Saturday, 9 January 2021

Larian letih

Hari ni waktu mula jogging, saya rasa letih. Masa saya jogging pun, ada kala saya berhenti, jalan sekejap. Ntah. Rasa macam nak tidor pun ada, cuaca sejuk pagi-pagi. πŸ˜„

Kalau letih, kenapa tak rehat di rumah saja, kan? Hehe, lari tu lebih kepada 'my me time' sebenornya. Saya kena jauhkan diri sekejap dari rumah, untuk recharge diri saya. Kalau saya tak dapat lari dalam satu hari, waktu petang mesti saya akan rasa lain maciam. Rasa menyesal, rasa gemuk, mudah naik angin, dan beberapa rasa lagi yang tak best. Itu la pasal saya tetap berlari.


Hari ni, saya lari sejauh 8.04 km. Dalam letih-letih tu, boleh terlaju sikit hari ni. Dah 2 hari saya lari pace 9, hari ni boleh pace 8. Bukan apa, hari minggu, ada ramai orang jogging, banding hari orang kerja. Jadi, saya menjarakkan diri saya dari orang lain, jenuh lari laju sikit. Itupun, ada orang potong kita, tak jarak pun dengan kita, rapat betul. Adoi... Saya kalau nak potong orang, siap lintas jalan, tengok belakang dulu, ada kereta ke tak, lintas, dan potong ikut jalan jauh, supaya tak perlu selisih orang tu. Mana yang saya mampu, saya cubalah untuk patuh SOP, jarak 1 meter paling kurang. 

Apa nama serangga dalam gambar di atas?

Nama omputihnya, moth. Nama melayu? Entah, saya pun tak tahu.

Dia bukan rama-rama. Bila dia tengah rehat, sayap dia akan terbuka, dan ia sejenis haiwan nocturnal, iaitu aktif di waktu malam dan tidor di siang hari. Tahukah anda, dalam dunia ni, dianggarkan ada 160,000 spesies moth ni. 

Moth dalam gambar di atas sedang berehat di dinding dapur saya. πŸ˜€

Oh ya, larian hari ni telah membolehkan saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Sudah mencecah 115,000 langkah di bulan Januari 2021. 

Ok. Saya rasa, ramai kot yang bercuti sebelum budak-budak nak naik sekolah ni. Lagipun, mungkin orang fikir, nak jalan, jalan la dulu, sebab nanti hari Isnin, PM nak buat pengumuman kan, berkait tentang covid ni negara kita yang semakin naik ni. Dengarnya, nak buat PKP semula, tapi tak melibatkan semua negeri. Entahlah, kita tengok je la nanti.

Jumpa lagi ye. 😊

28 comments:

  1. Haah dengar khabar.
    Lemau pun lari laju juga :)
    Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
  2. heheh happy running sis!! btw, happy new yearrr. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, izzati. Haha, happy new year juga! :)

      Delete
  3. Eza lari kat treadmill je. Itupun 1km je setiap kali. Alahai, jauh lagi perjalanan Eza ni. Tapi tak apa la, slow-slow kan kak. Tak sabar nak tunggu pengumuman PM isnin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ler tu. Jadi, dari takde langsung, Eza. Betul, slow-slow je, dan be happy. :)

      Delete
  4. hari ni sy byk berlari dlm tido je.. haha.. berdebar jugak tgu announcement PM hari isnin nnt... khabarnya sesi persekolahan 2021 pun akn dijelaskan pada hari isnin jugak.. entah apalah yg abah akn ckp kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlari dalam tido? Kikiki... selamat la kita, berPKP dan PKPB.

      Delete
  5. Sisyat plan nk slow run 9hb tp kat sini hujan..kte tgk 10hb plak cmne..hehe

    ReplyDelete
  6. Skarang ujan mmg syok lari atas katil hehe... Selamat berlari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. betul tu, mama tisya. Mekasih. :)

      Delete
  7. Bagus tu kak. kekalkan gaya hidup sihat. Kalau tak buat tu macam lain macam sebab dah biasa kan. tak tahu pulak apa nama moth in malay tu. Tahniah kak dapat badge.

    Pasni berPKP PKPB lah seluruh rakyat Malaysia. Tak boleh rentas negeri dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamatlah kita ye, Fizah. Semoga kes covid semakin turun.

      Delete
  8. Faham tu benda yang kita biasa buat kalau tak buat rasa macam serba tak kena boleh swing mood hahahaaa...
    Dah PKP 2.0 pun tambah satu lagi Proklamasi Darurat huh! whatever hidup rakyat marhaen tetap perlu diteruskan huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu, Mrs. A. Ye, hidup perlu diteruskan. Berusaha!

      Delete
  9. moth tu adakah berasal dari ulat? dana tak suka semua serangga yang bermula dengan ulat mcm rama2... kalau kat tepi rumah tengah siram pokok ke apa kalau nampak rama-rama mesti dana halau... syuh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ha ah kot, Dana. Badan dia lebih besar sikit dari rama-rama.

      Delete
  10. Tak silap saya serangga tu nama dia kupu-kupu.
    Cantik sudah tu kalau cecah 8km. Kalau saya dah tercungap-cungap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kan. Saya rasa, betul la Amie, kupu-kupu.

      Delete