Sunday, 31 January 2021

Tomato tanam sendiri

 Baru-baru ni, saya cabut semua pokok tomato yang saya tanam. Sebab banyak sangat serangga kutu putih  berterbangan di bawah semua daun setiap pokok. 

Ada dalam 4-5 pokok tomato juga saya cabut. Tapi saya ambil buahnya, walaupun saiz dia kecik-kecik, dan tak masak lagi. Warna hijau.

Hari pertama

Ada satu buah yang macam masak sikit. Bila tekan, semua masih keras. Tomato ni, dia masak atas pokok ke, atau camana? Saya pun tak tahu, sebab ni pertama kali saya tanam. 

Saya simpan kesemua tomato dalam bekas, letak dalam rumah. 

Hari kedua

Bila saya tengok keesokan harinya, makin banyak tomato bertukar warna ke warna merah. Jadi, memang kita kena petik waktu dia hijau ke, dan dia akan bertukar warna ke merah? Sebab saya ada tengok cerita korea ni, dia punya tomato masak di pokok, dia petik dan terus makan, sebab tomato dia dah masak. 

Hari ketiga

Bila hari ketiga, makin banyak bertukar warna merah. Bila tekan, macam tomato yang kita beli di pasar. Dah lembut sikit, banding hari pertama saya ambik. Esok boleh la guna untuk masak. Saya dah simpan dalam peti ais. 😊

12 comments:

  1. Buat sambal belacan gesek + tomato pun sedap ni

    ReplyDelete
  2. Kitorang tanam tomato ceri. Tunggu masak di pokok baru ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya tomato ceri, NA. Buat salad.

      Delete
  3. Kalau ada serangga putih tu, buang aje daunnya.
    atau cari ubat semburan serangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke, wak. Baik. Lain kali, saya akan buang daunnya saja. Mekasih wak, bagi tips.

      Delete
  4. Saya pun kurang pasti kak nur sebab tak pernah tanam tomato. Dulu kat kebun pun sekadar ikut g kebun je tak ambil tahu. Banyak juga hasilnya tu elok. Buat salad rangup-rangup sedap gak tu untuk eat clean :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun ada terfikir nak campak dalam salad je, Fizah. Nanti tengok camana. :)

      Delete

  5. Bestnya ada buah tomato hasil tanaman sendiri. Kalau saya kan, tomato hijau tu dibuat sambal hijau, yang masak merah tu buat sambal tomato.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak betul idea Amie ni. Tima kasih ye. :D

      Delete
  6. bestnya bila tanaman kita membuahkan hasil...congratulations

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Atie. Saya baru je cuba-cuba belajar menanam.

      Delete