Monday, 25 January 2021

Ahad - Lari dan makan

 Hari Ahad, setelah lama saya tak berlari, saya start lari semula, dalam rumah.


Saya lari sejauh 5.31 kilometer, dalam masa lebih kurang 1 jam.
Lepas lari, saya buat yoga sekejap, selama 12 minit.

Segar rasanya, dapat beriadah dan keluarkan peluh.

Lepas mandi, barulah saya makan. Saya masih ber-intermittent fasting (IF). Tapi saya uninstall app IF tu. Dah ada general idea, pukul berapa boleh makan, jadi boleh buat tanpa app.

First meal agak lewat juga, dalam pukul 11.30 pagi di pagi Ahad.


Saya sarapan pulut kuning dengan rendang ayam. Suami belikan pagi-pagi. Saya suka pulut kuning. πŸ˜‹

Seronok duduk rumah, rileks-rileks, layan tv. Saya ada tengok satu rancangan realiti korea ni, Restaurant on Wheels: USA. Dia buka food truck di satu taman tema di US. Menarik saya tengok. Telan air liur tengok orang putih makan jjajangmyeon (mee kacang hitam. Betul ke? Kalau salah, tolong betulkan saya tau), sweet and spicy friend chicken, dan hotdog. 


Kita boleh nampak cara dia masak tu. Cara dia buat hotdog, macam corndog yang ada jual kat tepi jalan tu. Kalau dapat rasa sikit mee dia tu, bestnya. Tapi saya memang tak tahu mana nak dapat jjajangmyeon kat kawasan saya ni, di musim PKP, mana boleh keluar lebih 10km radius. Tengok omputih dok makan slurp slurp tak putus-putus customer dia, sampai dia kena stop ambil order, sebab order banyak sangat untuk disiapkan. 
Tapi dalam pukul 3 petang macam tu, saya ajak suami keluar. Harap dia buka la hari Ahad. Tengok-tengok ada! Orang jual corndog. Yay! Saya beli 5, untuk kami 5 beranak kat rumah. Tapau la. Satu corndog harga RM5. 


 Sos cili dia manis. Kalau dia tak letak pun takpe, atau gantikan dengan sos cheese tu.  


Macam ni la bila kita gigit. Separuh dari corndog tu, bahagian dalamnya adalah cheese. Manakala separuh lagi adalah sosej. Meletup, kau! πŸ˜‹ Tahu tak, ini adalah pertama kali saya makan corndog. Pengaruh cerita korea. Hehe...

Itu je la nak cerita. Saya suka, saya suka! Suka sebab dah boleh tengok cerita korea. Sebelum ni, ntah apa masalah dekoder tv kat rumah tu ntah, tak keluar subtitles. Sekarang dah ok. Boleh faham dah. Yay! Mari kita layan citer Korea! 😁

Jumpa lagi ye.

10 comments:

  1. Jjajangmyeon macam mi kicap sebab masin. Muak juga sebab tidak pedas. Mungkin kena makan dengan jeruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo... I see. Itu la, tengok gelap je mee nya. NA dah pernah makan, ye?

      Delete
  2. corndog lama tk buat...suka cheeseeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, mama tisya biasa buat la ye, corndog. Pandainya.

      Delete
  3. samala..shida pun suka pulit kuning ^_^

    ReplyDelete
  4. Sedapnya rendang ayam dan pulut kuning tu. haritu sy buat pulut kuning tapi makan dengan sambal tumis je. Corndog tu sy xpernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga tu, Fizah, makan dengan sambal tumis. Rajin Fizah buat.

      Delete
  5. Anak-anak suka corndog. Di LD RM6 seketoi.
    Pulut kuning tu, sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, mahal singgit kat LD ye.
      Kan Amie, kan... sedap!

      Delete