Thursday, 7 January 2021

Roses in vase

Halo... pekabo anda hari ni? Saya harap anda sihat dan segala urusan harian anda berjalan dengan lancar.

Setelah 2 hari saya tak pergi jogging, hari ni saya keluar.

Cuaca agak berkabus di Teluk Batik, malam semalam hujan sikit. Jalanraya pun basah lagi.


Saya lari sejauh 7.08 kilometer pagi tadi. Alhamdulillah. Kaki saya sakit, sebab 2 hari skipping sampai lebih 1 jam. Jadi, saya lari slow-slow, makan angin.

Ada orang beriadah, tapi tak ramai. 

Lepas balik jogging, saya tengok pokok-pokok saya. Bila saya perhatikan di taman awam atau kawasan rekreasi, pokok-pokok semua orang majlis perbandaran trim jadi pendek, dan pokok tu tumbuh jadi rimbun. 

Saya buat benda sama kat pokok ros saya. Saya trim dan bunga-bunga yang ada, saya letak dalam bekas air. Dengan daun-daun sekali, sebab di celah daun-daun tu, ada bunga yang belum kembang.

Saya letak sebagai hiasan atas meja makan. Dah lama dah rumah saya tak ada bunga segar ni. Lain macam jadinya. Rasa segar dan happy je. 😀

Sedar tak sedar, dah seminggu dah kita melangkah di tahun baru 2021 ni. Cepat betul rasa masa tu. 

Jumpa lagi ye. 

18 comments:

  1. Kalau tinggi sangat macam menutup pandangan.
    Sedar esok sudah Jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, NA. Lagi-lagi yang kat divider tengah jalan tu, kan.

      Delete
  2. mesti cantik berkabus pagi pagi kat pantai tu.
    betul kak, nak rimbun kena trim. best gak tu dapat buat penyeri dan pewangi dalam rumah. cantik bunga rose tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pantai takde kabus, Fizah. Cuma kat tengah padang sebelah taman awam tu, ada.

      Delete
    2. Ohh saya ingatkan cuaca kabus teluk batik kat tepi pantai.hihi silap pemahaman :)

      Delete
  3. Nampak segar dan cantik dalam jambangan

    ReplyDelete
  4. Kalau dah biasa buat aktiviti keluar peluh bila tak buat rasa macam serba tak kena gittewww...
    Cantik roses in vase tu tambah-tambah colour merah.
    Rumah Mrs. A fikir 2 tiga kali kalau nak letak bunga hidup macam ni sebab kucing Mrs. A suka jadikan bahan permainan hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Mrs. A. Hari-hari lari.
      Oh, ada kucing dalam rumah. Tapi kucing tak naik atas meja makan kot, ye tak.

      Delete
  5. suka fresh flower...hati rasa happy tengok bunga2..

    ReplyDelete
  6. cantik kak... dana pun kadang buat gitu tp pokok ros kecik jd buh la bunga je hehehehe

    ReplyDelete
  7. mesti wangi ruang tu kan? wangi fresh bunga2 hidup ni lain sikit auranya.. salam jumaat ke-2 di thn 2021 sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Kakmim, wangi ros. Salam jumaat juga.

      Delete
  8. Mesti rasa segar duduk di ruangan itu... bunga ros aromanya memang mampu menceriakan suasana.

    ReplyDelete