Wednesday, 13 January 2021

Hari Pertama PKPB

Saya start jogging dalam rumah pagi tadi. 

Walaupun aktiviti lari dibenarkan di luar, tapi saya stay kat rumah sajalah buat masa sekarang. Tengok la, kalau kes tak banyak atau saya dah mati kutu dalam rumah, saya keluar la.


Saya slowjog sejauh 5.01 kilometer, dalam masa lebih kurang 1 jam. 

Saya dah basuh kasut lari saya semalam, untuk digunakan dalam rumah. 

Selepas slowjog, saya buat yoga selama 16 minit.

Lega saya, dah selesai update blog.

Sebenarnya, baik PKPB atau darurat, keadaan kat tempat saya ni, sama saja. Orang masih boleh keluar, bukan seperti di kawasan PKP. Saya dan keluarga dah lama tak rentas negeri, dok rumah. Paling jauh, rentas daerah, pi jalan-jalan cari makan. Tapi jarang-jarang la.

Saya tak pasti sama ada kes boleh kurang ke tak, sebab dari pemerhatian saya, orang lain tak ikut pun SOP. Walau pakai facemask, lobang hidung terkeluor. Kalau kat kedai makan, ada orang terus duduk, tak check-in pun guna mySejahtera atau tulis manual kat buku atau scan suhu. Jarak sosial 1 meter, bukan semua orang ikut. Ada sekali saya masih belum habis urusan bayor, baru nak letak baki duit dalam handbag, dah ada makcik datang letak barang dia atas meja cashier, tak sabar-sabar. Penat orang kedai tu letak tape untuk jarak 1 meter dekat cashier tu, orang tak ikut pun. Kedai ada sediakan bakul dan troli untuk beli barang, orang tak guna pun, ambil barang, letak kat cashier banyak-banyak. Entah, saya pun tak paham. 

Saya harap semuanya akan baik semula. 

Esok saya blogwalking ye. Dah pukul 10 malam. Past my bedtime already. Hehe..

Selamat, ye.

13 comments:

  1. Tidak sangka Melaka PKP. Kasihan abah tidak dapat pergi masjid.
    Saya suka duduk rumah sahaja. Sini boleh tahan pematuhan SOP, tidak pernah rasa jengkel tengok keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, bertabahlah ye, NA dan keluarga. Saya rasa kes kat Melaka tak banyak pun, kan. Bagusnya, orang Melaka berdisplin. Sini, ramai orang buat tak peduli pun pasal SOP. Itu yang saya rasa lebih aman damai duduk di rumah.

      Delete
  2. memang ramai je tak ambil peduli SOP. Dah malas atau tak nak ambil tahu dah kot. kalau stall kecik tu dorang tak heran pun nak scan dan check in. tak tahu nak kata lah kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... ntahlah yek, Fizah. Harap kita selamat, dan Allah nak uji kita kot, tahap kesabaran kita.

      Delete
    2. orang taknak jaga. kita je lah jaga. Moga terhindar dan Allah pelihara kita. Aaminn

      Delete
  3. smoga kita smua dilindungi...tp kes mmg dh tgi skarang ni..ribu2 aje...tk mcm dlu ratus2

    ReplyDelete
  4. Makin mencanak naik pulak mangsa Covid-19. Takut dan seram bila kenangkan. Apa pun terus patuhi SOP>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Amie. Semalam punya angka kematian, 15. Ngeri dengor. Stay safe ye.

      Delete
  5. Kita sama PKPB.. saya keluar ke ofis je pastu balik rumah macam tu je la.. nk pegi window shopping ke x berani

    ReplyDelete
  6. Masa zaman wabak ni, paling penting tanggungjawab sendiri demi kesejahteraan diri sendiri, keluarga dan komuniti. Kalau kita sendiri tak patuh SOP, nak buat macam mana lagi ya..

    Please go away corona.. HUHU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Eza. Kawalan kendiri, KKM cakap. Semoga semuanya semakin pulih.

      Delete