Hari Ahad, Masak Maggi

 Macamana korang boleh update blog setiap hari? Ada blog yang satu hari, sampai 3 entri boleh update. Terer la korang. Saya tak boleh nak buat setiap hari. Ada je benda yang berlaku. Bila dah malam pulak, mata nak tidor je. 

Semalam, hari Ahad, saya tak masak sarapan pun. Hari Ahad, hari cuti masak. Err, ye ke. Hehe...

Sebab saya tak sediakan sarapan, suami pi keluar beli nasi lemak. Jadi, saya boleh jogging dalam rumah lebih awal.


Semalam, saya jogging sejauh 7.02 kilometer, dalam masa 1 jam 27 minit.

Lepas jogging, saya jump rope pula selama 15 minit.

Takde apa pun buat semalam, selain lepak-lepak, layan tv dengan suami. Dia off kerja. 

Bila lepas zohor camtu, perut lapor. Saya masuk dapur sat, goreng maggi. Hehe.

Maggi goreng meatball

Dalam peti ais ada meatball, yang guna untuk bakso tu, saya campak meatball dan isi ayam dari ayam goreng, lauk semalamnya. Maggi pulak saya guna maggi kering kosong. Ada jual, yang tanpa perencah tu. 

Makan maggi dengan chopstick

Sambil tengok movie, makan maggi, sedap tau! 😋

Nasib baik maggi goreng. Kalau maggi kuah, slurp slurp, bagi bunyi hirup kuah kuat-kuat. Kiki... berangan macam orang korea.

Petang macam tu, lepas Asar, suami ajak keluar, jalan-jalan. Saya duduk dalam kereta je. Suami bawak pusing ke sana, ke sini, tapi tak turun pun. Bila pi Teluk Batik, tengok kawasan pantai dibuka. Saya pun jadi pelik, sebab tak silap saya, time PKPB, kawasan rekreasi bukan ditutup ke? Entah, saya pun tak tahu. Lepas pusing Teluk Batik, pusing pekan Lumut. Pastu pi kat Manjung, tengok kawasan pasar malam, ramainya manusia. Memang orang dah malas dah kot pasal covid ni. Nampak orang rileks je, pi pasar malam, ramai orang, ingat ada jarak ke 1 meter antara satu sama lain? Ha, sila jawap sendiri. Ini macam kalu, saya tak heran pun kalau kawasan Manjung yang kuning, boleh jadi merah satu hari nanti. Dah tu, malas nak pikio. 

Ok, babai.

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

14 comments:

  1. Anak-anak dan Encik Suami banyak bantu buat kerja rumah. Masing-masing ada tugas sendiri. Saya pula suka share resepi, lepas masak ambil gambar ala kadar, sama ada terus update dalam blog atau simpan dahulu kemudian baru dijadikan entri.
    Hanya tinggal hari ini dan esok saya ada banyak masa, sebab lusa sudah kembali bertugas. Memang entri akan berkuranganlah selepas ini. Syukurlah kalau dapat update satu entri setiap hari. Kadang-kadang kalau dah mula tak menulis, tak ada entrilah hari demi hari, minggu demi minggu membawa ke bulan demi bulan sebab sudah berada dalam zon selesa hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung Amie, ada anak dan suami yang bantu buat kerja rumah. Alhamdulillah. Ringan sikit kan, kerja kita.
      Hehe.. betul tu, kena keep up the momentum juga. Kena cari masa kan. Berusaha!

      Delete
  2. bab update entry tu, ada idea letak dalam draft dulu camtu. lepas tu publish ikut masa dia. sedap masak meggi goreng dengan banyak rencah tu.
    ye, betul kak. orang tak ambil peduli dah sop sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, apa orang panggil tu, scheduled entry kan, Fizah. Baik. Akak faham sekarang. Mekasih share ye, Fizah.
      Cian kawasan Fizah dah PKP. Bertabahla ye.

      Delete
  3. Tidak boleh hari-hari kemaskini blog. Tengok keadaan.
    Yeah, saya masih waras duduk rumah. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Duduk rumah lebih tenang, kan, NA. :)

      Delete
  4. Wak kalau sebulan dapat buat 10 hingga 12 entri pun dah kira okay.
    Tak dapatlah hari2 nak ngadap lt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, wak. Banyak kerja lain nak buat, kan.

      Delete
  5. this kind of maggi mmg sedap! suka makan mcm ni !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... saya pun lebih suka maggi goreng macam ni.

      Delete
  6. Saya pula baru back to blogging mode early this year after have been in "invited reader only" mode for almost 3 years. Sedapnya maggi tu, terus terasa nak memasak maggi pula.

    ReplyDelete
  7. buat entry banyak2 kak.. sy pun buat macam tu. karang ja entri siap2 nanti publishnya hehe kalau hari2 mau karang memang nda siap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, I see. Thank you, share tips, Litah. :)

      Delete