Wednesday, 27 January 2021

Rabu yang mendung

 Ni la masalahnya bila hari mendung. Mata ni asyik nak tidor je. Katil tu memanggil-manggil je. Haha... tolong...

Baiklah. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, masuk dapur, itulah kerjanya. (sila nyanyi macam budak-budak tadika nyanyi tu, tau). 😁

Hidangan pertama saya sediakan hari ini adalah chicken fingers. Goreng je frozen punya. Mudah dan cepat, sementara menyiapkan hidangan keduanya. 


Spicy chicken fingers, yang hilang dalam masa kurang sejam. Dalam gambar di atas, nampak macam goreng pisang pun ada, yek. 

Hidangan kedua yang saya sediakan adalah scrambled egg atau telor hancur.


Enak dimakan begitu saja, atau sandwich bersama roti. Roti biasa atau bakor. Jangan lupa sediakan secawan kopi panas. Aummm....

Hidangan ketiga dan final dish kita adalah cokodok!


Pisang yang suami beli di Tesco, 2 hari lepas, sudah lembik. Kulit masih hijau, tapi isi dalam dah masak ranum. Anak-anak kalu pisang masak lembik camtu, haram dia nak makan begitu saja. Jadi, saya cokodokkan. Haaa.... orait.

Sebenarnya, saya sudah keluarkan ayam dari dalam freezer. Tapi suami cakap, toksah masak hari ni. Apa? 

Tak payah masak?

Yippiee....! Saya suka! Saya suka! 

Abang Long pula pergi sekolah, bukannya nak bawa bekal makanan. Dia bawa air je. Tapi hari-hari balik sekolah, pukul 2 petang. Lewat. Dia kata, takpe, balik rumah baru makan.

Suami ada urusan hari ni, jumpa wakil public mutual dia. Ok. Jadi, dia ajak saya beli makanan sekali, untuk makan tengahari dan malam. Eh, sebelum tu. Lupa saya nak cerita. 

Seperti biasa, lepas Abang Long ke sekolah pagi tadi, saya pun jogging dalam rumah.


Pagi tadi, saya telah jogging sejauh 7 kilometer.

Masa jogging adalah selama 1 jam 22 minit.

Jumlah kalori terbakor adalah 325.  

Pace tu, korang buat-buat tak nampak, sudah la ye. Saya pelari siput. Lagi pun, dalam rumah, tak boleh lari laju-laju, nanti terlanggar barang. Ye, saya memang gunakan setting treadmill pada jam lari saya, sebab lari dalam rumah, tak boleh detect GPS ye. Walaupun saya cuma lari keliling meja makan dan masuk bilik. Jika anda ada beli jam lari GPS, tak kira apa jenama, anda harus gunakan setting treadmill run jika berlari indoor ye. 

Hasil dari jogging hari ini telah melayakkan saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Jumlah langkah saya di bulan Januari 2021 telah pun melebihi angka 300 ribu. Alhamdulillah, atas nikmat sihat. 

Lepas jogging, saya ber-jump rope pulak.


Saya skipping selama 25 minit pagi tadi.

Jumlah kalori terbakor adalah 66.

Tengok lah average heart rate saya, 88 je. Sungguh rileks beriadah di dalam rumah. 

Selesai beriadah, mandi, masa untuk makan. Suami saya telah beli nasi kerabu masa dia hantar Abang Long sekolah pagi tadi. Hari ni, suami saya off, tak kerja. 

Gambar nasi kerabu tiada. Lupa ambik. Portion nasi kerabu sangat banyak! Huuu... lepas ni, tak makan nasi setahun pun takpe. (yelah tu, kan... boleh percaya ke? 😄)

Lagi 2 orang anak seperti biasa, PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di rumah). Pak Su telah menunjukkan hasil kerja dia, bila dah selesai subjek Pendidikan Seni. Pak Su baru masuk form 1.


Apokah namanya ni... tak tahulah mama. Kipidap, my son! Belajar rajin-rajin ye! 

Abang Ngah dia masa form 1, takde subjek Pendidikan Seni. Dia belajar muzik. Saya pun tak tahu camana cara sekolah dia tentukan. Dia kata, random je. Ok.

