Menebas lagi dan update IF

 Badan saya hari ni sakit-sakit. Ni sebab menebas la ni, semalam. Saya rasa macam buat strength training pulak. Apa itu strength training?

Strength training adalah latihan guna berat badan sendiri, atau pemberat, seperti dumbell, kettlebell atau resistance band, atau alat-alat dekat gym tu, untuk bina muscle mass atau otot, strength atau kekuatan dan endurance, atau ketahanan. 

Biasanya, bila kita buat strength training, badan akan rasa sakit keesokan harinya. Kenapa? Bila otot tu buat kerja lebih dari biasa, dia memang akan rasa sakit. Ini adalah normal. Tu sebab bagi seorang pelari, kalau dia ada event lari, adalah tidak digalakkan dia buat strength training seminggu sebelum event. Ini supaya badan boleh perform waktu event. 

Hari ni saya sambung menebas lagi. Tak habis lagi. Pelan-pelan. Saya menyabit sambil duduk atas stool kecik. Lepas tu, rumput yang dipotong, saya sapu guna rake.

Credit photo https://pixabay.com/vectors/garden-gardening-rake-tool-1300347/


Saya angkat rumput yang dipotong guna pungkis.

Credit photo Wak http://warisanpetani.blogspot.com/2015/11/alatan-perkebunan.html

Kemudian, saya kumpulkan rumput di tempat pembakaran. Tapi saya tak bakar pun. Saya tunggu rumput jadi kering, saya sumbat dalam plastik sampah hitam. Saya kumpulkan depan rumah. Seminggu sekali, ada kontraktor sampah hasil pokok dan rumput akan datang, kutip. Seminggu sekali ke, kadang 2 minggu kot. Kadang tak perasan bila dia mai kutip, tiba-tiba hilang je.


Hasil menebas hari ni. Cantik tak? Tiada lagi semak-samun dan rumput panjang. Hujung sana tu belum siap. Sambung esok. 
Workout habis tangan saya. Suami saya cakap, tangan saya tangan mesin. Rumput nampak macam dipotong guna mesin. Tiada lagi pokok cili tua yang disusun di tepi tembok dinding. Semua saya dah buang, sebab banyak kutu putih bawah daun pokok cili tu. 


Ini adalah tempat pembakaran. Habis dahan pokok ceri pun saya potong, yang rendah-rendah. Tu, ada semak lagi, dan beberapa kawasan lain lagi, yang saya akan sambung esok. Menggunung rumput. Saya buat suka hati, bila kawasan tu dah naik matahari, saya pindah pi tempat lain. Hehe.. walaupun pakai topi kebun, tapi panas la encik! Eh, hari ni tak sepanas semalam. Dan saya masuk rumah lebih awal, sebab saya kena masuk makan, dan masak. 

Sebelum makan, saya timbang berat dulu.

Saya start buat intermittent fasting (IF) pada 13 Januari. Hari ni, genap 6 hari saya IF. Meh kita tengok... tadaaaa


Berat saya hari ni adalah 56 kg!!! Turun 2 kilo!



Yay! Walaupun saya pilih plan 16-8, iaitu 16 jam puasa dan 8 jam makan. Tapi selalunya, saya terbabas sampai 17 jam, 18 jam puasa. Sebab saya riadah, atau menebas. Macam semalam, pukul 12 tengahari baru saya masuk rumah. Jadi, first meal of the day dah jadi lunch dah. Bukan breakfast lagi. Tapi saya belajar minum air masak lebih banyak. Sebelum ni, saya banyak minum air manis seperti nescafe dan kopi. 

Lepas mandi dan makan, saya goreng nasi untuk lunch anak-anak. Lepas zohor, saya ke hospital, ambil ubat.


Rutin biasa saya, tiap-tiap bulan ambil ubat tiroid. 

Jadi, saya mengambil keputusan untuk cuti lari sekejap, sebab saya nak menghabiskan kerja menebas rumput. Badan sakit, minta rehat.


Oleh itu, goal streak saya, iaitu 10 ribu langkah sehari, berakhir di hari ke 36. Titik. Hari ni tak lari. Esok pun tak kot. Lepas habis menebas, baru saya akan lari balik. Takpe, benda ni, bila-bila boleh sambung buat semula. 
Cuma saya ada idea nak bersihkan kawasan rumah macamana. Sudah bulat. Dalam kepala. Hehe. Nasib baik kawasan rumah saya takde la besar mana. Besar lagi kebun Wak Warisan Tani tu. Hehe... peh, respek saya, orang buat kerja kebun ni perlu tenaga yang banyak. Ingat senang, nak jaga tanah berekar-ekar? Saya punya kawasan yang tak berapa nak besor ni pun dah lenguh tangan, badan segala. Tapi takpe. Berusaha!

Jumpa lagi, ye. 😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

22 comments:

  1. Pendek rumput memang sejenis kegigihan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba. Tapi macam terapi pulak menyabit rumput ni, NA. Hehe.

      Delete
  2. tahniah kerana mengalami penurunan berat badan yang banyak..

    ia satu percapaian yang bagus dan boleh dibanggakan

    ReplyDelete
  3. Rajinnya mrumput. Hasilnya memang memuaskan. Nampak lapang, kemas dan bersih.
    Tahniah Nur, berat badan makin menurun. Macam seronok pula IF ni. Esok saya mula masuk kerja. Nak bawa bekal air putih banyak-banyak macam biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie. Selamat bekerja ye! Takde la seronok sangat IF ni. Sebab bila buat hari-hari, rasa macam badan kurang kalori pulak. Nak menebas rumput pun tak larat.

      Delete
  4. Ye lah kak, macam guna mesin. cantik je lepas dipotong. Lama tak nampak pongkes tu. dulu masa kecil rajin tolong mak menyapu pastu angkat daun kering guna pongkes tu. rindu pulak zaman tu. Lama juga masa IF tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, zaman kecik banyak kenangan kan. Aman damai waktu tu, takde covid. Hehe.
      Ye la Fizah, boleh tahan lama masa IF tu. Sebab boleh minum air masak masa puasa. Makan je tak bole.

      Delete
  5. cantik rumput karpet tu lepas ditrim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah campur rumput liar, wak. Tu jenuh nak siap, saya cabut dari akar, yang tumbuh liar.

      Delete
  6. luasnya laman akak... puas menebas buat kerja tepi rumah...
    dana kalau hari cuti, dok merumput dalam pasu pokok tepi rumah pun kadang kepenatan...sedar-sedar dah lama dduk luar rumah bila dah ralit buat kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan la, Dana. Nak kata luas, tak la luas sangat. Tapi bila menebas, sakit pinggang juga ler. Hehe.. Betul tu, Dana, kita jadi ralit cabut rumput ni.

      Delete
  7. Tahniah kerana ada penurunan berat badan..saya selalu teringin untuk IF tapi tak pernah kesampaian lagi. Bestkan membersihkan kawasan rumah, salah satu bentuk senaman juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Kay. Ye, seronok bila tengok kawasan rumah dah bersih. Peluh pun basah lenjun baju.

      Delete
  8. bestnya..exercise sambil bersihkan kawasan rumah..
    my ofismate pun buat IF jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga la, nohas. Tapi penat sangat. Hehe.. ye la, IF adalah paling senang untuk kurangkan berat badan.

      Delete
  9. turun 2kg!! tahniahhhh!! bukan senang tu nak turun ! huhuh

    ReplyDelete
  10. Tahniah.. trn kg lg.. sy statik je nasib baik.. hehehe

    ReplyDelete