Monday, 25 January 2021

Larian Isnin dan masak simple

 Hari ni, seperti biasa, bangun sebelum subuh, saya masak sarapan, merangkap makanan untuk satu hari iaitu tengahari dan malam. Nasi pun saya dah siapkan dengan lauk simple. 

Lepas saya hantar Abang Long ke sekolah, saya pun berlari dalam rumah.


Hari ni, sempat berlari sejauh 5.2 kilometer, dengan masa 1 jam 5 minit.

Lepas lari, saya skipping selama 23 minit. 

Suami saya balik kerja masa saya tengah berlari dalam rumah. Dia kerja shif malam, balik pagi. Lepas saya skipping, nak mandi, terkejut dia tengok saya. Berpeluh-peluh macam orang mandi. Memang kalau skipping, peluh lenjun giler!

Suami tunggu saya lepas mandi, baru sarapan sama-sama. Dia pun intermittent fasting juga. 2-3 hari lepas, dia ada appoinment doktor, doktor cakap bagus, sebab berat badan dia turun 3 kilo. 


Makan nasi dengan lauk simple saja. Kurma ayam dalam tin Adabi. Kacang bendi dicelur. Sambal nasi ayam hari sabtu, tinggal cinonet. Budu dengan bawang dan cili api.


Ayam dari nasi ayam, tinggal 2-3 ketul. Goreng ikan masin.


Telor dadar dengan bawang dan cili api.


Kentang goreng yang saya goreng untuk breakfast anak, tak habis lagi. Secawan anlene cafe latte.

Alhamdulillah. 

Kepada yang bekerja, selamat bekerja ya!

Jumpa lagi. 😊

14 comments:

  1. Pernah cuba cafe Anlene latte, bolehlah rasa. Cuma tidak beli lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan ye NA, rasa dia. Kalau susu original, saya tak boleh telan. Dulu pun beli anlene coklat.

      Delete
  2. simple tapi sedap...best jg amalkan IF, boleh turun sampai 3 kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nohas. Ye, tapi kena disiplin kuat. Masalahnya, bila malam, lapor, tak bole makan, minum air masak je.

      Delete
  3. Mahu tak lencun lepas lari, skipping pulak. wow bukan senang nak turun 3kg tu. Hidangan simple tapi menyelerakan betul sebab ada ulam dan sambal tu penambah selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Fizah. Ulam dan sambal memang buat kita selera makan. Semalam pun akak tertambah nasi. :)

      Delete
  4. 3 kilo lost? walawehhh., wak is jeless

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la intermittent fasting, wak. Tapi wak tak berat pun, 77 kg je. Suami saya 90 kg lebih, tu yang doktor suruh turunkan.

      Delete
  5. walau simple tetap kenyang kan :)
    done follow back :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Dapat keluarkan peluh setiap hari.
    Lauk-pauknya walaupun kata simple semua sedap-sedap!

    ReplyDelete