Wednesday, 13 January 2021

Hari Isnin - Naik Bukit

Pada hari Isnin lepas, saya telah pergi naik Bukit 300, dengan suami saya. Dah lama sangat tak naik bukit. Last sekali naik adalah sebelum PKP, masa bulan Mac 2020. Sebenarnya, Bukit 300 masih ditutup, sampai 31 Januari 2021. Tapi kami main naik je. Ada notis, penutupan bukit ni sempena musim tengkujuh, kerana dikhuatiri, track hutan licin, ada pokok tumbang ke, dan sebagainya.


Selain kami, ada selisih dengan 2 orang je. Hari kerja, memang tak de orang naik. Saya ajak suami naik sebab hari Ahad sebelum tu, saya tengok dah ramai yang naik. 

Sampai puncak Bukit 300 dan turun semula, kami ambil masa 2 jam 10 minit. Ada 9 checkpoint Bukit 300 ni. Saya naik dengan suami sampai checkpoint ke 7. Lepas tu, suami suruh jalan dulu. Dia semput. Semput la, kalau nak cakap pun mengah. Kena berenti, rileks sat. Jantung laju tau, naik bukit ni. Bagi orang yang tak biasa atau kurang stamina. Dia punya pacak dia, boleh tahan.

Dalam perjalanan naik

Tinggi wei.. 

Dulu saya pun semput juga naik bukit ni. Tapi hari Isnin lepas, saya ok. Alhamdulillah, berkat lari hari-hari, steady. Walaupun slow, janji sampai atas.

Dalam perjalanan turun

Lepas turun bukit, sampai rumah, saya jump rope sekejap.


Sekejap je, 34 minit, untuk cukupkan target 10 ribu langkah sehari. Gambar atas, masa perjalanan turun bukit.

Suami saya time turun, bukan main laju dia. Bila naik tadi, semput. Hehe..

Sarapan pada pagi Isnin adalah seperti berikut.


Nasi bersama sayur pakchoi dan ikan keli bakor. 😋

Ingatkan petang Isnin tu, boleh update blog sat, tapi suami ajak pi Pantai Remis, pekena nasi kandaq! Haaaa.....


Nasi kandaq saya kuah campuq, lauk kari kambing. 😋

Bukan makan nasi je, suami order rojak juga.



Sedap rojak dia. Alhamdulillah.

Jadi ular sawa juga lepas tu. Juga, menghabiskan masa bersama suami tercinta. Tak buka komputer pun, langsung tak update. Huuu...
Sekian cerita hari Isnin. 
To be continued...
Eh, tak abis-abis lagi.
Ha la, lepas ni, cerita hari Selasa pulak. Kikiki.... 😊

6 comments:

  1. Replies
    1. Kikiki... bila suami off kerja je, NA. Time dia kerja, kita dok rumah diam-diam. :)

      Delete
  2. Bestnya bila dah fit stamina steady je naik turun bukit. kalau saya, dah lama hiking stamina kelaut mesti mengah teruk ni trail pacak camni. Sedap nampak rojak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, kalau mengah, naik slow-slow. Kalau tak larat, turun balik. Kena dengor cakap jantung, Fizah. Rojak Pantai Remis tu memang mabeles! Dia punya mee rebus pun, sedap giler! :D

      Delete
  3. Saya suka kalau dapat daki bukit begini. Nampak landai dan tidaklah tercungap-cungap untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah, Nur cukup stamina boleh ulang daki bukit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pergi naik bukit dah, Amie. Riadah dalam rumah je sekarang. Wah, Amie pun suka naik bukit. Kipidap ye.

      Delete