sebanyak 20 kali.

Lepas tu pula, saya buat squat jump sebanyak 20 kali.

Seterusnya, saya sambung lari dalam rumah. Pokok tak perlu siram pagi tadi, sebab hujan lebat malam sebelumnya. 


Saya lari 5.02 kilometer, dalam rumah. Keliling meja makan, dan masuk bilik. Dah lama tak lari dalam rumah. Pembawaan PKP. 😁 Gambar menunjukkan pokok bunga ros yang saya baru beli Sabtu lepas, saya dah transfer ke luar pagar. Saya berhajat buat rose bush, macam omputih. Hehe..

Tamatlah sudah skipping challenge. Lepas ni, saya masih akan terus skipping, cuma tak perlu kira berapa banyak lompatan dah. Suka hati. Lega saya. Esok, 31 Disember, akan diumumkan pemenangnya, pukul 10 malam. Penganjur akan buat live di IG. Harap saya tak tertido. Tapi kalau terlepas pun, saya ok juga. Saya rasa bangga akan diri sendiri, sebab saya berjaya tolak ke tepi perasaan malas untuk skipping. Berat saya turun 1 kg. Tak banyak, pun. Sebab saya makan banyak juga, 3-4 hari lepas. Masa saya start, berat saya 59 kg. Di tengah bulan, jadi 57 kg. Hari ni, 58 kg. Tapi berat bukanlah satu-satu indikasi kejayaan challenge ni, bagi saya. Bila saya tengok cermin, saya suka apa yang saya nampak. Memang skipping bole toned badan kita. Perut jadi lebih shape. Tangan pun. Alhamdulillah, atas nikmat sihat. 

Apa aktiviti anda hari ni? Harap semuanya berjalan lancar. 

Jumpa lagi ye. 

Tuesday, 29 December 2020

YES Day 29

Year End Skipping Challenge hari ke-29.

Assalamualaikum dan hai semua...

Pagi tadi, saya dan suami pergi jogging. Suami saya sebenarnya baru balik kerja. Tapi dia nak teman juga. Kesian pula kat dia. Mungkin dia risau saya pi jogging sorang. 


Jogging santai-santai, 5 kilometer. Dekat kawasan Teluk Batik ni, basah jalan. Hujan di awal pagi, saya rasa, dengan udara yang sejuk. Tapi kat rumah saya, tak hujan pun. Jogging pagi tadi telah melayakkan saya dapat badge berikut dari app Garmin Connect.


Badge untuk lengkapkan 20 batu, bersamaan 32.2 kilometer dari 20 hingga 31 Disember. Hehe..

Selepas jogging, saya pun skipping.


Guna tali berat. Dapat buat 1,200 lompatan.


Lepas tu, untuk workout pertama, saya buat lompat bintang sebanyak 40 kali.


Seterusnya, saya buat butt kicks, sebanyak 20 kali.

Selesai buat cabaran untuk hari ni. 

Tak sangka, esok adalah hari terakhir untuk saya habiskan cabaran ni (cabaran ni 30 hari sahaja). Cepat betul masa berlalu. Kita pun dah nak masuk ke tahun 2021. 

Adakah azam anda pada tahun ni tercapai?

Saya Alhamdulillah, berjaya pecahkan dinding berat plateau saya, iaitu bawah 60 kg. 

Harap hari anda ceria-ceria belaka. 

Jumpa lagi ye. 😊    

Monday, 28 December 2020

YES Day 28

Year End Skipping Challenge hari ke-28.

Assalamualaikum dan hai semua.... 😊

Saya sudah pos untuk seorang pembaca blog saya pagi tadi. Tinggal lagi 4 orang lagi. Esok, Insya-Allah, saya akan pos untuk seorang lagi pembaca yang saya hargai. Saya masih menunggu alamat Wak Warisan Tani, nohas orang bukit dan Amie, Amie's Little Kitchen, tapi dia sekarang sedang berehat kerana kurang sihat. Untuk lebih info, boleh klik sini, hadiah untuk Top Pengomen

Pagi tadi, saya dan suami pergi jogging.


