Thursday, 7 January 2021

Cerita hari Rabu pulak

😁 

Pada hari Rabu, 6 Januari 2020, bersamaan 22 Jamadil Awal 1442 Hijrah, iaitu semalam, saya telah melalui hari yang sibukkkkkkkkkk dari pagi sampei ke petang. Kikikiki.....

Kakak saya dah takde, dia dah bertolak balik sebelum subuh lagi. Banyak preparation dia kena buat sebelum dia terobang. Nak tahu kenapa dia terobang, boleh refer post di sini.

Saya tak pergi jogging juga semalam. Saya pergi sarapan dengan suami dan anak sulung, di Kampung Sitiawan. Warung roti canai Pak Tam nama tempatnya. Di sini, adalah kawasan perkampungan nelayan.

Lepas balik dari sarapan, barulah saya beriadah selepas rehat setengah jam. Dia mana boleh terus workout lepas makan. Elok tunggu sat, at least setengah jam. 

Saya buat benda yang sama seperti hari sebelumnya, iaitu jump rope dan slowjog di kawasan rumah saya.


Gambar di atas adalah gambar pemandangan semasa sarapan. Warung roti canai tu tepi sungai, jadi boleh tengok bot-bot nelayan. Boleh bagi ikan makan. 

Aktiviti riadah saya adalah selama 1 jam, 47 minit. Giler la, saya tak recommend jump rope 2 hari berturut-turut sampai lebih 10 ribu steps ye. Jangan ikut saya. Kalau setakat setengah jam, takpe lagi. Kaki sakit woooo....

Lagi pun cuaca semalam hujan sekejap-sekejap dan mendung sepanjang hari. Itu yang saya stay kat rumah saja.

Lepas beriadah dan mandi, saya mengemas dapur.

Dalam entri sebelum ni, saya ada ceritakan kakak saya balik dengan barang 1 lori, kan. Itu la kerja saya, saya mengemas kotak yang dilabel sebagai barang dapur. Saya unpack, dan saya susun dalam kabinet. Kakak saya pun dah bagi kebenaran, untuk guna semua yang saya nak. Semua? Yihaaaaa..... 😍

Dah la banyak hadiah dari wedding presents, kawan-kawan dia kasi. Ada dinner set, tea set, steamer atau periuk pengukus, sampai 3, ada kuali, periuk belanga, pisau, gajet memasak, gajet memotong, ah sudah... mana aku nak sumbat supaya rumah tak nampak penuh ni. Tarappa, saya memang pakar menyusun, dan saya berjaya buat semua benda jadi seperti asal, di rumah saya ni. Kikikiki.... 

Dah la kakak saya ni bawa balik banyak wet tissue. Tisu basah! Ish, saya tak boleh tengok wet tissue ni. Automatically, cleaning mode ON! 

Habis semua benda saya lap kat dapur tu. Segala benda yang hitam dan berminyak, saya cuci bagi bersinar. Periuk belanga yang lapisan dalam dia dah terkeluor tu, yang saya dah lama tak pakai, sebab dikhuatiri mengeluorkan bahan bahaya masa memasak, saya kumpulkan dan suruh suami campak dalam tong sampah besor. Banyak yang di letgo, supaya dapat make room untuk barang baru sampai semalam. 

Alhamdulillah, lewat petang baru saya settle semua kerja. 

Itula pasal saya tak update blog juga semalam. Giler penat kemas dapur ni. Tapi bila tengok semua tersusun dan kemas, ada semangat baru untuk rajin ke dapur. Yay!

Itu la saja cerita semalam. Babai..

6 comments:

  1. Hehe banyak kakak beri barang dapur.
    Rumah saya tukang memenuhkan barang di dapur adik perempuan saya yang sekarang berada di Brunei. Bahan makanan banyak kena habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, hahaha... agaknya memang ada salah sorang dalam family kita yang suka buat rumah penuh, yek. Hehe.. tapi rezeki juga tu kan, NA. Alhamdulillah..

      Delete
  2. dua hari akak yang sibuk. uishh extreme sangat jump rope stail kak nur ni. level beginner jangan buat main :)

    Wahh untung sangat rezeki dapat pekakas dapur.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    rezeki dapat barang selori

    ReplyDelete