Thursday, 14 January 2021

Seronok duduk rumah

 Haloo... buat pe tu? 😊

PKPB hari ke-2. Saya tak keluar jogging. Lepas Subuh, saya ke dapur, sediakan sarapan. Suami saya pula baru balik kerja. Dia goreng nasi, dan saya goreng mee. Lepas tu, saya buat roti sosej, dan suami gorengkan. Apa yang penting, kerjasama! 😁

Apahal masak banyak-banyak ni? Dah ada nasi goreng, buat mee goreng lagi? Sebab saya malas masuk dapur banyak kali dalam satu hari. Sehingga entri ni ditulis, nasi goreng sudah habis. Mee ada, dan suami bawa bekal sikit untuk ke ofis. Cukupla buat makan malam. 

Lepas habis masak, barulah saya slowjog dalam rumah.


Hari ni, jogging sejauh 6.02 kilometer, dalam masa 1 jam, 15 minit. Gambar atas adalah mee yang saya goreng. Seperti biasa, mee goreng dengan fishball dan telor. Tak ada sayur pun. 

Lepas jogging, saya buat yoga. Yoga adalah salah satu cara cool down yang best, untuk rendahkan heart rate lepas jogging tadi. Bila kita selalu buat, tak rasa sakit pun, lebih kepada rasa segar, kerana dapat regangkan badan. Best!


Saya buat yoga selama 15 minit sahaja. Gambar di atas adalah nasi goreng yang suami saya buat. Ada lebihan ayam goreng dari lauk semalam, jadi campak je dalam nasi. Nasi goreng bersama fishball dan ayam.


Ini adalah roti sosej celup telor. Saya penyetkan roti gardenia dengan roller, letak sosej ayam ramly yang telah direbus, dan gulungkan. Gunakan bancuhan tepung bersama air sebagai pelekat, supaya gulungan tak terbuka. Kemudian, celup dengan bancuhan telor yang telah dipukul, dan gorengkan. Siap! πŸ˜‹

Saya sarapan lewat, sebab intermitten fasting (IF). Maklumlah, sebab 2-3 hari sebelum ni, saya makan banyak, sila refer entri saya beberapa hari lepas. Jadi, masa untuk kembali ke pangkal jalan. Tapi saya makan banyak pun, berat saya 58 kilogram. Lega, tak sampai 60 kg, seperti kes lepas-lepas. 58 kg adalah borderline bagi saya. Bila lebih 58 kg, BMI saya jadi overweight. Bila berat 58 kg atau kurang, BMI jadi normal. Jadi, saya ingat nak kurangkan beberapa kg, supaya jauh sikit dari angka 58 tu. 



Print screen di atas adalah masa pukul 10 pagi, dan saya masih belum makan. Sudah masuk fasa ketosis. Apa itu fasa ketosis?


Fasa ketosis adalah fasa di mana badan bakar lemak dengan cekapnya semasa kita bergerak atau buat kerja. Saya tak rasa lapar pun, sebab saya boleh minum air masak.

Saya mandi dulu, tadi berpeluh. Barulah saya makan.


Sarapan pukul 11 pagi. Rasa best dan badan rasa ringan. Saya guna aplikasi Fasting Tracker. Boleh download percuma dari google playstore. 

Kalau duduk rumah tak kemana, memang kita jadi lebih berdisplin, bagi saya. Kalau keluar, start la nak beli itu, beli ini, makan itu, makan ini. Hehe... jahatkan, nafsu tu. Hee... sabor je la.

Jumpa lagi ye.

Stay safe, semua. 😊

18 comments:

  1. Saya pun suka masak banyak sekali waktu pagi.. Senang.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum . first time singgah sini dan follow. wah sis buat IF ke... SS tak kuat nak buat IF. apa pun terus jaga kesihatan dan amalan hidup sihat. Lepas singgah blog ni, saya terinspirasi utk senaman n yoga tu.... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam warahmatullah, Semut Senyum. Mekasih, follow. Salam kenal.

      Delete
  3. Bagusnya perkongsian gaya hidup sihat di sini. Buat yoga juga ye.
    Ramai kawan saya berIF. Memang kena berdisiplin kan. Saya belum pernah buat, tapi mana tahu nanti saya berminat pula dengan IF ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Tak buat IF pun takpe. Sama je, dengan puasa sunat Isnin dan Khamis tu.

      Delete
  4. Bagusnya kak IF dan keto. Senang masak sekali je. Dapat buat kerja lain dan beriadah :)

    ReplyDelete
  5. Saya IF malam makan sebelum pukul 6 petang. Hehe.
    Rumah ini ramai tukang masak jadi tiada banyak kali masuk dapur. Cuma makanan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu NA, early dinner.
      Makanan banyak pun bagus juga, NA. Rezeki tu. Saya pulak kadang bosan dengan masakan sendiri.

      Delete
  6. Baru nak tanya nama apps tu tapi di last para terus ada mention.. macam boleh baca instict πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ye, Kakmim, saya akan share segala maklumat yang saya rasa bermanfaat.

      Delete
  7. Eza nak try jugak la IF ni. Macam biasa nasi goreng, roti sosej dan mee goreng tu Eza terliur jugak. HAHA.

    Bagusnya entry kak Nur ni banyak info untuk sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, sila, sila, Eza.
      Mekasih. Semoga bermanfaat.

      Delete