Wednesday, 13 January 2021

Selasa - 30 hari capai target

 Pada pagi Selasa, iaitu semalam, saya pergi jogging dengan suami saya. 


Kami jogging tak lama pun, lebih kurang 40 minit sahaja. Lepas tu, kami pi sarapan dekat kedai makcik bawah pokok. Suami makan nasi lemak, manakala saya order mee rebus. Mee rebus makcik ni sedap, habis licin pinggan, saya hirup kuah. Tapi saya rasa, portion dia dah kurang. Dulu, banyak mee rebus dia, penuh pinggan. Heee... selain tu, kami order cucuq, cicah kuah kacang. My peberet. 😋

Lepas makan dan balik rumah, saya jump rope pula, ikut workout guna aplikasi Crossrope.


Workout dengan Crossrope ni tak pernah mengecewakan. Selain normal rope, saya tukar guna heavy rope juga. Lompat tali, selang seli dengan senaman seperti squat, plank dan beberapa lagi. Pendek kata, lenjun la, ikut workout dia.

Masa saya jump rope tu, kucing saya, Oyen, boleh pula bawa balik belalang, letak atas slipper depan pintu rumah. Belalang hidup lagi. Habis Oyen buat main, sampai tercabut kaki belalang tu.


Disebabkan jogging cuma 3 kilometer sebelum sarapan tadi, kena jump rope lama sikit la, nak bagi cukup 10 ribu langkah sehari.


Sibuk betul si Oyen ni, dengan belalangnya. Kita sibuk lompat tali, dia sibuk kejor belalang, ke sana ke sini.


Tak tahu apa berlaku dengan belalang ni. Kaki sebelah dia ada kat garaj rumah. 

Aktiviti riadah hari ni, telah membolehkan saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Sudah 30 hari saya berjaya capai 10 ribu langkah sehari. Hehe.


Rekod peribadi saya adalah 73 hari, saya berjaya capai 10 ribu langkah sehari. Kali ni, kita tengok je la berapa lama saya boleh tahan. Akak coba. Berusaha!

Masa sarapan kat makcik bawah pokok pagi tadi, saya ada beli chicken dumpling. Saya tak pernah makan dumpling, tau.


Anda suka makan dumpling tak? Sebab ini pertama kali saya makan, saya rasa, ok ler. Macam fishball je rasanya, tapi rasa ayam. Sos yang dia bagi, macam sos cili je. Saya saja try. Ok ler. 

Petang Selasa tu pun saya tak berjaya update blog.

Suami ajak makan luar, kat restoran Marbawi dekat Manjung.


Saya makan nasi mandy ayam, sementara suami nasi mandy daging. Air saya adalah teh o pudina. Segarnya rasa. Dah lama saya tak minum minuman yang ada pudina ni. Nasi mandy dia pun sedap, lembut. 


Saya sertakan resit sekali, ada butiran harga dan lokasi kedai. Restoran ni ada aircond. Selesa makan sini. 

Itu la kerjanya. Lepas riadah, makan. Esoknya, ulang balik. Hehe.. 

Hidup untuk dinikmati. #ApaItuDiet 😁

Ok ler. Jumpa lagi ye.

10 comments:

  1. Sedapnya mee rebus. kalau kita selalu makan situ mesti dah biasa dengan portion tu kan. ada sebabnya kot lah. oyen pun nak exercise juga tu. ada peneman. tak pernah lagi rasa dumpling macam tu kak. nampak ramai orang jual tapi belum rasa nak beli lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa je, Fizah, dumpling tu. Tapi beli juga, kalau kita tak tolong orang kita niaga, siapa lagi kan.

      Delete
  2. Tahniah atas pencapaian selama 73 hari tu... hebatnya!
    Yang penting nikmati hidup penuh ceria dan terus amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie. Alhamdulillah.
      Baik. Insya-Allah.

      Delete
  3. Jogging - makan dan repeat.. asalkan bahagia kan?

    ReplyDelete
  4. 10 ribu langkah sehari tu yang mahal tu Kak Nur. Konsistennya sampai 73 hari. Kagum Eza.

    ReplyDelete