Pace siput. 😁 Jalan santai je. Sambil tengok pokok, tengok laut. Cantik kan pokok kat atas tu? Ada orang panggil, tu pokok taik mamak. Ada juga yang panggil pokok taik ayam. Hehe...

Oh, hasil dari jogging saya hari ni, saya dapat badge berikut dari app Garmin Connect.


Dah lepas 300,000 langkah dah untuk bulan Disember ni. Alhamdulillah. Lepas jogging, saya dan suami skipping.


Tinggal 3 hari lagi untuk saya habiskan cabaran skipping ni. Tak sabar rasanya. Bukan apa, dah tak larat nak mengira.

Kira lompatan guna daun kering

Lepas habis cabaran ni, bolehlah jump rope sesuka hati, 10 minit ke, setengah jam ke, satu jam skipping ke, suka hati aku. Kita enjoy, tak perlu kira dah.

Lepas skipping 1,200 kali, saya buat workout pula.


Bagus juga hari ni beriadah di tempat macam ni. Ada alat-alat bantuan senaman ni. Saya buat leg swing, iaitu menghayun kaki ke depan dan kebelakang, sebanyak 20 kali untuk setiap kaki. Lega rasanya buat ni. Dapat meregang otot kaki.


Kemudian, saya buat senaman seperti di atas, saya angkat kaki, dan guna kekuatan tangan untuk tahan badan di udara. Tapi saya tak boleh luruskan kaki saya. Lain hari saya cuba, encik. Hari ni baru lepas skipping, kaki ketor. Kalau tak ada 2 bar macam kat atas, boleh juga kalau kita tergantung kat monkey bar tu, dan angkat kaki dari tanah. Cuma tergantung, saja nak test tangan kita, boleh angkat body ke tak.


Lepas tu, saya buat crunch, seperti gambar di atas. Angkat kepala dari posisi baring. Boleh rasa di bahagian perut. Cantik sangat pemandangan masa saya buat crunch ni. Nak tengok apa yang saya nampak?


Langit biru. Awan sikit je. Tenang je hati saya. Rasa nak tidor situ pun ada. Sayu pun ada.

Sekian aktiviti riadah untuk hari ni.

Saya harap, hari anda ceria ceria belaka. 

Jumpa lagi ye. 😊

Sunday, 27 December 2020

Hadiah untuk top Pengomen

 Assalamualaikum dan hai semua...

Saya amat berterima kasih pada anda yang sudi baca blog kecil saya ni. Sebagai penghargaan, buat julung kalinya, saya ingin bagi sesuatu sebagai cenderahati pada anda, yang paling kerap tinggalkan komen. Drum roll please......

...

...

.... tadaaa.....


1. NA dari blog Pencarian Jiwa Diri Saya

2. Azhafizah MN dari blog Sihatimerahjambu

3. Warisan Petani dari blog Warisan Petani

4. nohas dari blog orangbukit

5. Amie dari blog Amie's Little Kitchen

Kepada 5 top pengomen di atas, sila sertakan butiran anda seperti nama, alamat penuh dan nombor telefon ke email knitskiki@gmail.com

Terima kasih kerana sudi baca, tinggalkan komen anda, dan kenal dengan orang macam saya ni. Saya cuma seorang surirumah yang suka berlari. Saya hargai anda semua.

Tahniah kepada 5 top pengomen! Yay! Kepada pembaca yang lain,  tahun depan boleh cuba lagi ye. 😊

YES Day 27

Year End Skipping Challenge, hari ke-27.

Hai.... pagi ni, saya dan suami pergi jogging.


Gambar di atas, adalah peta laluan saya jogging. Pagi tadi, kami jogging sejauh 6.08 kilometer.

Ada ramai orang kat Teluk Batik hari ni. Ramai yang berkhemah juga. Beruk pun banyak. Hotel penuh parking.