Lepas sarapan nasi kerabu. Temankan suami ada urusan di luar. Beli roti sikit, dan saya pergi ke Baker's Cottage. Pertama kali pergi ni. Cawangan dia di Sitiawan, baru saja dibuka. Ni hasil pengaruh teman blogger kita, Azhafizah ye, yang telah menge-share gambar ayam roasted yang menyelerakan di blog beliau. 😁

Sekor ayam panggang, harga RM11.20. Saya beli 2! Perasa black pepper dan barbecue. Saya rasa, murah la. Sebab saya tengok ayam golek yang dijual di tepi jalan tu, harga RM22 seekor. Jadi, kita try je la.


Oh, mak. Boleh tahan ayam dia. Pak Su cakap sedap. Saya belum makan lagi. Masih kenyang dari makan nasi kerabu pagi tadi. Selain ayam panggang ni, saya ada juga beli muffin coklat, 2 biji. 😋 Terliur tengok, besar saiz muffin dia. 

Ok lah yek. Itu saja cerita hari ni.

Jumpa lagi, ye. 😊

30 comments:

  1. Still jeles tengok org yg blh jogging....Wish I could...waktu kecik2 blh tapi bila naik sekolah menengah x tahan lari. Rentas desa pun walking ja, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak tahan lari? Kalau Zurainny nak tahu, saya masa mula start, bukan terus berlari. Saya jalan dulu. Ambil masa baru boleh berjogging dan lari. :)

      Delete
  2. Saya pun makan makanan luar. Ayam KFC 2 ketul.

    ReplyDelete
  3. Cantik hasil senamannya pagi tadi.
    Wooooo! Tiba-tiba ada ayam panggang tergolek menggoda tunggu kena cubit... ayuhhh tambah kalori lagi Nur. Esok pagi bakar semula...heheheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Amie. Hahaha, saya tak lari pun, Amie. Dah banyak hari cuti. Makan je kerja. :D

      Delete
  4. Masak, lari, jogging, skipping n tiduring

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul tu, wak. Tapi saya dah lama tak lari. Malas, wak.

      Delete
  5. best ke bakes cottage.. kite tak penah pegi pun walau dekat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru try sekali haritu. Orait. Nasi set ayam ada. Roti dan kek pelbagai jenis. Ayam roasted pelbagai jenis. Best juga, Nard.

      Delete
  6. Saya pun dah start berlari.. tapi di malam hari balik kerja.. Sekejap pun jadikla.. asalkan larik gituu. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, hebat tu, Nona. Lari malam, penat, tau. Apatah lagi balik kerja, badan perlu rehat. Listen to your body, ye.

      Delete
  7. Hidangan simple pilihan utama di pagi hari. kalau pisang dah takde siapa nak, memang cekodokan dia takpun buat kek. laju je pulak habiskan. hihi. Untung tu kalau kata xyah masak. Hebat tu kak masih boleh teruskan riadah. tiada alasan gitu kan.
    eh eh dah beli ke kak..hihi..terjebak juga beli chicken roasted baker's cottage. berbaloi beli masa promo ni. memang murah dari ayam golek ke apa. rasa pun okay sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, betul tu, Fizah. Sedap ayam baker's cottage. Alhamdulillah.

      Delete
  8. kalau hari hari boleh berlari..malam tido lena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu, Atie. Mimpi apa pun tak ingat. :D

      Delete
  9. mujurlah la lps makan terus lari. kalau mcm abe kie ni lps makan terus duduk dpn laptop memang semakin bambam la jawabnya! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takpe Abam Kie, yang penting, happy! :)

      Delete
  10. Aduh chicken fingers tu AI ingatkan pisang goreng. Dah terbayang makan cicah ngan kicap cili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki... itu la pelik juga, udah rupa macam pisang goreng jadinya.

      Delete
  11. sedap nye cokodok!
    CP mula2 ingat gambar 1s tu pisang goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki... ha ah, chicken fingers udah macam pisang goreng.

      Delete
  12. Fav anak² tu cekodok pisang.. sampai nk bawak bekal ke sekolah.. kalau rajin terjadilah jugak cekodok di pagi hari.. bkn apa kalau nk buat cekodok ni bercinta jugak.. sbb tu plg senang goreng mee atau nasik je.. mudahhh & cpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kakmim. Lagi kalau bancuhan banyak, lagi lama nak siap. Tapi kalau buat sikit, tak cukup pulak makan anak-beranak. Hehe.

      Delete