Wednesday, 20 January 2021

Masak apa hari ni

 Dah 2 hari saya tak lari atau jump rope atau yoga.

Anak sulung start sekolah hari ni. Saya bangun pukul 4 lebih, sediakan sarapan. Dalam pukul 7 pagi, suami hantar anak ke sekolah. Dia kata, sekolah aman damai. Tak sesak. Sebab budak tingkatan 5 saja yang pergi sekolah. Itu pun, macam tak ramai.

Lepas suami pergi kerja, saya sambung kerja-kerja menebas rumput. Hari ni, saya cantas dahan pokok di pagar. Sebab dah tinggi dan besar, saya kena guna gergaji. Workout untuk tangan. 

Tak siap lagi halaman rumah saya. Huwaaa... hari ni menyabit rumput sambil termenung. Memikirkan nanti PKP start lusa. Nape dia tak cakap dari hari tu je? Kepelikan dibuatnya. 

Saya ada jumpa banyak ulat. Ulat bersembunyi di balik rumput, di balik daun. Bila tebas, tiba-tiba cicak hitam keluar. Nasib baik saya pakai seluar, kalau pakai kain? 

Elok pakai kasut but ler. Tapi saya cuma pakai selipar. Berapa banyak siput babi saya terpijak. Kalau terjumpa siput babi yang masih hidup, saya baling rumah sebelah. Rumah sebelah tu, takde orang duduk. Untuk dijual atau disewa. Kang kalu biar, dia makan tanaman saya pulak. Ssyyy, jangan bagitau tuan rumah sebelah tau.

Pukul 10 pagi, baru saya masuk rumah. Sebab hujan. Kalau tak hujan, saya plan menebas sampai pukul 11. Tapi dah hujan. Saya masuk dalam, mandi, makan cereal, dan masak.


Sambal telor je hari ni. Extra pedas. 

Lagi 2 orang budak yang kelas online di rumah ni, rileks je nampaknya. Bila tanya, abang Ngah cakap, "tunggu cikgu". Pak Su pulak cakap, "nanti saya buat". 

Suami ajak pi beli barang petang ni. Saya rasa, baru je hari tu kami beli barang dapur. Dia kata, kalau tak beli hari ni, nanti dia sorang je yang kena beli. Ler, pulak. Dia nak settle barang dapur dulu. Harap ada barang lagi kat supermarket. Sebab dengor cerita, semua orang pakat panic buying semalam bila dia announce PKP. Baiklah, saya ikut je.

Korang buat apa tu? Apa cerita?

Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Agaknya suami SL tidak suka beli barang seorang.
    Oh ya hampir semua negeri PKP.

    P.S: Ingat Jumaat hendak beli barang keperluan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, NA. Memang pun. Ye la. Hati-hati dan be safe ye.

      Delete
  2. Ingat siput babi tu Nur kasi pecah, rupanya lempar ke rumah jiran sebelah...kah!
    Semua negeri PKP kecuali Sarawak. Kalau panic buying lagilah timbul masalah. Banyak barang kedai habis diborong.
    Selamat berPKP dan terus amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Amie pun, selamat menjalankan tugas, ye.

      Delete
  3. Kalau saya dah melompat dah nampak cicak tu. Seram nak bayangkan kalau pakai kain tu kak nur. Mujurlah menebas, kalau tak rosaklah tanaman tu.

    Tak bersenam kita berpeluh gak lah nak mengerjakan tu. Sedap sambal telur extra pedas.

    yelah kan Kak Nur. Ramai panic buying. Nak membeli tu banyak brand yang biasa beli habis, ambil mana yang ada je. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. akak pun lompat jugak, Fizah. Terkojut den!
      Ha ah, Fizah. Semalam mujur juga, ada barang lagi nak dibeli. Tapi bawang tinggal yang tak cantik saje. Huhu...

      Delete
  4. Sesi persekolahan bermula hari ini
    Ramai yang SFH nampaknya

    ReplyDelete
  5. samala sini pun hujan ja.. baru hari ni nampak matahari huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akak type ni, cuaca mendung, macam nak hujan, Litah.

      Delete
  6. Br bw ari ni.. ari ahad.. sy dh siap masak dh nur.. bangga pulak rasa setel masak awal.. hahaha.. selalunya time ni br sebok nk masuk dapur 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, kakmim, berjaya masak awal! Yay!

      Delete