Monday, 18 January 2021

Akhirnya tiba

 Pagi tadi, tiba-tiba saya rasa macam nak potong rumput. Geram tengok rumput panjang. Suami suruh panggil orang potong rumput. Tapi saya malas la. 

Saya tak habis potong lagi. Giler tebal rumput rumah saya. Walaupun kawasan berumput takdela seluas mana. Mesin rumput manual ada, tapi saya malas nak menolak, sebab benda tu keluarkan bunyi. Peberet tool saya untuk menebas adalah sabit. Sambil potong rumput, saya cabut pokok cili tua. Ada yang ada kulat putih bawah daun tu. Bila kita kacau pokok, berterbangan serangga putih kecik tu. Jadi, saya cabut je la pokok yang ada menatang tu. Pastu transfer pasu kosong ke tapak semaian di tepi rumah. Gitula, kulu kelor, kulu kelor, pukul 12 tengahari juga baru saya masuk rumah. Huh, cepat betul masa.


Ini adalah sabit saya. Ia sangat tajam. Setiap kali lepas guna, saya akan asah dengan batu pengasah, sebelum dilap dengan kain dan disimpan dalam rak. Kalau terjadinya zombie apocalypse, inilah senjata yang saya akan pakai untuk bunuh zombie. Ye la, kita takde pistol kan. Ok, saya dah terlampau banyak tengok cerita zombie.

Lepas zohor camtu, bunyi tin-tin, poslaju mai. Ketibaan yang dinantikan, tali skipping baru, yang saya menang dari Year End Skipping Challenge. Tadaaa...

They Run, We Fly by Rush Athletics

Ingat ke, hari ni tak riadah dah. Sebab dah menebas sampai ke tengahari. Tapi semangat datang bila tali baru tiba. Apa lagi....


1 jam saya jump rope, dengan tali baru, hehe.. lain maciam tali ni. Tak serupa dengan tali saya yang lain-lain. Saya test dengan rutin berikut:

10 basic bounce

1 criss cross

Repeat sampai tak larat. 😅

Best giler! Tak sangkut la! Tapi dah tentulah kena adjust tali dia dulu. Saya potong je lebihan tali yang panjang tu. Cara nak adjust panjang tali, pijak kat tengah-tengah tali. Kedua handle sepatutnya dalam paras ketiak camtu. Kalau lebih, panjang sangat, boleh sangkut time lompat. Banyak tutorial kat youtube ajar camana nak adjust panjang tali. Ada orang tak suka potong, dia buat simpul atau knot. Terpulang pada citarasa masing-masing.


Selepas 1 jam jump rope, saya jogging kejap dalam rumah, sejauh 1.26 kilometer, dalam masa 16 minit.

Alhamdulillah. 

Yay! 

22 comments:

  1. Dapat ilmu baru bagaimana nak potong lebihan tali skipping. Rupanya ukur sampai paras ketiak.
    Saya gelak sendiri, bayangkan Nur bunuh zombie dengan sabit rumput...kihkihkihhhh! Terhibur pulak saya baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga bermanfaat pada Amie.
      Hehehe.. :D

      Delete
  2. Baru tahu sebabnya dahulu pakai tali memang ngam dengan tinggi. Atau pun ada simpul sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tali skipping kena rendah, NA, paras ketiak je. Kalau ikut tinggi kita, mudah sangkut.

      Delete
  3. Adoi tergelak saya part zombie hehehe

    ReplyDelete
  4. takut tengok sabit tu. tapi kalau potong lalang tu best tu. teringat gak zombie. pengaruh cerita betul kan. hihi
    wahh best tu hadiah dah sampai, memang semangat lah tiba tiba kan. extra exercise :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takut tengok sabit? Jangan takut.
      Ye la Fizah. Barang baru kena try. Hehe..

      Delete
  5. rajinnye mak menyabit.,
    rajinnye mak main skipping., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la, encik Wak Lat. Sekali-sekala je.

      Delete
  6. Nak bunuh zombie jangan pakai sabit
    pakai air garam aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, wak? Saya tak tahu pun kita boleh bunuh zombie dengan air garam.

      Delete
  7. sejam buat skipping? omgg me klu buat 30 dah letih !!! hebat gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tade la. Slowly, progress, makan tahun juga ler, Atie. Pelan-pelan kayuh.

      Delete
  8. wah guna sabit..jrg2 skarang org nk menyabit rumput

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. Kawasan tak berapa besor, mama tisya. Itu yang bole guna sabit.

      Delete
  9. apasal sy seram tengok sabit tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, biasa la, Litah. Rupa sabit yang ganas. Yang selalu diguna oleh orang jahat dalam movie, untuk slash leher orang. Hehe..

      Delete
  10. Br tau skip tali skipping tu.. nnt share lg tips ye nur

    ReplyDelete
  11. Alamak.. skip pulak.. tips laa.. adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. biasa tu, typo. Ni mesti kakmim type laju ni.

      Delete