Lepas jogging, saya skipping pula.


Hari ni, saya skipping sebanyak 1,100 kali. Guna heavy jump rope.

11 X 100 = 1,100 jumps

Saya dah ambil kurang masa untuk buat seribu lompatan termasuk workout. Dulu-dulu, sampai 40 minit masa saya.


Untuk workout pertama, saya buat step up. Naik turun, naik turun, sampai 20 kali.


Untuk workout kedua, saya buat jumping jack atau lompat bintang, 20 kali.

Selesai buat cabaran skipping, saya dah suami jadi pelancong sat, di tempat sendiri. Kami try sarapan di salah satu kedai makan di Teluk Batik. 

Saya makan maggi goreng bersama ayam goreng, dan suami makan bihun goreng campur kuetiau goreng bersama ayam goreng. Minum nescafe o panas 2 gelas. 1 air kelapa. Harga RM26. Suami saya minta orang kedai kira balik. Kali kedua kira, RM23. Ye ke? Mahalnya! Kira balik. Kali ketiga kira, RM21. 

Makan: RM10 (2 orang)

Minum: RM6 (nescafe o kira RM3 satu gelas X 2)

Air kelapa: RM5

Ok ler. Maksud saya adalah, kalau anda pergi melancong ke mana-mana, jangan terus bayar harga makanan. Suruh dia kira berkali-kali. Kalau orang luar, saya rasa, mesti dah bayar harga mula-mula orang kedai cakap, RM26. Ish, cepatla orang kedai tu naik haji. Korang pun kalau datang ke Teluk Batik atau Lumut, jangan terus bayar je, ok.

Lepas tu, kami singgah kedai tepi jalan di luar. Bungkus 3 nasi, bersama 3 air, harga RM19 sahaja. Ha, kan murah tu, harga standard ler tu.

Kalau nak murah lagi, makan je kat rumah. Hehehe... kami tadi saja test jadi pelancong. Padahal orang tu tak tau pun yang kami hari-hari jogging Teluk Batik, cuma first time makan kedai dia. Lain kali tak masuk dah la. 

Oklah. Jumpa lagi ye.

Be safe, semua.

YES Day 26, semalam punya skipping

Year End Skipping Challenge, hari ke-26 semalam.

Semalam, saya tak sempat nak update blog. Berjalan lagi. Itula kerjanya. Sementara suami off kerja ni kan. Beli barang apa patut untuk keperluan anak sekolah. 

Walaupun tak pergi jogging semalam, tapi jumlah langkah lebih 10,000. Penat berjalan. Tapi seronok la. Orang bawak, rezeki jangan ditolak. Hehe..

Bailah, saya buat cabaran skipping ni, lepas saya sampai rumah, balik dari Pasar Pagi Bota Kanan.



Semalam, saya skipping sebanyak 1,200 kali. Cepat-cepat buat, sebab cuaca dah panas. Laju macam kartun saya lompat.


Kemudian, saya buat squat jump sebanyak 20 kali. Turun bawah untuk squat, dan lompat setinggi mana kita mampu.


Kemudian, saya buat plank up down 20 kali. Dari full plank, turun buat elbow plank, kemudian naik balik, full plank, ulang ulang. Pengsan!

Berusaha! Sikit hari lagi untuk saya habiskan cabaran skipping ni. I got this! I can do this! Semangat pada diri sendiri. 😊

Jumpa lagi. Marilah kita habiskan masa berkualiti dengan family kita. 

Pokok baru beli dan pokok di rumah

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua... 😊

Semalam, hari Sabtu, saya tak pergi jogging pun. Tapi saya dan suami pergi Pasar Pagi Bota Kanan. Beli makanan untuk sarapan, dan jalan-jalan tengok barang dan pokok.

Jalan punya jalan, berkenan pulak dengan pokok orkid kuning ni.


Hehe... macam comel je. Saya beli, harga RM25. Saya sebenarnya, tak pernah ada orkid di rumah. Tapi, nak cuba lah. Saya pun rasa macam nak tanam pokok bunga lebih sekarang, banding pokok sayur. Saja, tukar angin. 

