Thursday, 14 January 2021

Layan movies

 Dah lama sangat saya tak layan movies. 

Tau tak, kalau orang yang rumah dia cuma ada dekoder myfreeview, sangat penat, tengok tv malaysia yang penuh dengan iklan dan mesej banjir la, covid la. Giler penat, tau. 

Baru-baru ni, saya sempat tengok beberapa movies, citer omputih la. Dah berbulan saya tak tengok movies omputih ni.

Movie pertama saya tengok, cerita lama. Tapi tak jemu. Love story ler, the Notebook. Cerita ni tahun 2004, based on novel oleh  Nicholas Sparks. Filem ni lakonan Ryan Gosling dan Rachel McAdams.


Sedih citer ni. Cerita cinta sejati, dari muda sampai ke tua. Ada satu scene dalam filem ni yang saya suka.


Benda ni berlaku dalam hidup kita. Kadang ada masa, kita kena buat keputusan penting dalam hidup, tapi kita selalu fikir orang lain dulu. Kita fikir orang tua kita, family kita, tapi kita tak tanya diri sendiri, apa yang kita nak. Makan dalam tau. Kalau kita buat demi orang, dan bukan untuk kita. Kesannya jangka panjang. Tapi kalau benda melibatkan hidup kita, elok kita fikir kita sendiri dulu, apa yang kita nak, bukan apa yang orang lain nak.
Huuu.. best layan. Sinamatografi dia pun cantik. Pemandangan cantik je, tenang kita tengok. 

Movie kedua saya tengok adalah Little Monsters. Filem tahun 2019.


Cerita pasal bapak sedara budak ni, personaliti tv kanak-kanak, dan seorang cikgu tadika, dalam melawan zombie. Cerita dia lawak dan menghiburkan. 

Movie ketiga saya tengok adalah the Inheritance. Cerita baru juga, tahun 2020.


Cerita thriller, ending dia saya tak sangka. Saya suka pelakon wanita utama dalam cerita ni, Lily Collins.


Pompuan ni seorang peguam. Dia ada 2 beradik. Bila bapa dia meninggal, bapa dia ada tinggalkan dia benda selain dari duit. Dia dapat 1 juta je, adik dia dapat 20 juta. Lepas tu, satu persatu rahsia dia jumpa. 
Saya susah sikit nak tengok movie sampai habis, terutamanya waktu malam. Selalunya, tv yang akan tengok saya tidor. Tapi saya boleh tengok cerita ni sampai habis. Dia punya suspen tu, buat kita rasa nak tahu kesudahannya. 

Ok ler. Itu saja saya nak share tentang english movies yang saya tengok baru-baru ni. Kot ada pembaca yang tengah cari idea, apa movie nak layan, time PKP tak boleh keluar ke, bolehlah layan. 

Ok, babai.

20 comments:

  1. Ada tengok 'The Notebook' tapi tidak rasa gembira sangat menonton.
    Saya pun tidur awal cuma ada ketika terjaga awal tidak dapat tidur balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, I see. Terjaga awal, untung, mungkin malaikat gerak buat tahajud. :)

      Delete
  2. Saya dekoder apapun xde, tgk online je. TV buka sekali sekala. Itupun layan youtube atau movie dari pendrive.

    Movie yang kak nur review ni saya tak pernah tgk. Kena cari online tengok kalau ada. Cerita thriller dan misteri tu yang best tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu rupanya. Ye, akak pun suka juga layan cerita thriller. Jalan cerita cepat dan tak bosan.

      Delete
  3. ramai ckp suka tgk cita the notebook but for me NS punya novel yg dimovie kan yg plg best, A WALK TO REMEMBER

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, pernah tengok juga A Walk to Remember, tapi tak tengok full. Nanti nak cuba cari. :)

      Delete
  4. Dana bila bosan2 BDR, lps siap masak kemas umah semua... layan gk movie tapi movie ngeri, zombie2 xminat kak... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. I see. Hehe.. movie rekaan semata-mata. Sekadar hiburan.

      Delete
  5. semua tk tengok.,.Inheritance tu mcm best..

    ReplyDelete
  6. Sama pun lama tak layan movie. Selepas baik dari sakit hujung tahun lepas, sempat layan filem Hindustan Kuch Kuch Hota Hai, itupun entah kali ke berapa puluh tonton. Lepas tu terjebak pula dengan drama Korea, akibat dihasut Abang Farid hahahahaaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, all time feveret kan Amie, Kuch Kuch Hota Hai tu.
      Oh, bahaya tu, cerita Korea. Kalau tengok 1 kali, nak kena follow sampai habis siri dia. :)

      Delete
  7. Eza akan bookmark entry ni. Sebab semua Eza tak pernah tengok lagi. Hehe. Nak ajak suami menonton sekali. Terima kasih sharing movie-movie ni Kak Nur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila, sila, Eza. No problem. :)

      Delete
  8. semua movie tu wak x tgk lagi.. huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Movies yang Wak Lat tengok pun, banyak yang saya tak tengok lagi. Hehe..

      Delete
  9. the last one tu macam best ja ceritanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita yang berjaya buat akak tak tidor consider best, Litah. Hehe..

      Delete
  10. Tak pernah tengok semua movie tu.
    Inheritance macam best.
    Kat rumah Mrs. A sekarang ni kira baru gak lagi la tak sampai pun sebulan dah guna android box planning nak stop langgan astro rasa macam membazir je. Beli android box sekali bayar je bulan-bulan tak payah dah cuma kena ada internet line lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga la citer Inherintance tu, Mrs. A.
      Oh, I see. Saya dah lama stop Asterok. Guna android box juga. :)

      Delete