Saturday, 2 January 2021

Indoor

Halo... buat pe tu? 😊

Saya tak keluar jogging pagi tadi. Saya ambil masa, buat kerja rumah seperti sidai kain dan memasak. Lagipun, masa lepas subuh, hujan sikit. Rasa malas pulak nak keluar.

Saya masak sambal tumis ikan bilis dan rebus telor. Nasi pula, saya buat nasi putih saja, buat makan tengahari dan malam. Untuk sarapan, suami ada belikan, sebelum dia pergi kerja.


Saya lewat ambil gambar sambal tumis. Handphone tengah caj. Dua orang anak dah makan dulu sambal masa saya ambil gambar kat atas.

Lepas selesai kerja kat dapur, saya slowjogging dalam rumah.


Data dalam gambar di atas adalah mengenai jogging saya, iaitu sejauh 6.02 kilometer. Gambar adalah bunga ros, di luar pagar rumah. Saya suka! 😍

Lepas jogging, saya buat yoga sekejap.


Dah lama tak buat yoga. Rasa lega, dapat stretch anggota badan. Gambar di atas adalah pokok tomato saya dah keluar buah, kecik baru. Bunga dia color kuning. Comei je saya tengok. Hehe...

Cuti skipping. Hari ni cuma slowjogging dan yoga. 

Kat rumah saya ni, tak kelihatan matahari. Mendung dari pagi. Tak kering la kain baju hari ni. 

Oklah, jumpa lagi ye.

13 comments:

  1. Replies
    1. Itula dia, best juga, hujan-hujan ni, ye NA. Sejuk. :)

      Delete
  2. sedap sambal tumis bilis....suka tgk org buat yoga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, nohas, rileks je yoga ni. Tapi sangat beri impact, jika rajin amalkan.

      Delete
  3. X keluar jogging tp ttp buat slowjog dan yoga di umh.. bagusnya 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  4. xjoging tapi dapat stretch badan pun ok heheh

    ReplyDelete
  5. seronok juga baca coretan awak nie..

    santai giler-giler hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, saya suka simple je, mrhanafi. Tak pandai mengarang bermadah pujangga.

      Delete
  6. Senang masak sambal tumis boleh makan ulang ulang even dengan nasi putih pun. Sini pun mendung je kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Sambal tumis sedap juga cicah roti. Hehe, akak semua benda pun sedap cicah roti. Kopi pun akak cicah juga.

      Delete
    2. roti cicah sambal ke cicah air ke saya pun suka :)

      Delete