Selain orkid di atas, saya ada beli satu pokok ros lagi. 😁


Cantik tak? Hehe... suka, suka! 😍 Harga dia RM18.

Lain kali kalau pergi pasar pagi ni, kena bawa shopping bag atau bakul, baru senang nak bawa barang. Semalam sampai sakit-sakit tangan bawa plastik. 

Lepas balik rumah, saya skipping sekejap, selesaikan cabaran harian, dan kemudian, saya tengok pokok-pokok. 


Boleh dikatakan hari-hari juga kutip bendi. Dalam peti ais ada lagi. Saya rasa, dalam banyak-banyak sayur, bendi adalah yang paling senang ditanam. Bagus pula khasiatnya.

Lepas tu, kan... tadaaa....


Pokok timun saya dah berbuah, lah! 😍 Sebelum ni, saya ada tanam juga, tapi dia setakat berbunga. Kali ni, jadi buah. Macam tu rupanya, buah timun tu. Mula-mula, dia kecik je. Gambar diambil semalam. Hari ni, dah semakin besar. Seronoknya saya!

Lepas tu, semalam, saya jumpa satu buah ni, yang dah lama tak jumpa. 


Rupa dia macam epal sikit. Apa tu? Cer teka....

...

...

....

buah bidara la! 😁 

Ni yang kecik, dia ada yang lebih besar sikit.

Arwah mak saya suka makan ni. Rangup. Rasa dia, nak kata masam tak, manis pun tak. Ada orang panggil buah epal malaysia. Arwah mak saya dulu, semua buah yang kita tak kenal, dia suka. Dia beli, pastu paksa kita  makan juga. Kenangan. 

Oklah. Semoga hujung minggu anda ceria-ceria belaka.

Jumpa lagi ye.

Friday, 25 December 2020

YES Day 25

Year End Skipping Challenge, hari ke-25. 

Alhamdulillah, atas nikmat sihat yang Allah bagi.

Hari ni, saya pergi jogging dengan suami dan anak bongsu. Selepas kesusahan yang dilalui dalam mencari seluar sekolah dia semalam, dengan rela hati dia tanya, "Esok saya ikut mama jogging, boleh?" Hahaha... semoga istiqamah, anakku. 


Jogging dalam 5.78 kilometer, sambil bagi kucing makan. 

Lepas jogging, saya jump rope dengan suami. Anak pun join juga, tapi sekejap je.


Hari ni, saya skipping sebanyak 1,200 kali. 


Lepas skipping, saya buat lompat bintang, sebanyak 20 kali.


Lepas tu, saya buat senaman entah apa ke namanya, tak tahulah. Bantai pi la, dah nak habis challenge ni, dah run out of idea dah, workout apa nak buat. Angkat kaki kiri, sentuh tangan kanan. Angkat tinggi la. Syok jugak buat ni, macam stretching. Lega rasanya. Kemudian, tukar kaki, angkat kaki kanan pula, sentuh tangan kiri.

Budak bertuah, baru skipping 5 kali dah letih

Lepas beriadah, kami singgah kedai makan sat. Hehe..


Sarapan saya adalah capati, cicah kari. Anak makan nasi pulak. Bertuah, baru tadi jogging, dia dah lantak nasi pagi-pagi. Huuuu.....

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

Stay safe, semua. 

Anniversary Dinner

Semalam, bersamaan 24 Disember, adalah hari ulangtahun pernikahan saya dan suami. 😊 Mula-mula, suami ajak book hotel, pi holiday mana-mana, macam tahun lepas. Tapi tahun ni, kami ingat, tak payah la kot. Kalau tak duduk hotel, boleh jimat duit. Sebaliknya, kami pergi makan besar je la. 

Lepas maghrib, kami pun pi kedai tomyam besar, terletak di jalan utama ke bandar Lumut. Sekali-sekala, tak pe la dinner lewat sikit. Selalunya dinner sebelum pukul 6 petang.


