Thursday, 7 January 2021

Cerita hari Selasa

Pada hari Selasa yang lepas, iaitu 5 Januari 2021, bersamaan 21 Jamadil Awal 1442 Hijrah, saya telah melalui hari yang sangat sibuk, sampai saya tak sempat nak update blog. 

Keluar jogging pun tidak. Saya cuma ber-jump rope di rumah.


Saya ikut jump rope workout di app Crossrope. Orait gak. Selain basic bounce, dia ada juga alternate leg jump dan boxer steps. Selain tu, diselang seli dengan rehat dan senaman seperti push-up, walk-out, plank dan apa ntah lagi, saya pun dah lupa. 

Tapi memandangkan saya nak cukupkan target 10,100 langkah dalam sehari, saya juga slowjog dan jump rope di garaj rumah saya.


1 jam, 45 minit aktiviti riadah pada hari Selasa lepas. Penat makcik! 😅

Lepas mandi dan sapu rumah sikit, saya ke dapur, masak kari ayam.


Bendi dalam kari di atas, bendi tanam sendiri. Hehe... Alhamdulillah. Dapat menikmati hasil sebagai tukang kebun jadian.

Dah masak nasi bagai, rehat untuk zohor. Lepas zohor, masuk dapur balik.


Saya buat cucuq! Hehe.. cucur ikan bilis, guna tepung cucur ikan bilis adabi. Tapi saya modify sikit la, tambah apa patut. Lagipun, sambal tumis saya masih ada, hari Selasa tu. Buat cicah dengan cucuq, lawan dengan kopi, haaaa..... nikmat!

Saya sebenarnya, menyambut kedatangan tetamu dari jauh, iaitu kakak kedua saya, dari KL, dan abang ipar saya, dari Kuching. 

Haaa... saya tahu apa yang bermain dalam fikiran anda. 

Takkan saya nak cakap dengan family saya kot,"Woi, hangpa jangan balik, kang bawak balik covid, mai jangkit aku pulak." 

Saya dan kakak kedua, masa kecik, depan menara jam Lumut. La ni, dah takde dah menara jam ni, kalau mai Lumut. Amenda ntah, benda bersejarah macam ni depa pi buang. Tempat jam ni dah jadi deretan kedai.

Lagipun, kakak kedua saya ni, dapat posting ke Kuching untuk sesi sekolah 20 Januari ni. Dia mengajar English di sekolah rendah. 

Idok ler teman tahu, bila pulak teman dapat jumpa ngan kakak tengah teman ni, jauh tu. Udah ler teman tak pernah sampei ke Sarawak. Naik kapal terobang sana, nak beli tiket, idok ler teman mampu. Udah nama pun surirumah. Kira, last la ni, dapat jumpa, sebelum dia pi naik jet plane ke seberang nun. Ha, cakap Perok dah keluor.

Udah rezeki dia. Dia nikah dengan orang Kuching, masa lepas PKP dulu. Sebaik sahaja PKP jadi PKPB dulu, dan boleh rentas negeri, waktu tu la dia nikah. Kenduri pun tak buat. Lepas nikah di masjid, makan belah famili pompuan dan family laki, tak sampai 20 orang. Tu jer. 

Saya dan kakak kedua, masa hari pernikahan.

Ada cikgu menunggu bertahun-tahun untuk permohonan transfer lulus. Tapi rezeki kakak saya ni, walaupun dia apply sebelum dia nikah. Tak lama pun, Alhamdulillah.

Dia balik dengan lori, okay, bawa barang-barang dari rumah dia di KL. Barang-barang kecik je. Barang besar seperti perabot, almari, peti ais semua, banyak dia dah jual. Dia nak start kosong di tempat baru. Bawa kain baju je. Tapi kereta dia bawak sana. Shipping la nanti, naik kontena.

Sembang-sembang dengan kakak, susun-susun barang, lepas maghrib, kami pi dinner sama. Abang ipar saya sebenarnya, lebih muda dari saya. Kakak saya ni bertemu jodoh di usia 44 tahun. Arwah mak pun dah pergi, tak sempat tengok kakak saya ni bahagia dengan teman hidup dia. Tapi kakak saya balik juga, sebab nak ziarah kubur mak di sini. Ajal dan maut di tangan Tuhan.

Gitula ceritanya kenapa saya tak update blog hari Selasa. Pengsan! Babai kakakku. Selamat mengajar di tempat baru. Semoga semuanya selamat. Takpe, video call ada, kalau rindu. Rindu amendanya, laki kan ada. Hehe.. panjang umur, kita jumpa lagi. 👭💓

4 comments:

  1. Oh lewat kahwin. Itulah jodoh tak tahu bila.

    ReplyDelete
  2. Keluarga datang jauh datang kenalah kita raikan juga. Tahniah untuk akak Kak nur. Sedap cucur cicah sambal tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Fizah. Memang sedap, cucuq cicah sambal. Makan sambil sembang, sat je habishh.. :D

      Delete