Larian Isnin

January 04, 2021 , 18 Comments

Saya tengok berita tengahari tadi. Dah ada mangsa korban banjir di Pahang. Saya harap, pembaca yang berada di negeri dilanda banjir selamat hendaknya. 

Pagi ni, hujan dah berhenti. Jadi, saya keluar jogging. 


Lari sejauh 8.25 kilometer. Alhamdulillah. Semua ok. Walaupun saya start lambat, 7.30 pagi baru lari. Saya nampak lotong pagi tadi. Saya tak bawa handphone masa jogging, jadi tak dapat ambil gambar.

Photo credit https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/02/10/penoreh-lotong

Sekor je, dok atas pokok, sambil makan daun. Kadang-kadang memang boleh nampak lotong ni. Tapi, dia tak kacau orang. Tak macam kawan dia, beruk, yang suka terbalikkan tong sampah dan kacau orang tengah jump rope. Hehe...

Lepas lari, saya pergi beli barang sikit kat Tesco. Shopping? Sorang-sorang? Weeee.... saya suka! Beli bawang, ayam dan salad. Terbeli stoking dan tuala mandi. Murahnya ayam kat tesco. RM9.70. Kalau saya beli kat makcik ayam, RM12/RM13 sekor. Stoking saya beli sebab kat rumah banyak dah kendur. Apeda kualiti tak elok, lama-lama dia melorot je bila berjalan. Tuala sebab ada offer, RM5 je. 

Lepas beli barang, saya singgah kedai makcik lauk, tapau lauk untuk tengahari. I is malas masak. Kikiki... saya beli ikan keli goreng, kari ikan dan pecal!


Siapa suka makan pecal, angkat tangan! 

Saya tak suka pun. Hehe... tapi saya dah lama tak makan ni. Ni salah satu makanan yang bila saya makan, saya teringat kat arwah mak saya. Dia suka pecal ni. Ada sayur taugeh, kangkung, timun, sengkuang dan tauhu goreng. Lepas tu kuah dia, kuah kacang. Kenyang, wei. Nampak je sikit. Ni la sarapan saya, yang saya makan pukul 11.30 pagi tadi. Lewat betul sarapan. Alhamdulillah.

Ok la ye.

Saya harap segala urusan anda semua berjalan dengan lancar.

Jumpa lagi ye. 😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

18 comments:

  1. 11.30 pagi lunch ke? itu dh boleh dikira brunch dh! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya intermitten fasting, Kakmim. Breakfast 10 atau 11 pagi, dan last meal sebelum 6 petang.

      Delete
  2. Lotong jarang jumpa compare dengan ciknyet hehehee...
    Comel la lotong tu.
    Kalau pecal ada Mrs. A makan jugaklah kalau takde pun okay je

    ReplyDelete
  3. Tidak suka pecal sangat.
    Saya pula lewat makan tengahari. Pukul 3 baru makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas makan pecal hari tu, saya gastrik, NA, sebab ada kangkung. Huhu.. sila makan on time ye. Tapi kalau tak lapor, nak buat camana kan.

      Delete
  4. suka pecal.. scary jg lotong tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak je scary, tapi dia tak kacau orang, nohas.

      Delete
  5. KG suka pecal..tp itu pun pecal yg arwah mama KG buat jer. Pernah try pecal org lain tp xkan sama dengan air tangan seorang ibu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, mana boleh lawan air tangan mak, kak gojes.

      Delete
  6. uishh lotong pun ada gak. mujur dia tak mengusik. Saya pun suka pecal kak. suka ulam ulaman sayur dengan sambal kacang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka makan ulam Fizah ni, mesti muka awet muda. :)

      Delete
  7. Teman pun lama dah tak berjogging sejak musim hujan nie... Lama juga teman tak ke Teluk Batik... Masa dekat dulu, idak pulak lepak kat pantai Teluk Batik tu... Bila dah jauh, rindu pula dengan pantai...

    ReplyDelete
  8. Tahniah! 8km tu...jauh.

    Jawa panggil pecel. Akak suka makan pecel, dah lama tak buat/makan. Memang kenyang takyah makan nasi dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih. Saya cuba.
      Betoi tu, dah tak yah makan nasi dah.

      Delete