Wednesday, 13 January 2021

Cerita hari Ahad lepas

Alamak, lamanya saya tak update blog.

Masalahnya, bila suami saya off kerja, dia asyik ajak saya nyongket je. Huhu. 

Ha? Tak tahu nyongket tu apa? Menyongket tu, dalam lorat Perak, maknanya jalan-jalan, happy-happy, suka hati, bersiar-siar, gitu. 😁

Hari Ahad tu, belum start PKPB lagi. Perak kena PKPB. Ada antara pembaca sini yang kena PKP kan? Selamat ye, korang. Sebenarnya, saya lagi suka kalau seluruh negara buat PKP macam bulan Mac dulu. Tapi dia nak balance dengan ekonomi ye, tak. Kita ikut je la ye. Dah la kat kawasan Lumut ni, ada kluster baru, iaitu kluster Lumut Barat. Jangkitan tempatan tau. Tak pernah-pernah cecah 200 kes kat Perak ni, semalam boleh cecah. Jadi, walaupun PKPB masih boleh keluar jogging seperti biasa, dengan 2 orang sahaja dari 1 keluarga, tapi saya mengambil keputusan untuk jogging dalam rumah sajalah buat sementara waktu ni. Itu untuk hari ni.

Tapi sebab saya nak cerita ni, aktiviti hari Ahad lepas, ye. Sebelum semua ni berlaku. Kita imbas kembali, sebab saya tak update punya pasal, lambat pun takpe, saya nak update juga. Hehe..

Hari Ahad lepas, saya kena sampuk angin lintang mana tak tau, saya boleh terlari sejauh 10 kilometer gitew...


Kelihatan dalam gambar di atas, adalah bunga dari pokok Tulip Afrika, atau dalam bahasa omputihnya, African tulip tree. Saya google ni. Kalau salah, ampunkan saya.


Nama saintifik pokok ini adalah Spathodea campanulata. Berbelit lidah nak sebut.

Tapi lawa la bunga dia oren, suka saya tengok. Banyak yang gugur.

Berbalik kepada aktiviti larian saya, saya lari sejauh 10.01 km, selama 1 jam, 28 minit. Saya lari solo.

Lepas habis lari, saya balik ke rumah dan sediakan sarapan.


Saya goreng hashbrown. 

Kemudian, saya buat telor dadar, yang dalamnya saya letak cendawan butang, bawang dan cili.

Saya buat 2 keping roti bakor, dan sandwich kan. Roti tu, saya sapu jem strawberry. Haha.. suka hati. Masak sendiri juga yang sedap.

Selalunya, saya update blog di waktu petang. Tapi petang tu, suami ajak nyongket, pekena laksa tanjung. Eh, bukan tanjung Penang tu, ni tanjung kat Kampung Sitiawan.


Saya yang pekena laksa, suami order mee goreng. Lawannya, ABC la. 😍
Boleh tahan sedap laksanya. Kalau kuahnya lekat kat tekak, sampai kena berdehem-dehem, sedap la tu. Hehe...


Kawasan sini tepi muara sungai. Boleh la sambil makan, sambil tengok burung berterbangan, cari makan.

Saya dan suami

Tudung saya pun dah naik senget macam tudung Kak Kek. 😆 
Dah lama tak tengok rancangan Kak Kek ke Kelate ni. Saya sempat tengok 1-2 episode je. Memang selera tengok Kak Kek makan. 

Kredit foto: Instagram @catrionabrianross dan Mingguan Wanita

Bila sudah kenyang, dan letih juga dah lama tak buat 10 km, udah tak larat nak update blog. 
Sekian la cerita hari Ahad.
To be continued... 😊

4 comments:

  1. Macam abah suka nyongket tapi saya yang kadang malas nak ikut sebab nyongket lepas Subuh. Hehe memang waktu abah dan emak tiada di rumah suka masak sendiri ikut tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hui, awalnya abah awak nyongket, NA. Hehe.. betul tu. Masak sendiri, ikut selera sendiri sesedap rasa, kan.

      Delete
  2. belajar perkataan baru harini. Nyongket. setuju sangat masak sendiri jugak sedap. Syok betul makan laksa tepi muara sungai. sambil makan menikmati permandangan indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Ye Fizah, makan sini rasa aman damai je. :)

      Delete