Friday, 22 January 2021

Selesai menebas

 Hai semua...! 😊 Salam Jumaat. 

Pagi tadi, saya sambung kerja menebas rumput di halaman rumah.


Gambar burung merpati tengah makan nasi. Kadang ada lebihan nasi semalam, yang kuantiti sikit, nak buat nasi goreng pun macam tak cukup, saya akan letak nasi atas rumput, sedekah burung makan. Bukan merpati je, burung pipit ada datang, burung malar kerbau, burung gagak, kadang beruk pun singgah juga kalau dia lalu kat tiang letrik depan rumah.


Kalau takde nasi, kadang saya campak roti yang dah dipotong kecil-kecil. 

Seronok tengok gelagat burung makan. Saya duduk tak jauh pun dari situ. Sambil menebas, ditemani budak bulu, si Puteh.


Sedap betul dia melelapkan mata, atas meja batu yang sejuk tu. 

Tengah buat kerja, hujan pun turun. Tak macam semalam, hujan sikit dan kecil. Tapi dah makin lebat, jadi saya pun berhenti menebas.


Kalau tengok gambar di atas, dah tinggal tak banyak kawasan pun untuk disabit. Duduk sat kat garaj, tengok hujan, tengok ikan.


Saya ada bela 2 ekor ikan puyu, dan 2 ikan bandaraya. Ikan bandaraya tu, dah sama besar dengan ikan puyu dah. Dulu masa beli, besar separuh jari kelingking je keduanya. Tak pakai pam oksigen pun. Ikan lasak. Dulu musykil juga, gaduh tak kalau letak ikan puyu dan ikan bandaraya dalam satu tempat. Ok, dia orang. Lagipun ikan bandaraya tu, tak kacau ikan puyu. Dia buat hal sendiri, sembunyi dalam tong pecah tu ke, atau bawah jambatan.


Mengekor je budak bulu ni. Sambung tidor kat garaj pulak.

Tak lama lepas tu, hujan pun berhenti. Saya sambung menebas, sampai siap. Alhamdulillah. Settle juga kerja saya. 


Sudah 4 hari saya tak cukup steps sampai 10 ribu sehari, sebab tak berlari. Menebas punya pasal. Takpe, rehat sekali-sekala, dan workout tangan saja. Hehe. Kalau rajin, esok boleh la jogging semula. Dalam rumah je kot. Walaupun SOP PKP membenarkan jogging 2 orang, di kawasan kejiranan, dalam lingkungan 10km radius. Saya baca kat telegram MKN.

Ok ler. Jumpa lagi, ye.😊 

22 comments:

  1. Wahh settle dah kerja menebas akak. lapang betul laman rumah akak, best tanam tepi tepi tu. ada juga si puteh meneman buat kerja. Dah 2x saya bela ikan puyu, mati sebab dia lompat keluar lepas tu tak perasan. mungkin rimas duduk balang comel. ada aquarium selesa sikit kot. Buat masa sekarang better stay home dan buat aktiviti riadah kat rumah je. risau juga nak keluar sekarang ni. Tak cukup steps, masih lagi keluar peluh menebas okaylah..rehat dulu macam akak cakap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, bela ikan puyu, kena tutup akuarium. Kalau tak tutup, dia boleh keluar. Tutup dengan benda berat, Fizah. Arwah mak akak dulu, letak batu lesung atas penutup bekas ikan puyu. Sebab kuat ikan puyu ni.

      Delete
  2. besar dah semua ikan ikan eh, i tak tau happiness bela ikan lagi.. tapi teringin sbb rasanya dlm smua, bela ikan plg senang.. ye tak? ka susah juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bela ikan, boleh tahan senang juga, Atie. Cuma bab susahnya, kena cuci akuarium. Kalau bela dalam balang atau bekas kecik, senang sikit. Lagipun sekarang ada jual makanan ikan yang kurang bagi air keruh. Ikan makan tak banyak, sebab makanan tu buat dia kenyang. Tak perlu cuci bekas ikan selalu. :)

      Delete
  3. Luas juga halaman rumah rupanya. Selalu kalau luas, orang besarkan rumah sampai sedikit kawasan rumput atau orang turap supaya tiada rumput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pitih nak besarkan rumah. Lagipun rumah besar-besar, penat nak menyapu, NA. Hehe... biar camni je pun ok, kot nak buat kenduri, tak perlu keluar kawasan rumah. Muat 3-4 khemah je, tanpa keluar pagar.

      Delete
  4. Luas nye laman rumah. Puas berpeluh tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Darling Pya. Sakit pinggang juga, menebas. :D

      Delete
  5. tidur terbongkang budak bulus tuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tu memang, Wak Lat. Suka ati dia je.

      Delete
  6. wahhh sedapnya si puteh tidur haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Litah. Lepas makan, tidor. Bangun tidor, makan. :D

      Delete
  7. Ikan bandaraya memang sporting. Hidup menyepikan diri dan tak kacau keliling.
    Luas juga tanam berumput di rumah Nur tu. Siap ada meja batu dan tempat duduk, bawah pokok pula tu. Nyamannya kalau duduk sambil minum dan sembang-sembang di petang hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Memang tempat lepak petang-petang pun. Kadang anak buat homework situ, kalau hari redup.

      Delete
  8. Tidur tanpa rasa kemaluan betul si bulus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. puteh tu memang, wak, tak malu betul.

      Delete
  9. Whoaaa... rajinnn menebasss. hehehe.. Yup, boleh jogging dalam radius 10km.. tapi risau gak nak lalu orang sebelah sebelah tu.. Kan.. Moga terus sihat... Sy pun lama x jogging luo... setakat jogging setempat ajer.. Kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. jogging setempat pun ok, nona sani. Asal keluar peluh.

      Delete
  10. Luasnya laman rumah... seronok anak2 main bola.. hihihi.. itu jer dipikir mak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, anak-anak tak minat main bola, kakmim. Depa suka main online game je.

      Delete
  11. Luasnya halaman rumah. Comel ja miau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Kay. Si puteh yang comel dan comot. Hehe.

      Delete