Stay at home

 Saya masih tak keluar rumah hari ni. Lepas subuh, saya kemas dapur dan sediakan sarapan. Walaupun lari dalam rumah rasa kurang puas, tapi hati rasa tenang.


Saya slowjog bila dah habis masak. Gambar atas adalah nugget tempura yang saya goreng. Patutnya bior lebih lama dalam kuali, bagi lebih hitam dan garing. Tapi anak-anak tak kisah pun, habis juga.

Saya slowjog sejauh 5.02 kilometer dalam masa 1 jam 7 minit. Pace ke laut dalam sangat hari ni, sebab tengah jogging tu, anak minta itu, minta ini, susun pinggan, dan ada je kerja menyelit sempat buat.


Lepas jogging, saya jump rope selama 10 minit. Hanya perlu 10 minit untuk basah lenjun baju merecik hawau. Jogging pun tak berpeluh macam tu. Gambar di atas adalah karipap sardin yang saya goreng. Frozen punya. Anak sulung komplen, sudah bosan dengan karipap kentang. Jadi, saya beli karipap sardin. Pun habis licin juga. Satu biji pun saya tak rasa. 

Saya beli banyak barang dapur hari Rabu lepas. Kalau anda shopping, selalunya, berapa belanja untuk barang dapur? Saya shopping barang dapur haritu, sampai cecah RM300, penuh troli. Buat stok PKPB, tak mau keluar rumah. 

Saya masak nasi juga pagi tadi, dan kari sardin.


Huh... mana ikan sardinnya? Tenggelam. Ada 3 ketul. Saya buat kuah lebih, sebab saya nak colek roti dan juga, tadaaaa....


Saya buat lempeng! Ambil idea Amie, dari Amie's Little Kitchen. Kalau tak tahu nak masak apa, blog Amie selalu membantu, bagi saya. 😁 Terima kasih, Amie.

Pancake pun habis juga. Yang ni saya pelik juga, sebab anak-anak biasanya kurang suka makan lempeng saya masak. Kalau pancake McD tu, bukan main lagi suka. Tapi hari ni, habis juga. Walaupun rupanya tak berapa cantik. Tapi anak-anak cakap sedap. Alhamdulillah.


Ada telor dadar juga, suami yang goreng. Makan dengan nasi. Tapi anak-anak sandwichkan telor dadar antara 2 keping lempeng. Itu yang lempeng habis. Oh, sambal penyet pun ada, tapi lupa ambil gambar. 😋

Apa lagi saya nak cakap ye? Oh, semalam saya ada tengok satu movie lagi. 


Kenal mamat kat atas? Superman handsome tu ler. Hehe. Filem tahun 2018, bergenre psiko thriller, original tajuk dia adalah Nomis. Tapi ditukar ke Night Hunter. Mamat superman ni....


... jadi polis dalam cerita Nomis ni. Omputih kan banyak kes missing person kan, pastu kalau hilang, kena simpan bertahun-tahun la, ha, movie ni tentang polis yang siasat kes-kes sebegini. Giler tau, suspek dia. Kita pun tak sangka, sampai la dekat ending barulah makes sense. Apa makna Nomis tu, bila tengok cerita, baru kita faham. Ok. 

Nak tahu tak, saya dah uninstall aplikasi Instagram dan Facebook Lite dari handphone saya. Benda yang saya tak tahu, takkan buat saya sedih. 

I choose to be happy. 😁😀😃😄😊

Berusaha!

Jumpa lagi. 

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

16 comments:

  1. saya pun masih lagi di rumah tak keluar keluar. husband je keluar membeli barang. bila bila stok tu tak sah kalau tak lebih seratus. musim PKP ni masak apa pun habis kak. senang licin tak membazir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Betul la Fizah, kan. Kalau beli belah, mesti lebih seratus. Ha ah, Fizah, betul apa Fizah cakap. Semua makanan habis. :D

      Delete
  2. Kami pun lebih kurang begitu jugalah jumlahnya kalau beli barang dapur.
    Oh! Sampai juga idea melempeng di dapur Nur ye heheheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, sama ye, Amie. Belanja shopping.
      Hehe, Alhamdulillah.

      Delete
  3. Selamat bereksesais dan menjamu selera.

    ReplyDelete
  4. Nur ada anak-anak yang tengah membesar dan kuat makan.
    Kami tidak beli sangat. Teringat masa anak-anak buah ada di rumah lama, memang adik beli barang runcit macam-macam sebab anak-anak dia kuat makan, aktif. Memang kena masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula dia, NA. Banyak shopping barang makan je. Masak di rumah lebih jimat juga.

      Delete
  5. Alamak. Makanan tu semua, masa baca entry ni Eza terliur pulak. Rasa nak masak jugak lepas ni. Hehe.

    Eza pun dah beli barang dapur hari tu. Taknak ulang alik pergi kedai. Takut covid sekarang ni di mana-mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. jangkit kan, Eza, tengok makanan ni. Rasa nak makan atau masak.
      Bagus tu, kita beli buat stok, supaya senang tak yah keluar keluar dah.

      Delete
  6. Ya..kdg tidak tahu lagi better dari tahu. if we deserve to know abt something sooner or later akan tahu jgk 😁

    Rajinya sis masak 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are absolutely correct, Litah. Semuanya telah tertulis.
      Oh, arwah ibu akak cakap, jadi mak ni kena rajin. :)

      Delete
  7. sedapnya makanan..Saya pun biasanya slow jog plus brisk walking. At least setiap hari ada 30 minit berpeluh. Tapi bila sudah PKP ni dengan cuaca tidak menentu, terpaksa yoga di rumah saja lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay, ada kawan slowjog dan yoga. Salam kenal, Kay. :)

      Delete
  8. Eloknya bulat comel-comel kejadian lempeng Nur.
    Kalu lempeng Mrs. A tak menjadi sangat bulatnya itu sebab lebih suka buat cekodok je...

    ReplyDelete