Sunday, 28 February 2021

Salam Ahad

 Halo...

saya pun takde idea apa nak tulis dah. Hari-hari, kerja saya lari. Lari, masak, makan. Hehe. Saya tak lari overtime pun hari ni. 


Lepas jogging 7 km, saya singgah kedai, beli udang. 

Gambar sarapan saya hari ni, sandwich telor goreng dengan salad.

Saya tolong pack pakaian dan barang untuk suami esok, dia kena admit ke hospital waktu tengahari. Saja pack awal, jadi kalau ada barang tak cukup, boleh keluar beli hari ni.

Sandwich di atas sedap. Saya bakar roti dalam kuali je, tanpa minyak. Dah goreng telor sebelumnya, guna kuali sama. Macam rasa sandwich subway pun ada. Hehe. 

Esok kita dah masuk bulan baru. Marilah kita tengok laporan larian saya sepanjang bulan Februari ni.


Purata larian sehari: 7.1 km

Jumlah jarak larian Februari: 200.2 km (wah, cecah 200 km saya bulan ni, melebihi bulan Januari)

Purata larian dalam seminggu: 50 km

Jumlah kalori terbakor Februari: 12,555

Bulan ni, saya cuma ponteng lari sehari je. Merujuk kepada gambar di atas, ada rongak di tengah-tengah tu, yang saya tak jogging.

Alhamdulillah, atas nikmat sihat Tuhan bagi.

Ok lah.

Selamat berhujung minggu semua... 😊

Jumpa lagi.

Saturday, 27 February 2021

Lama tak buat yoga

 Perasan tak bulan pagi tadi sangat cantik dan besar?

Saya ambil gambar berikut masa saya nak masuk kereta pagi tadi, nak pergi jogging.


Terangnya cahaya bulan di langit. 

Pagi tadi, saya jogging sejauh 11 km. Hari Sabtu dan Ahad saya boleh lari lebih masa. Pagi tadi pula, saya cuti masak. Hehe.

Larian hari ini telah buat saya habiskan satu lagi milestone dalam virtual run di aplikasi 42Race.


AIA iRun for Vitality.

Kategori: 168 km


Ini adalah virtual medalnya. 

Ni adalah virtual run terakhir di bulan Mac. Saya tak nak masuk dah virtual run ni. Tak best. Ye la, yang free kan. Kalau nak medal dan tshirt event betul, kena bayar. Lain kali la, bila masa mengizinkan, bila running events dah boleh diadakan semula. 

Pakcik sakit kaki kat rumah nampak bosan dah, jadi saya ajak dia dating, keluar sarapan di luar. Nanti, dah bila lagi dapat berjalan, makan di kedai. Pakcik tu tengah berdebar-debar, menantikan hari pembedahan kakinya. Jadi, marilah kita pergi jalan makan angin di luar ye.


Sarapan pukul 10 pagi. Saya order nasi ayam ayam bakar. Sedap. Apa-apa ayam bakar, yang bila kita makan, ayamnya rasa cam makan sate, saya suka! 😋

Nama kedai: Restoran Nasi Ayam Bakor Tapah Road, cawangan Lumut

Restoran ni ada banyak cawangan. Kat Cameron Highland pun ada, selain di Tapah, Perak. Selain nasi ayam, ada juga nasi lemak, laksa telor sarang, dan sebagainya.


Snek makan di rumah hari ni adalah buah oren.

Saya kan, dah 2-3 hari sakit bahu dan leher. Salah tidor. Bila solat, nak salam belah kiri, ada rasa sakit. Jadi, terasa nak buat yoga pula hari ni. Berikut saya share antara pose yoga yang saya buat masa waktu tengahari tadi.

Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

Lega sikit otot di bahu dan leher saya lepas buat yoga. Rasa kendur segala otot dan sendi yang tegang.

Berikut adalah badge yang saya dapat, dari aplikasi Garmin Connect, untuk aktiviti yoga.


Saya lupa yang bulan ni, pendek, sampai 28 haribulan saja. Lusa dah masuk bulan Mac. Nanti anak-anak sekolah rendah dah start sekolah kan, Isnin. Semoga semuanya selamat. 

Jumpa lagi ye.

Friday, 26 February 2021

Scrambled egg wrap

 Walaupun hari ni takde paper SPM, tapi anak sulung kena pergi sekolah, ada kelas tambahan. Pagi tadi, saya buat scrambled egg, goreng nugget, lauk ikan apa yek, alamak, saya tak tahu nama ikan tu, ikan yang rupa macam ikan kerisi, tapi kecik sikit, saya buat ikan tu masak kicap, dan sayur kacang panjang goreng. Saya ada tanya tokei ikan tu, tu ikan apa. Dia ada cakap, lepas tu, saya lupa. Hu...

