Monday, 25 January 2021

Sabtu - Masak nasi ayam

 Hari Sabtu lepas, saya tak riadah pun. Kerja menebas dan bercucuk tanam pun dah siap. Jadi, saya cuma rileks saja, dan saya membaca. 

Baca majalah Rasa yang lama-lama. Resepi yang dulu kita tak minat kan, boleh jadi kita minat nak buat tahun ni. Jadi, saya bookmark dengan stick-on-sticker tu, dan saya labelkan supaya senang nak cari.

Kadang-kadang, kita kena stop segala apa yang kita buat. Buat plan baru. Tulis apa yang kita belum buat. Supaya kita boleh dapat semangat baru. Tahu di mana kita berada, dan apa langkah seterusnya. 

Seronok betul saya baca majalah hari Sabtu lepas. Memang, saya lebih suka hidup offline. Nak tahu tak, saya dah seminggu tak baca newsfeed dari instagram mahu pun facebook? Hehe... terasa aman damainya hidup saya. 

Tapi ada satu benda yang saya tak mahu nak tahu, tapi saya kena ambil tahu juga, iaitu kes-kes terbaru covid. Jadi, saya still ada telegram di handphone saya. Saya dah try uninstall hari tu, tahan 3 hari je. Sebab saya rasa penting untuk saya tahu lokasi tempat yang saya nak pergi. Sebenarnya, boleh je tahu, dari aplikasi mySejahtera, tapi saya cuma nak tahu perincian kes. 

Berbalik kepada hari Sabtu lepas, suami saya masak nasi ayam. Saya tolong sikit-sikit je. 


Nasi, saya masak. Masak nasi bersama air rebusan ayam bersama halia, serai dan daun pandan.


Ayam, suami yang rebus dan goreng. Dia perap dengan kicap, tu jadi hitam tu. Tapi sedap. 😋


Sambal nasi ayam, saya buat. Tak pedas pun. Guna cili merah dan campur cili api 3 biji je. 

Itu la dia, hidangan tengahari dan malam hari Sabtu, nasi ayam sempoi. Hehe...

Jumpa lagi ye. 😊

6 comments:

  1. Sempoi tapi lengkap dengan sayur-sayuran. Saya suka nasi ayam.

    ReplyDelete
  2. Sesekali dapat berehat santai. Dapat juga membaca dan masak something special sikit :) Sedapnya nasi ayam tu kak nur

    ReplyDelete
  3. Nasi ayam memang menu yang tak pernah menjemukan. Nasinya saja, harum menggoda selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Amie. Bau nasi ayam harum satu rumah hari tu, masa masak.

      Delete