Sunday, 31 January 2021

Masak dan makan lagi

 Baru-baru ni, masa saya ke kedai runcit, saya terjumpalah roti gardenia puazz! yang baru tu.


Saya baru pertama kali cuba perasa kari ayam. Yang biasa saya beli selama ni, adalah sambal bilis. Boleh tahan sedap perasa kari ayam ni. Saya rasa, inti kari ayam tu, macam inti pau pulak, yang saya pernah beli. Dalam pek tu, ada 2 ketul roti bun inti kari ayam. Sedap. πŸ˜‹ Lebih suka perasa ni lagi, banding sambal bilis. 

Hari Jumaat lepas, suami ada belikan nasi berlauk gulai ayam untuk sarapan. 


Banyak betul nasi dia. Tapi sedap. πŸ˜‹ Dah lah saya tengah mode malas berlari. Lepas makan, rasa gemuk. Huhu... 

Hari yang sama juga, saya masak ayam masak merah untuk lauk hari tu.


Dah lama tak masak lauk ayam merah. Alhamdulillah. Lepas siap masak tu, ada lagi pisang 3 biji, yang dah masak ranum. 


Saya pun buat la muffin pisang. Tak sangka, laku keras. Habis muffin ni tak sampai petang.

Keesokan harinya, saya ada buat kuetiau goreng.


Tengoklah kuetiau saya. Tak letak kucai dan tauge pun. Kalau saya letak, nanti anak tak makan. Dia bila kena pilih-pilih sayur letak tepi, dia pun jadi malas makan. Jadi, saya pun tak letak la. Saya jarang-jarang goreng kuetiau. Tapi boleh tahan sedap, suami kata. Dia siap bawa bekal pi ofis. 😁

Tak habis-habis masak dan makan. Lari tak pun. Masih melayan rasa malas tu. Tapi, saya takdelah terbongkang depan tv. Saja, ambil masa merilekskan badan. Dia bila dah cukup quota langkah 300,000 sebulan, automatik kaki jadi malas. Huhu... 

Esok dah pun masuk bulan baru. Februari sudah. Masa untuk kita cuba lebih baik. Bulan baru, hari baru. Berusaha! 

14 comments:

  1. Popular bloggers promosikan roti Puazz. Semua bagi komen positif. Kena cari tapi selalu lupa apabila keluar beli barang.

    ReplyDelete
  2. Belum jumpa lagi roti baru tu
    Nak juga cuba try test rasanya macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia cepat habis, wak, kat kedai. Saya pun jarang jumpa.

      Delete
  3. Dana x pernah mkn lg roti puazz tu kak , menarik ada perisa kari....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ye, nanti bolehlah cari, Adinda Baizura.

      Delete
  5. Roti tu sy jumpa sambal bilis je kak Nur. Itupun kadang kadang tinggal satu je. Mesti sedap ni dapat rasa yang kari dengan apa ye lagi satu tu.

    Lama saya tak masak ayam masak merah. Kalau masak nasi tomato je masak ayam masak merah. Cantik kejadian muffin pisang Kak Nur. Buat jual laku tu :)

    Memasak ni kena ikut selera orang yang nak makan, baru habis dimakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lagi satu, sambal mackarel. Yang tu, lagilah tak pernah nampak, Fizah. Hehe.
      Ye ke Fizah, muffin akak nampak ok? Pecah dan kerak-kerak kat atas muffin. Kena praktis lagi banyak. Ni tak, selalu derhaka resepi. Mana nak comei rupa dia.

      Delete
  6. Muffin pisang tu...adeeeh tak tahan tengok! Sedap betul makan panas, yang baru kuar dari oven tu. Bukan apa, tak tahan dengan aromanya yang menggoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la Amie. Pandai Amie ni. Bau muffin tu memang harum, bila baru keluar oven. :)

      Delete
  7. muffin pisang tu, nmpk sedapnyaaaaa

    ReplyDelete