Friday, 8 January 2021

Larian Jumaat dan Laporan Tahunan

Salam Jumaat semua...

Pagi tadi, cuaca baik, sedikit berangin pula. Best. Saya pergi jogging, seperti biasa.


Sempat lari sejauh 7.42 kilometer. Alhamdulillah, atas nikmat sihat yang Allah pinjamkan.

Bila cuaca hari sebelumnya hujan, saya suka pakai kasut seperti di atas. Beli di Decathlon. Jenama Kalenji. Model Kiprun Long. Color kasut gelap, jadi bila kotor, tak nampak kotor sangat.

Saya dah guna kasut ni lebih dari jarak yang ideal untuk dia. 

Tahukah anda, kasut lari seeloknya kita tukar bila dah sampai jarak 480 kilometer (300 batu) hingga 643 kilometer (400 batu)? Bergantung pada teknik larian, berat badan dan permukaan larian juga, jika pelari tegar, 480 km je, elok lah tukar kasut baru. 

Tapi saya, lanyak kasut ni sampai...


... dah lebih 1,000 km dah. Haha... selagi masih sedap dipakai, pakai je. Bagus brand Kalenji ni. Harga dia, saya dah lupa. Tapi bawah RM300. Alah membeli, menang memakai.

Sesetengah brand kasut lari, bila dah lebih kilometer je, kita start sakit tumit la, tak selesa la. Tapi lain dengan kasut Kalenji ni. Saya pernah pakai kasut Adidas, Puma dan Nike. Kasut power Bata pun saya pernah pakai. Saya tak kisah apa brand pun asal selesa, tapi saya akan share kalau jenama tu bagus. 

Aplikasi Garmin Connect boleh track jarak kasut yang kita guna untuk larian. Tak silap saya, app Strava pun boleh.

Dah 8 hari kita masuk tahun 2021. Tapi baru hari ni saya nak share laporan larian tahunan saya. Tahunan ke? Saya tak pasti tahun lepas saya ada share di blog saya ni ke tak. Maklumlah, saya baru je aktif berblog hujung-hujung tahun 2020. Takpelah, mari kita tengok.


Segala data ada dalam gambar di atas. Kalau tahun 2019, saya punya max distance adalah 42, tapi tahun lepas, saya cuma buat 21 km paling jauh. Jadila. Takde event larian. 

Average run cadence 156 speed per minute. Cadence adalah jumlah langkah dalam 1 minit. Saya nak cuba capai 180 spm. Sekarang, kadang-kadang dapat 170 spm. Ni saya rasa, sebab walaupun saya set aktiviti sebagai lari, tapi saya cuma jalan lenggang kangkung je. Huhu... baik. Berusaha!

Jumlah jarak larian saya adalah 1849 kilometer. Saya ukur ikut google map, kalau saya dari lokasi saya, sampai mana saya boleh pergi, sejauh 1849 km tu.


Satu semenanjung malaysia saya boleh pergi! Kikiki.... Itupun anggaran ajela ye. Sebab rasanya, map tu tak ikut jalan raya kot. Kecuali kat Kelantan ke Kedah tu, saya zoom-in dan select jalanraya betul-betul. Lain lokasi, saya tanda ikut bandar utama je. Hehe... 

Itu pun laporan larian saya. Itu, tak termasuk aktiviti berjalan. Berjalan tak yah la kira. Kita kira larian sahaja. 

Alhamdulillah. Simpan sini, buat rekod.

I am a slow runner. Laju-laju nak pi mana. Pace siput forever and ever.

Jumpa lagi ye.😊

13 comments:

  1. Mahal tidak kasut Kalenji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah lupa dah harga dia, NA. Tapi dalam lingkungan RM200 lebih la.

      Delete
  2. Masa muda selalu gak jogging ptg2. Dah tua ni cuma kayuh basikal je. Done follow your blog. No 32.... tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayuh basikal pun best juga, Abam Kie. Mekasih follow blog saya.

      Delete
  3. Baru saya tahu kena tukar kasut bila dah 300km. saya lenjan je selagi boleh pakai. hihi
    saya suka Supercloud adidas. beli kasut running mesti pilih yang ada cloud ni..

    Teringin masuk decathlon tapi jauh lak. kalau masuk situ mesti macam macam beli. masuk sport direct je lah yang dekat pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, akak tak pernah try tu, Supercloud Adidas. Selagi boleh pakai, pakai je, Fizah. Melainkan dah terkoyak ke kan, ibu jari terkeluor ke. Kang jogging hari hujan, basah pulak kaki. Jangan masuk la Decathlon tu, kalau tak pernah. Sebab akak dari Lumut ni pernah pi KL semata-mata pi Decathlon je, beli kasut. HEhe.. Bahaya tempat tu. Berhantu.

      Delete
    2. ye kak, pakai selagi boleh walaupun lama dah peram tu. kadang kasut peram lama pun dia mereput gak kan. haha..berhantu tapi nak masuk gak membeli. sekali keluar ber beg beg..hihi

      Delete
  4. Eza baru tahu jenama kasut-kasut untuk jogging ni dari Kak Nur. Terima kasih banyak tau sharing kat entry ni. Banyak Eza belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem, Eza. Akak rasa happy kalau orang lain dapat manfaat sedikit ilmu yang akak tahu ni.

      Delete
  5. slow runner tp pro ni.. bukan kaleng-kaleng.. keep it up the momentum for 2021... bestnya tgk org aktif ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Kakmim. Baik. Insya-Allah. :)

      Delete
  6. Terima kasih kongsi info tempoh pakai kasut. Barulah saya tahu rupanya ada had dan jarak tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Kalau ikut peraturan kasut sedunia la. :D
      Tapi kalau ikut kita, selagi boleh pakai, pakai je. Hehehe...

      Delete