Saturday, 16 January 2021

Larian Sabtu dan Birthday Anak Sulung

 Hai... selamat hari Sabtu, semua... 😊

Pagi tadi, lepas Subuh, seperti biasa, saya kemas dapur sambil memikio apa nak buat untuk sarapan. Pikio punya pikio, saya rebus telor. Saya nak buat sandwich.


Butter kat rumah dah habis. Tapi saya sengaja tak masukkan dalam shopping list hari tu, sebab saya nak habiskan garlic spread dulu. Kita licinkan dulu barang apa ada dalam peti ais, baru kita beli barang baru. Jadi, satu kelainan hari ni, sandwich telor rebus, ada rasa garlic. Hehe.. 

Pagi tadi, saya slowjog lepas buat sandwich. Saya jogging sejauh 6.02 kilometer, dalam masa 1 jam 20 minit. Ha ah, lama. Sebab bila tengah jogging, nampak sampah, pi ambik penyodok dan penyapu, sapu rumah sat. Sambil jogging, sambil buat kerja-kerja selingan. 


Selepas habis jogging, saya buat yoga selama 13 minit. Gambar di atas, saya dapat 2 tong sandwich telor rebus. Semasa entri ni ditulis, tinggal 1 tong saja atas meja makan, tak silap saya perasan tadi, tinggal 2 keping sandwich. Snek dari pagi sampai malam. 


Saya dapat badge di atas, dari aplikasi Garmin Connect, iaitu aplikasi jam lari saya. Sudah pun melepasi 50 batu berlari di bulan Januari 2021 ni, atau dalam kiraan kilometer, 80.5 kilometer. Alhamdulillah. Tak perlu paksa diri lari jauh-jauh, ikut kemampuan badan sendiri, dan kita enjoy!

Hari ni birthday anak sulung saya. 


Gambar anak sulung saya, bersama anak kedua yang masih dalam pantang tak silap, waktu tu. Abang ngah tak larat angkat kepala. Hehe.. Abang Long happy dapat adik. Dia lama main sorang-sorang. 

18 tahun yang lepas, saya lahirkan Abang Long secara pembedahan. Kedudukan baby songsang. Saya banyak duduk je. Cucu pertama dalam keluarga saya. Bila lahir secara pembedahan, saya jadi sedor diri sikit. Tamparan pertama buat saya, macam "Bangun! Bangunlah woi! Jangan jadi couch potato sangat la! Mahal wei, kena operate beranak beribu, dah la laki ko sorang yang kerja!" Gitulah yang bermain di fikiran saya waktu tu. 

Bila mengandung anak kedua, saya banyak brisk walk. Alhamdulillah, saya beranak normal anak kedua, cuma jarak selang masa tu, 3 tahun antara 2 beradik ni.


Tiga orang putera saya, masa dia orang ada program cuti sekolah. Gambar lama. 


Abang Long, masa last penyampaian hadiah sekolah dia, dia dapat sijil penghargaan dan KFC, sebab dia berjaya wakil sekolah dalam kejohanan catur, sampai peringkat wakil Manjung. Bila lawan dengan daerah Perak Tengah, dia kalah. 

Hari ni, Abang Long dah pun 18 tahun. Masa saya 18 tahun, saya dah kerja di Guardian pharmacy dah, jadi cashier, sementara tunggu keputusan SPM. Tapi anak sulung belum lepas SPM lagi. Covid punya pasal. Masa yang berlalu takkan kembali. Tapi pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku sekarang.

Saya selalu doa supaya anak saya tak tinggal solat. Saya akan terima apa saja keputusan periksa dia. Saya takdela pentingkan sangat akademik tu. Dulu ye, saya selalu suruh anak dapat A dalam semua subjek. Tapi dah tua-tua ni, saya cuma harapkan anak saya dapat sedekah yassin atau alfatihah selalu kat saya, bila saya dah takde. 

Anak-anak membesar dengan cepat. Abang Long pernah merasa tinggal di nursery sekejap, sebab masa dia 2 tahun, saya kembali bekerja sat. Tapi tak lama, sebab suami dapat transfer ke Perak dari KL, dan saya pun resign kerja. 

