Tuesday, 26 January 2021

Masak dan lari

 Pagi tadi, bangun awal seperti biasa, untuk sediakan sarapan. Saya ada goreng hashbrown, jejari ayam dan kentang goreng untuk breakfast anak-anak. Juga, saya buat nasi goreng ikan masin dan goreng karipap frozen.


Ikan masin semalam, ada baki seketul. Saya tumbuk dengan bawang merah, bawang putih dan cili api. Saya ada campak beberapa ketul ayam masak kurma semalam. 

Saya tak rasa lagi nasi goreng ni. Saya sudah sarapan pisang 2 biji, dan 2 biji karipap. Nanti tunggu suami balik kerja tengahari nanti, saya makan dengan dia. Pak Su sorang dah makan nasi goreng ikan masin ni. Dia kata sedap. 

Pagi tadi, lepas hantar Abang Long ke sekolah, saya lari dalam rumah. 


Hari ni, saya lari sejauh 6.01 kilometer. 

Lepas lari, saya buat yoga.


Lega dan segar rasanya.

Tadi Abang Ngah minta tolong salotape helaian muka surat buku teks dia yang terlerai. Petang nanti, kena pulangkan buku teks tingkatan 2, dan ambil buku teks tingkatan 3. Masalah dengan Abang Ngah ni, dia suka buat benda last minute. Lepas tu, start la kalut. Terpaksa kita tolong. Walaupun dah besar panjang. Lain anak, lain perangai dia. 

Kan bila kita tengok tv channel malaysia ni, ada tajuk berita penting berjalan kat bahagian bawah skrin tv tu, kan. Semalam saya ada baca di tv, yang ada 17 orang yang tengah jogging, kena kompaun di Hutan Rekreasi Sungai Udang, Melaka. Memang tak boleh jogging di kawasan rekreasi. Hanya boleh jogging di kawasan kejiranan sahaja, itu pun tak lebih 2 orang. Sebenarnya, ada lebih orang di situ, tapi yang lain sempat lari. Tu mesti tak baca SOP tu. Atau mungkin tahu, tapi sudah bosan jogging dalam rumah. Tapi kesian juga, kan. Satu orang, RM1,000. Banyak tu. Kalau shopping bawa duit seribu, banyak benda kita boleh beli, kan. Adoi...

Memanglah cepat bosan jogging dalam rumah. Dengarlah lagu kat spotify. Kalau ada treadmill, boleh buat mengadap tv kot. Kena kreatif di musim PKP ni. 

Apa plan anda hari ni? Harap semua urusan anda dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye. 😊

20 comments:

  1. Sedap menu nya kak walaupun simple tp lengkap ada berat ada ringgan kuih2 lagi.... berlari la kita dlm kawasan rumah, dana dukla turun naik tangga yg ada cuma 5 anak tangga tu... pastu buatla siram pokok, dok gembur tanah, buang rumput bg nak keluar peluh.. kdg yg berjoging di tmb rekreasi tu degil, dah kata jangan buat tapi nak jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat tu, Dana, naik turun tangga. Jadilah, buat keluar peluh, yek.
      Itula dia, tak tahu la apa nak kata.

      Delete
  2. saya boleh jogging atas threadmill selama 15 minit tanpa bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, hebat, encik! Saya kena sumbat telinga dengan headphone dan dengar muzik.

      Delete
  3. Nasi goreng ikan masin sedap kak nur. dorang malas nak ambil tahu kot kak nur. tak tahu nak kata lah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah, Fizah. Memang orang dah malas ambik tahu pasal covid ni.

      Delete
  4. Replies
    1. Bagus, NA. Saya pun tak habis-habis lagi baca majalah Rasa lama-lama. :)

      Delete
  5. Nasi goreng ikan masin memang sedap. Saya suka!
    Sekarang dengarnya dah tak ada kompromi daripada pihak berkuasa untuk kenakan kompaun bagi yang langgar SOP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, samalah kita ye, Amie.
      Ye la, biar jadi pengajaran pada mereka yang langgar SOP.

      Delete
  6. oo..patutlah nmpk org berjogging tepi jalan kt kwsn rumah, bahaya jg, dgn kereta & motor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, nohas. Itu yang saya jogging dalam rumah saja, sebab kawasan kejiranan saya banyak anjing liar. Huhu..

      Delete
  7. Selamat memasak dan melarikan diri di rumah

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Terima kasih, as, sudi singgah dan follow. :)

      Delete
  9. buat kerja last minute ni, nanti surely sampai ketua.. like me ! i suka buat kerja last minute juga hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. jangan amalkan, Atie. Tension ooo... ke, memang kerja efficiently bila under pressure? :)

      Delete
  10. Sis, tolong bagi kata-kata semangat nak lari semula. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, pikir macam brand Nike tu, "Just do it!" Tak yah fikir benda lain, sarung kasut lari, dan lari. Tu je. ^_^

      Delete