Saturday, 30 January 2021

Pizza

Banyak hari saya tak update sini.

Saya cuma manusia biasa. 

Ada hari, saya rasa malas. 😁

Saya tak lari dah banyak hari. Oh no.... huhu...

Hari Khamis lepas, saya ada order pizza hut melalui foodpanda. Dah banyak kali order sebelum ni, tapi takdelah selalu.


Pizza saiz large, chicken pepperoni, stuffed crust. Belah kiri dalam bungkusan tu, cheesy pops nama dia.


Dalam bungkusan aluminium tu, garlic bread. Yang comei tu, molten lava cake. Bungkusan belah kanan, kelihatan hanya separuh tu, cheesy pops lagi. Order 2 cheesy pops.


Saya tak tahu pizza apa di atas. Sepatutnya, saya order Super Supreme, saiz large, stuffed crust. Nak kata hawaiian pizza, mungkin ye. Kami dah biasa makan super supreme tu. Jadi, pertama kali dapat order pizza lain, dapat pizza lain. Sebelum ni, pernah terjadi ada makanan tak cukup, tapi itu McD, pesan melalui foodpanda juga. Tapi ni, pertama kali terjadi dengan pizza hut.

Saya pun komplen dekat foodpanda. Live chat tu. Lepas komplen apa terjadi, berserta gambar pizza yang diterima, dapat jawapan berikut dari foodpanda.


Harga pizza large super supreme tu, adalah RM48.90

Foodpanda refund RM49. 😊 Pizza salah yang kami makan tu, percuma la kiranya. Kalau tengok gambar pizza salah kat atas, pizza pun ada hitam hitam, macam hangus sikit. Mungkin tukang masak baru ke, tak tahulah. 

Tapi kami makan sajalah. Rezeki hari tu, dapat pizza lain, makan je la.

Tak lama lepas makan, saya check semula app foodpanda, refund saya dah masuk.


Efficient, kan? Alhamdulillah. Kita pun tak minta benda ni berlaku. Dah tentu kita nak makanan yang kita order, sampai dengan selamat dan betul. Tapi bila sesuatu macam ni berlaku, saya sebagai pengguna, kena fail report, sebab duit tu, wei. Bukan selalu order, tapi bila order, cecah seratus juga, makan 5 beranak. 

Foodpanda juga bagitau yang dia akan inform pizza hut tentang salah hantar pizza ni. 

Musim PKP ni, semua orang dok order food delivery je kot. Sampai restoran pun dah naik pening, time peak hours. Apa pun, thumbs up kepada foodpanda atas tindakan yang cepat. Saya tak tunggu lama pun. 

Itulah ceritanya hari Khamis lepas. Stuffed crust pizza tu sedap! Molten lava cake pun sedap! 😋

Saya perhatikan, barang di tesco pun kita dah bole beli melalui foodpanda. Wow... senang kot kita malas keluar. 

Baiklah, jumpa lagi, ye. 😊

13 comments:

  1. Pelan-pelan Nur. Nanti dah datang mood rajin, boleh update blog.
    Memang bagus betul khidmat Foodpanda. Pelanggan pun puas hati.

    ReplyDelete
  2. Hehe saya memang cerewet pasal pesanan makanan. Kadang-kadang tengok dahulu sebelum.pergi tapi salam kes Nur adalah ada orang tengah jadi susah sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, I see. Saya dalam musim covid ni, malas keluar, NA, sebab banyak kes jangkitan tempatan di Manjung. Itula terpaksa foodpanda.

      Delete
  3. Knp x lari nur? hujan ke kt sana? sy kalau weekend mcm ni sehari je masak.. sehari lg salunya order saja.. haha.. ye lah nk keluar x boleh, jemu lak nk mkn masakan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hujan pun, saya lari dalam rumah, kakmim. Bukan sebab cuaca, tapi tengah malas. Hehe.. Betul tu, saya pun kadang hilang selera makan masakan sendiri.

      Delete
  4. Duduk kampung pedalaman macam wak ni, foodpanda tak masuk

    ReplyDelete
  5. Malas tu bila dia dah datang, nak buat apa pun tak ada mood. Sabar je lah. Pasni rajin datang, boleh lari boleh update blog macam biasa.

    Kesilapan mereka, kenalah mereka bertanggungjawab. Bagus juga dapat refund cepat.

    ReplyDelete
  6. cepat betul dia refund ya.. bgos service ni

    ReplyDelete