Thursday, 21 January 2021

I feel good

 3 hari tidak berlari.

Sambung kerja menebas rumput. Hari ni sebab cuaca baik, tak panas, saya buat kerja sampai pukul 11 pagi. Hujan sekejap-sekejap, tapi hujan sikit saja. Takpe la, main hujan sekali-sekala. Banyak dah kawasan dah clear. Saya rasa, tinggal dalam 20% je lagi untuk siap misi potong rumput di rumah. Yay! 😁 Saya cantas pokok bunga kertas, saya trim dahan yang panjang-panjang. Saya cantas pokok buluh yang ada di luar pagar, tapi batang dia dah masuk ke dalam pagar. Pokok buluh tu macam pendinding. Sebab pagar jenis batu dan tidak rapat. Bila ada pokok buluh di kawasan pagar, jadi anjing liar tak boleh masuk rumah. Rumput-rumput dalam longkang saya dah cabut. Ada rumput dalam longkang, sebab ada tanah. Jadi, saya korek tanah dalam longkang, dan campak kat pokok durian belanda. Pokok lengkuas, dan serai, saya buang daun . Pokok sayur yang dah tua, kacang panjang, dengan batang buluh yang menyokong pokok sayur yang menjalar, semua saya dah buang. Clear kawasan.

Bila siap kerja, saya masuk rumah. Saya tengok Abang Ngah, tengah atas lantai, mengadap buku sekolah. Masa nak ke bilik air, saya lalu depan bilik Pak Su, tengah buka computer, depan ada buku sekolah juga. Tengah buat kerja online. Alhamdulillah. Anak-anak buat kerja. Sukanya hati saya. 😊

Komputer Pak Su tu, baru repair minggu lepas. Sebelum ni, dia share dengan Abang Ngah. Sekarang, sorang anak ada 1 komputer. Saja, nak memudahkan dia orang buat kerja sekolah. Kalau share, kena bergilir pulak. Komputer dia paling lama, subsidi dari makciknya yang dok KL. Baru format semula, dan dah serupa komputer baru balik. Harap dapat bertahan, asalkan dia tak install macam-macam.

Lepas mandi, saya pun makan.


Saya makan kueh akok. Suami saya belikan sebelum dia pergi kerja pagi tadi. 5 biji akok, RM3. Boleh tahan sedap. 😋

Hari ni tak masak. Perangat lauk semalam. Pukul 12.50, saya keluar pergi ambil Abang Long di sekolah. 

Esok start pkp. Semoga kes covid bertambah turun. Semalam, Perak punya kes baru positif sangat tinggi, sampai 170. Kawasan Manjung saja dah ada 17 kes baru. Semoga anak-anak yang kena pergi sekolah dan cikgu-cikgu semua dilindungi dari penyakit ni. 

Jumpa lagi, ye. 

16 comments:

  1. Untung anak buat kerja sekolah.
    Hari yang produktif untuk Nur ya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. hari yang produktif dan kerja kerja pembersihan luar rumah settle. Bagus masing masing rajin belajar di rumah dan ada kemudahan.

    Pasal kes baru tu, tak tahu nak kata apa dah. 4 angka je tiap tiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Fizah.
      Ye, la, semalam 3 ribu lebih juga kes positif baru. Entah bila nak turun.

      Delete
  3. Komputer dan HP sudah jadi barang keperluan untuk anak-anak mengikuti pdp online di musim wabak sekarang ini.
    Sedapnya kuih akok tu. Kalau saya, tak cukup 2 biji!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu, Amie. Kalau takde, susah juga nak buat kerja online.
      Semalam saya makan akok tu, 5 biji. :)

      Delete
  4. take care ya!!!! PKP ni boleh kluar berlari tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Atie. Atie pun ye!
      Boleh keluar berlari, tak lebih 2 orang, dan lari di kawasan kejiranan sahaja, tak lebih 10 km radius.

      Delete
  5. pkp ni tetap ke sekolah mengajar bersemuka n online gak. penat la saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Double kerja cikgu ye. Semoga Abam Kie terus bersemangat dan tabah mengajar anak-anak. Besor jasa cikgu ni.

      Delete
  6. kueh akok ni rasa cmana kak? sedap ka? macam mau try pula..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia, manis-manis lemak. Boleh tahan sedap, Litah.

      Delete
  7. I love kuih Akok.. walaupun sy orang Johor!. Hehee.. sebab memang sedappp!
    Stay safe.. moga scepat hancur Covid 19. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama la kita, nona sani.
      Aminn...

      Delete
  8. Lama x mkn kueh akok.. skrg mmg kita kalo boleh nk lengkapkan fasiliti pdpr di umh spy anak2 x ketinggalan kan? So far boleh tahan lg sbb br intro topik baru.. xtaulah lps ni kompom sama belajar mengadap buku anak2 jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kalau boleh memang kita nak anak-anak selesa belajar di rumah, kakmim. Tak perlu berebut komputer dan telefon. Anak-anak kakmim kecil lagi, memang kena mengadap sama. Kena tolong set up dan sebagainya.

      Delete