Sunday, 3 January 2021

Hujan dari pagi

Salam hujung minggu, semua... 😊

Hujan la. Silap-silap nanti kena pi dobi, nak keringkan baju. Tengok la kalau rajin.

Oleh kerana hujan, maka saya tidak pergi jogging lagi. Sebaliknya, saya jump rope di rumah.


Sesi jump rope selama 46 minit pagi tadi, ditemani oleh Oyen. 🐈

Sangat seronok saya ber-jump rope hari ni. Saya search jump rope workout for beginners di youtube, dan saya ikut je.


Video pertama saya ikut, dari Jump Rope Malaysia. Selain basic bounce, kita buat boxer skips, side straddle, bell dan skier. Jadi, kalau anda cuma tahu lompat basic, mungkin video ni kurang sesuai kot, sila belajar dulu trick yang saya sebut tadi. Tapi kalau nak belajar new tricks, boleh je, ikut je video dia orang.


Video kedua saya ikut adalah dari Jump Rope Dudes. Ha, yang ni, kita cuma buat basic bounce saja. Tapi, dia ada selitkan jumping jacks, squat, push-up, high knee, lunges dan butt kicks. Haaa... penat hokey! Patut badan mamat ni berketul-ketul. Oh, tidak! Sila la ikut, mesti kurus punya. Peluh merecik hawau 😅


Video ketiga saya ikut adalah by Phoenix Nation. Ha, yang ni, simple je. Cuma lompat tali dan ada rest in between. Sangat rileks bagi saya. Lega. Sebab tadi si Jump Rope Dudes tu dah dera kita, kita cool down sikit. 

Ok. Lepas habis jump rope, saya slowjogging dalam rumah.


Hari ni, saya jogging 7.08 kilometer. Santai-santai.

Masa saya taip entri ni, hujan masih turun. Ada air bertakung depan rumah. Mungkin kejap lagi saya keluar sat, nak buat parit, nak buat aliran air tu ke longkang. 

Baiklah. Jumpa lagi ye.

Stay safe, semua. 😊

15 comments:

  1. Tqa pun sekarang ni Jump rope je dekat porch rumah. Malam baru workout macam biasa sebab PKP haritu berat naik mendadak risau pula jemput penyakit yang tak sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, kipidap ye, Tqa London. Berusaha!

      Delete
  2. kat JDT ni dah 3 hri hujan berterusan.
    Banyak kawasan rendah dilanda banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah Wak ok tak? Saya harap rumah, tanaman, lembu dan kucing wak semua ok.

      Delete
  3. hi, jemput singgah blog, especially kalau berminat nak tambah pendapatan dengan Jamu Tun Teja. Terima kasih =)

    https://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html

    ReplyDelete
  4. Mendung sahaja hari ni. Hujan gerimis kejap ada kejap takde.
    Rasa dah ada tali baru cari jenis lompatan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dah ada? Wah, sila tunjuk. Hehe..

      Delete
    2. Belum ada lagi. Hehe rasa cari yang murah-murah. Nanti sudah ada saya tunjuk (tapi macam malu hendak tunjuk)

      Delete
  5. semalam seharian hujan renyai dah gerimis pagi tadi sejuk nya yang amat... air tu pun sejuk mcm apa,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kan Dana. Sejuk betul waktu mandi.

      Delete
  6. skrg musim hujan ., ni baru je berenti pas 3 hari turun menurun smpi banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Wak Lat. Sini pun sama, baru berenti ujan arini.

      Delete
  7. Seremban pun on off hujan. risau juga hujan turun berpanjangan. Moga mereka yang terkena banjir selamat semuanya. Aaminn

    TQ share video jump rope tu kak.

    ReplyDelete