Saya jogging hari ni, seperti biasa.

Photo credit: Ezan

7 km juga, bersama sahabat mak-mak runners. Merujuk kepada gambar di atas, kakak belah kiri gambar tu, satu hari boleh buat 13 km at least. Pagi dan petang dia lari. Umur 50-an ye. Hebat tak? Kakak belah kanan pula selain lari, ada join aerobik juga. Saya sorang yang cuma berlari, dan kadang-kadang skipping dan  yoga. Riadah untuk sihat. 

Balik rumah selepas siram pokok, saya sarapan bersama suami. 


Sarapan saya adalah nasi, sayur kacang panjang dan bendi serta ikan. Dalam lauk kacang panjang tu, saya ada letak tauhu goreng. Tauhu goreng yang biasa orang letak dalam mee kari, tapi saya kalau goreng sayur, suka letak bahan sampingan seperti tauhu atau fishball. Minuman  kopi mesti ada. Hehe.

Lepas sarapan baru saya boleh sync larian saya dari jam ke telefon. Menerusi larian hari ni, saya berjaya habiskan satu virtual run.


Lantern Festival Virtual Run.

Kategori: 5km


Ini adalah medalnya. Ok.

Untuk tengahari pula, awal entri tadi, saya ada cakap yang saya ada buat scrambled egg, kan. Saya buat wrap sebagai makanan tengahari saya dan suami. 


Saya tambah salad dan sos cli sikit. 

Saya dapati, wrap adalah satu alternatif selain kita buat nasi goreng. Contoh, kalau ada makanan semalam tak habis, seperti ayam goreng ke, lauk apa ke, biasa saya campak dalam nasi dan buat nasi goreng. Kalau tak nak buat nasi goreng, saya boleh je masukkan leftovers makanan semalam sebagai inti wrap. Ha, ok kan. Hehe. 

Baiklah. 

Jumpa lagi ye. 😊

Thursday, 25 February 2021

Salmon wrap

 Best juga, hari-hari makan buah ni. Nak buang air besor pun senang. 


Bila hari panas, makan buah yang sudah siap dipotong, yang disimpan dalam peti sejuk, rasa segar sangat. Gambar di atas, buah mangga. Sedap.

Semalam, dah tak tahu nak makan apa. Nak beli lauk kat luar pun malas. Last-last untuk tengahari, saya buat maggi kari je, makan anak-beranak.


Sedap juga. Benda jarang makan. Lagi-lagi, ada pecah telor, 2-3 biji. Kenyang juga. Alhamdulillah.

Setiap pagi, saya set alarm pukul 4 pagi. Lepas tu, teringat anak takde paper pagi ni. Paper dia belah petang, pukul 2 (Anak sulung saya SPM). Suami kata, tak perlulah masak, boleh beli je untuk sarapan. Ok, sambung tidor. Pastu terkebil-kebil atas katil. Bangun jugalah. Dah biasa, kan. Lepas tahajud, saya masuk dapur juga. Masak untuk sarapan, dan masak nasi sekali untuk satu hari. 

Lepas Subuh, saya pergi jogging macam biasa. 


Seronok sambil jogging, dapat sembang dengan mak-mak runners juga. Hari-hari, orang yang sama juga yang jogging awal ni. 7 km juga lari hari ni.

Lepas balik rumah, tengok dan siram pokok. Pokok bendi saya dah tua. Tapi dia masih keluar lagi hasil. 

Saya buat wrap untuk sarapan pagi tadi.


Saya guna ikan salmon dalam tin. Letak salad, tomato (ha, tomato hijau, tanam sendiri) dan bawang. Kenyang rupanya makan sebiji. Saya guna wholegrain punya wrap, beli di speed99. Satu untuk suami, satu saya.


Ok, saya dah tahu dah, camana nak letak isi banyak dalam wrap. Tak payah lipat tepi. Gulung je. Jadi, kita boleh letak salad banyak layer. Gambar di atas, masa wrap pertama. Untuk makan tengahari, saya makan wrap juga, nak habiskan isi ikan salmon tu. Crunchy bila letak salad banyak. Wah, kenyang. Hehe.