Sementara tunggu makanan sampai, kita selfie dulu. Inilah kami, 5 beranak. Suami, saya, dan 3 orang anak lelaki.

Order nasi putih la, dengan lauk pauk seperti telur dadar, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit, ikan siakap masak masam manis dan udang celup tepung. Sementara anak kedua, order kuetiau goreng. Dia kurang suka makan nasi, lebih suka kuetiau atau mee.

Udang celup tepung

Siakap masak sweet sour

Alhamdulillah. Kekenyangan. Dah lama tak makan 5 beranak kat kedai. 

Semalam adalah ulangtahun pernikahan kami ke-19. Syukur Alhamdulillah, atas nikmat dan rezeki yang Allah bagi. Semoga bertambah kasih sayang antara saya dan suami. Dialah teman gaduh saya, teman jogging saya, teman segala-galanya. Sebab saya surirumah, dan saya tak ada ramai kawan. Suami juga seorang bapa yang penyayang. Ada kelemahan dia, saya pun ada kelemahan saya, banyak, tapi kami akan cuba perbaiki, berubah menjadi lebih baik. Kadang-kadang menjengkelkan juga, masing-masing punya kepala, kan. Tapi itulah adat hidup berumahtangga. Bila ada masalah, bincang la baik-baik. Jangan simpan dalam hati. Kena cakap. Kena tegur, kalau salah. Redha Allah nombor 1. Benda lain tak penting. 

Gitula cerita. 3 entri blog menceritakan kisah semalam, 24 Disember. Haha... dari pagi sampai ke malam sibuk. Tak larat nak update blog semalam, penat sesangat dan jadi ular sawa juga. Hehe...

Ok, jumpa lagi.

Pizza Lorong

Semalam, masa cari seluar sekolah anak, pergi satu kedai jual uniform sekolah ni. Suami dan anak yang masuk dalam. Ye la, new normal, mana boleh masuk kedai ramai-ramai, lagi pun kedai dia sempit. Mula-mula saya stay dalam kereta. Tapi waktu tu, perut lapor.

Kat kedai uniform sekolah tu, bahagian belakang dia ada kedai makan kecil, Pizza Lorong. Di kaki lima kedai uniform tu, disusun meja dan tempat duduk untuk pelanggan Pizza Lorong. Jadi, saya pun pergi lah cuba. Takde orang pulak masa tu.

Cikenit je kedai dia. Order pun kat tingkap. Bila dah sign in guna MySejahtera dan check suhu, saya pun order la. Lepas order, dia bagi resit dan satu buzzer ni. Kita boleh duduk luar, sementara order kita siap. Bila buzzer tu berbunyi, kita masuk dalam dan ambil order kita. Kat tempat saya ni, ni baru first time saya jumpa kedai makan guna konsep macam ni. Saya pernah jumpa sekali, masa tu kat Citta Mall, Subang.


Saya order coklat frappe, untuk anak bongsu. Kopi lorong, untuk saya dan suami, share. Dan satu pizza pepperoni ayam.

Tak lama lepas saya duduk di meja bersama order, suami dan anak bongsu pun keluar dari kedai uniform, cakap kena tunggu setengah jam, sebab tunggu kedai siap potong seluar sekolah. Ok ler, jom layan pizza dulu. Perut dah keroncong, tak makan tengahari. Lapik perut dulu. Sementara tunggu makan malam besor. Kenapa makan malam besor? Nanti saya cerita ye. 😊


Tu rupa pizza dia. Lembut dan gebu bila dimakan. Kopi sedap. Tak berapa kuat, tak berapa manis, sedang-sedang. Coklat frappe dia pun sedap. Alhamdulillah.

Ok la. Tu je nak share. Pizza sedap. 😋

Lepas makan sambil borak-borak, seluar sekolah pun siap dijahit. Kami balik rumah. 

Ada lagi cerita. Nanti sambung ye. Hehe...