Bila ada masa terluang, saya selalu akan habiskan dengan anak-anak. Seperti tutup wifi sekejap, dan main board game.


Gambar di atas adalah masa saya dan keluarga pergi ke KL, tahun 2019, untuk event Putrajaya Night Marathon. Dua di depan adalah kakak-kakak saya. Kami pergi the Curve, Damansara, main laser tag. Sekarang ni, dah tak boleh dah la kan. 

Sementara ada masa ni, marilah kita habiskan dengan keluarga kita, ye. 💓

Ok, berbalik kepada cerita hari ni. Suami saya balik dari urusan kerja, dia beli keepci.



Banyaknya suami beli. Set 15 ketul. 😋 Suami juga suruh saya beli kek. Foodpanda je. 


Kek Chocolate Indulgence dari Harold. Alhamdulillah. Sedap!

Selain birthday Abang Long hari ni, 16 hb. Birthday suami saya adalah 18 haribulan. Jadi, celebrate sekali tiap-tiap tahun. Abang Long tak nak kek, dia cakap. Makan saje, dah la. Tapi suami insist juga. Bukan selalu, makan kek.

Ok. Tu saja cerita hari ni.

Salam hari Sabtu semua. Anda keluar ke hari ni, jalan-jalan? Saya masih tak keluar rumah lagi. Kalau keluar tu, be safe ye. 

Jumpa lagi. 😊

21 comments:

  1. Oh ada 2 orang January baby.
    Entah sudah tua ini rajin pula abah buat sambutan harijadi. Insya Allah akan jadi kenangan manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Harijadi sebagai kenangan dan tanda ingatan. Kita makan sesama family dah cukup dah, kan. :)

      Delete
  2. Hari ni saya pi melawat nenek je.. keluar umah jugak pi kampung nenek. Kita samalah yg sulung breech kena elective ceaser. Alhamdulillah lepas tu semua normal.. syukur 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama kita ye, Kakmim.
      Alhamdulillah.

      Delete
  3. Hb abang long.
    Semga dah bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Wak.
      Harapnya begitulah, wak.

      Delete
  4. Happy birthday Abang Long. Mudah-mudahan terus berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak soleh dan teladan baik untuk adik-adik.
    Hari ini saya duduk di rumah saja, enjoy masak-masak dan kelahi dengan anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie. Terima kasih atas doanya. Amin, amin.. yarabbalalamin..
      Hehe.. dengan siapa lagi kita nak kelahi ye tak, kalu tak dengan anak-anak. :D

      Delete
  5. Happiest birthday to Abg Long..semoga menjadi anak yang soleh 🤲🏻

    Stay safe sis n family ya ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.. terima kasih, Litah.
      You too, Litah, take care.

      Delete
  6. happy birthday for both anak dan mr suami :)

    ReplyDelete
  7. Sedap juga tu sandwich telur letak garlic spread. kelainan sikit. Happy birthday Abg long dan suami akak. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. aminn

    besar dah anak akak. yelah covid ni banyak tertangguh. Semoga dipermudahkan juga SPM nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah. Amin, amin, yarabalalamin.
      Mekasih, Fizah. Akak harap gitula.

      Delete
  8. birthday dkt2 ank and suami bole celebrate skali..besar dh ank buajang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mama tisya. Memang sambut sekali, bapak dan anak. Ye, dah nak habis sekolah dah tahun ni. Akak dah tua. Hehe..

      Delete
  9. Selamat ulang tahun kelahiran buat Abang Long semoga menjadi anak soleh ibu dan ayah. Tak lupa juga untuk ayahnya sekali.

    Kalau anak-anak Mrs. A mesti kena ada kek hahaha... sebab nak potong-potong sambil nyanyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mrs. A. Amin atas doanya.
      Ooo.. ye la, citarasa masing-masing.

      Delete
  10. happy birthday untuk yang di rai... birthday suami akak sama dengan tarikh birthday Edy la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Dana.
      Oh ye ke, sama yek.. :)

      Delete
    2. happy birthday untuk Edy juga ye. Semoga murah rejeki.

      Delete