Tadi saya dan suami pergi hospital, suami kena buat swab test covid. Insya-Allah, suami akan jalani pembedahan kakinya pada 2 Mac ini. Guarantee letter pun dah keluar. Insurans tak cover untuk swab test. Jadi, kami bayar tunai. Harga RM100. Lepas saya bayar dalam hospital, ambil resit dan masa untuk test, kami pergi ke counter drive-thru untuk swab test. Ha, senang kan, boleh drive-thru. Tak payah keluar kereta. Comei je orang yang buat test tu, macam pelakon hong kong pun ada, walaupun dia pakai mask dan PPE bagai. Hehe.

Oklah. 

Jumpa lagi, ye.

Wednesday, 24 February 2021

Nasi goreng

 Hai hai hai... 😁

Pagi-pagi, masak nasi goreng. Anak pun macam dah naik bosan dah kot, sebab dia makan roti je sebelum pi sekolah. Saya ingat nak try buat wrap la. Ok ke? Kalau anda ada idea nak buat sarapan apa, sila komen ye. Idea anda amat dialu-alukan. Selain sandwich, dan goreng kueh frozen. Hehe.


Hari-hari dapat buat 7 km. Alhamdulillah. 

Gambar, nasi goreng yang saya masak sebelum subuh. Ada letak daging burger. Saya memang tak berapa pandai goreng nasi. Tak menarik langsung rupanya. Kalau suami saya goreng, sedap! Nasib baik saya masak tak berapa sedap, kalau tak, saya dah buka kedai nasi goreng dah. Itu je menunya. Kedai Nasi Goreng Nur. Hehe.. ok, dah melalut.

Meh kita tengok gambar saya dulu dan sekarang.


Gambar kiri, masa larian We Run Lumut, 2015.

Gambar kanan, gambar last year sebenarnya, masa saya buat year-end-skipping challenge 2020. Tapi, gambor 2021 pun sama juga la camtu.

Saya ambil masa 5 tahun untuk ubah BMI saya dari obese kelas 1 ke normal. Takde guna produk kurus. Tak pergi gym. Takde personal trainer. 

Pelan-pelan kayuh. Masih makan nasi. Sekarang, cuma perlu maintain berat badan. Alhamdulillah, Allah bagi sihat dan boleh lari hari-hari.

Jumpa lagi, ye. 😊

Tuesday, 23 February 2021

Virtual run lagi...

 Assalamualaikum dan hai semua... 😊

pagi tadi, saya pergi jogging macam biasa.


Saya rasa bersyukur dapat jogging dengan kawan-kawan. Dulu, saya jogging sorang. Lepas tu, dengan suami, bila dia tak bekerja. Sekarang suami dah tak boleh lari, saya dapat pula jumpa balik dengan kawan-kawan runner setempat. Alhamdulillah. Pagi tadi, jogging 7 km.

Gambar adalah spagetti goreng, yang saya masak sebelum subuh pagi tadi. Saya guna spagetti angel hair, tu nampak macam bihun goreng. Guna apa yang ada di rumah, saya letak fishball dan minced chicken. 

Saya takdelah intermittent fasting sangat akhir-akhir ni. Contohnya, hari ni, ada appoinment doktor suami, jadi saya sarapan awal dulu di rumah. Tapi saya cuba untuk control portion makanan, seperti nasi. Dan saya juga cuba untuk makan buah, baru je dalam 2-3 hari ni. 


Gambar anggur, tanpa biji. Beli dekat pasar sitiawan. Harap dapat istiqamah, dalam memasukkan buah dan sayur dalam menu seharian.

Larian hari ni juga, saya dapat habiskan satu lagi virtual run, menerusi aplikasi 42Race.


Larian Get Moving Bootcamp 2021.

Kategori: 21 km

Ranking ke-76. Yang terbaik saya pernah dapat dalam virtual run yang saya join sebelum ni. Sebelum ni, ranking saya banyak yang ribu riban je. Hehehe...


Ini adalah virtual medal nya. Comei singa. 

Ha ah, virtual run ni, percuma je. Suka-suka.

Sekian cerita riadah hari ni.

Insya-Allah, suami akan jalani pembedahan kakinya minggu depan, bila semua kertas kerja insurans dah clear. 😊 

Saya jalani hari demi hari. Saya takdelah fikir sangat. Benda yang bukan dalam bidang kuasa saya, saya tolak ke tepi. Bila dah tua ni, tak bole fikir banyak benda sangat dalam satu masa. Buat serabut kepala otak saja. Saya tenang bila dapat tahajud. Juga dapat berlari. Benda yang akan datang, saya tak mau fikir sangat. Insya-Allah, saya boleh, bila dah terjadi, tahulah saya camana nak buat. Maksud saya, situasi di mana suami di hospital, dan anak sulung SPM. Nanti, kita adjust la masa tu, camana. Bila jadi driver, bila jadi nurse, masak lagi. I got this! I can do this!

