Friday, 1 January 2021

Jumaat pertama 2021

 Assalamualaikum, hai semua... 😊

Semalam saya tidor pun tersenyum, tau. Hehe.. Sebenarnya, saya tak sangka saya boleh menang. Penganjur tu guna random number generator, macam roda impian rupanya, jadi, kira nasib jugak. Rezeki saya. Alhamdulillah. Saya ingatkan diri saya, saya sebenarnya, dah dapat apa yang saya nak. Saya dapat turun berat sikit, dan maintain BMI normal saya. Itu je. Jadi sekarang, saya ada general idea apa saya nak buat, untuk maintain berat badan saya, supaya tak naik lagi. Asalkan saya dapat lawan nafsu makan saya. Hehe..

Benda magik berlaku kat saya, bila saya serah diri pada Dia. Saya sentiasa ingatkan diri saya, semua dah cukup. Nak apa lagi. Saya cuma nak ubah diri slow-slow kepada jalan lebih baik. Saya jahil. Pastu semalam, saya sakit kepala. Bila duduk dalam bilik kerja saya, memang panas, sampai bateri laptop saya dulu pun membengkak. Tapi saya buat bodoh je, tak layan sangat, sakit kepala tu. Kalau dapat baring best juga, tapi saya tetap buat kerja. Saya tahu, kalau saya baring je, mesti tak sedar diri terus. Semalam malam jumaat, jadi lepas maghrib tu, saya baca yassin. Lega sikit kepala semasa baca. Lepas habis tu, kepala jadi berdenyut-denyut pula. Tak boleh jadi ni, telan panadol actifast. Lega, angin pun keluar. Hehe... tu yang lepas Isyak pun dapat bertahan. Kalau tak, saya pukul 9 malam dah hanyut di alam mimpi. Allah tahu apa yang baik untuk kita, kan. Benda baik datang bila kita niat baik. Itu baru niat. Baru nak usaha untuk berubah. Terus Dia bagi reward kat kita, kan. Huhu... sayangnya Dia kat kita. Baik. Marilah kita perbaiki diri kita semampu yang kita boleh, ok. Berusaha! 

Camana tahun baru anda? Hujung minggu yang panjang, kan. Jumaat, Sabtu dan Ahad cuti. Hati-hati di jalanraya kalau berjalan tu. Semoga selamat.

Pagi tadi, saya dan suami pergi jogging. Suami off kerja 1 hari. 


Ramai orang kat Teluk Batik pagi ni, walaupun baru pukul 7 pagi. Di tapak perkhemahan tu, ramai. Tak macam biasa. Sambut tahun baru agaknya, tepi laut.

Dapat badge lagi, dari app Garmin Connect.


Strong Start. Wah, tahun lepas pun dah dapat. 

Lepas lari lebih kurang 5 kilometer, saya dah suami skipping sat.


Ha ah, tak habis-habis lagi saya tersenyum. Bangun pagi, suami tanya, ni nape tersengih-sengih ni. Hehe.. saya cerita dah kat dia, semalam, saya call masa dia kerja, saya cakap saya menang cabaran skipping. Dia pun tumpang gembira. Dia cakap saya gigih hari-hari boleh buat. Alhamdulillah. Saya cuba untuk konsisten. Masa lari pun senyum. Masa skipping pun senyum juga. Hari ni, enjoy melompat. Saya kira, suka-suka, guna tali skipping biasa, berapa lama saya boleh lompat non-stop. Saya boleh buat sampai 300. 😅 Yay! Lepas tu, tangan lenguh dah.

Lepas beriadah, kami pergi sarapan.

Semua tempat makan ramai orang. Cuti. Orang semua makan luar gamaknya, malas masak. Kami cari tempat yang kurang orang. Jumpa satu kedai. Lama tak makan sini, dah tukar peniaganya.


Saya sarapan nasi putih dengan ayam bakar, kuah kari serta sambal belacan. Saya minta nasi separuh, tapi banyak juga. Kalau nasi penuh, banyak manalah agaknya. Alhamdulillah.

Ok la ye. Sekian cerita hari ni. 

Saya tak kemana-mana pun. Korang apa cerita? Semoga cuti hujung minggu anda best dan ceria-ceria belaka.

Jumpa lagi.

17 comments:

  1. Pergi pasaraya Mydin. Memang tetapkan sebulan sekali beli barang keperluan. Aiseh saya masih tidak tempat cari tali skipping.
    Duduk di kerusi stesen bad nampak kedai Eco baru buka. Tangan sudah penuh dengan barang, tidak dapat pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, i see. Beli online je tali skipping, NA. Banyak kat shopee. :) Hehe.. lain kali bawa bagpack pi shopping, jadi tangan free, boleh beli lebih. :D

      Delete
  2. Selamat tahun baru 2021
    Tahniah menang cabaran

    ReplyDelete
  3. Tengok kak Nur bersenam hari-hari ni, rasa nak start pulak gaya hidup sihat. InsyaAllah nak ajak husband sekali. Baru semangat, ye dak? Hehe. Selamat tahun baru 2021 ya kak Nur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Eza. Sila, sila. Selamat tahun baru juga, Eza. :)

      Delete
  4. Happy 2021. suka tgk semangat aktif kak 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year juga. Jom Dila, jom. Hehe..

      Delete
  5. Orang yang berusaha pasti berjaya. rezeki tak pernah salah alamat. walaupun guna random, pada saya juga akak dah berjaya mencapai kejayaan akak. bukan mudah tu.

    semalam saya pun pening kepala, berdenyut denyut juga. kalau baring manjakan diri memang jauh lena dia nanti.

    musim org menghabiskan cuti. ramai betul sedang bercuti sekarang. Saya tak suka kalau mintak nasi separuh portion dia masih lagi banyak. huhu nak mintak kurang lagi takut peniaga pandang lain macam pulak. haha

    Weekend tak kemana. duduk rumah diam diam..takut nak keluar ramai ramai orang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Fizah. Your comment make my day! Hugss...
      Samalah kita ye, stay at home je.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. virtual hug too..stay home stay safe :)

      Delete
  6. Selamat tahun baharu 2021 masih sempat lagikan nak ucapnya hehehee...
    Cuti kali ni Mrs. A balik kampung je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat, boleh lagi, baru seminggu, Mrs. A. :)

      Delete