Jumpa lagi, ye!

Monday, 22 February 2021

Good luck anak-anak SPM!

 Berdebar tak? Berdebar la jugak. Anak yang nak periksa, aku yang debor. Hehe. takpe, takpe, tahajud pukul 4 pagi, siapkan makanan dan kita keluar jogging lepas subuh. Suami yang hantar anak ke sekolah. Kita beri sokongan kat dia, Insya-Allah dia boleh buat. Tugas saya sekarang hanya mendoakan, semoga semua dipermudahkan. Good luck kepada anak-anak pembaca sekalian, anak sedara ke, anak murid ke, yang hadapi periksa SPM start hari ni. 😊


Acik jogging slow-slow je hari ni. Semalam dah bantai half marathon. 😅


Ini adalah gambar carbo-loading saya, semasa petang Sabtu lepas. Sebab keesokannya, saya plan untuk buat half marathon. Nasi kandaq satu! Kuah campor, ayam madu, dan sayur acar. Sedap, ye! 😋

Saya pernah buat half marathon dalam keadaan intermittent fasting. Boleh, selesai, tapi rasa nak mati! Hahaha... badan melayang-layang. Seeloknya, kalau nak buat half atau full marathon, carbo load la dulu, ye. Badan macam kereta, perlu minyak. Kalau takde minyak, camana nak jalan. 


Lepas habis lari, pekena tembikai sejuk, yang dah siap dipotong awal-awal dan simpan dalam fridge, rasa nikmat sangat!

Semoga urusan seharian anda semua berjalan dengan lancar dan selamat semuanya.

Jumpa lagi, ye. 😊

Sunday, 21 February 2021

Half Marathon pertama 2021

 Assalamualaikum dan hai semua... 😊

Pagi tadi, saya buat half marathon.


Seksa la. Sebab cuaca panas. Saya start 6.46 pagi, seperti dalam gambar di atas. Lebih kurang pukul 10  pagi baru saya habis. Hahaha.. adoi. Mula-mula saya jogging dengan kawan-kawan sini. Lepas dia orang stop, saya sambung sorang. Alhamdulillah. Larian mencari kekuatan diri, dan membuang angin toksik. Yang tinggal kini hanya angin yang baik-baik, sebagai dorongan untuk anak start periksa SPM, esok. 😊


Jumlah langkah saya pada  hari ini adalah 34,093. Selalunya, hari jogging biasa, dalam 16,000 macam tu.


Menerusi aplikasi Strava, saya berjaya habiskan cabaran half marathon di bulan Februari. Yay!


Menerusi aplikasi 42Race pula, saya selesaikan virtual run AIA iRun for Vitality, kategori 88 km.


Ini adalah virtual medal dia.

Saya rasa, saya nak habiskan dulu virtual race yang saya dah daftar. Lepas tu, tak mau masuk dah la virtual race ni. Mungkin bukan jiwa saya. Saya lebih suka event larian sebenar, di luar. Takpe takde pun, sebab covid. Bila dah ada semula, boleh la join semula. Mungkin ada yang berpendapat, rugi la, dah la saya lari hari-hari, rugi tak register untuk virtual race. Takpe la, semua orang punya pendapat masing-masing. Cuma saya tak berminat la, dengan virtual virtual ni. Takde medal pun, saya akan tetap berlari, selagi diizin olehNya.

Gitu la cerita hari ni. Half marathon! Hehe. Suka saya. Mental sebenarnya, bila kita start lari sorang-sorang. Yang penting, fokus dan teruskan je. Pace doesn't matter. Forward is forward. 

Jumpa lagi ye. 😊

Saturday, 20 February 2021

Larian Sabtu

 Assalamualaikum dan hai semua... 😊

Hari ni hari Sabtu. Saya jogging lama sikit pagi tadi.


Lari 10 km hari ni. Penat. 😅 Lama tak buat 10 km kat luar. Dalam rumah, tak rasa penat pun. Kat luar, ambik... 

Gambar kenangan saya, arwah mak saya dan kakak sulung, depan masjid Shah Alam. Gambar ni, mak saya baru balik haji. Saya darjah 3. Tahun 1987. Saya ingat lagi, rindunya dengan mak, pergi haji dengan bapak, lebih sebulan lamanya. Lepas dia orang balik haji, terus pergi cuti satu keluarga, pergi KL dan Cameron Highlands. Masa ni, saya dan keluarga tinggal di Kangar, Perlis. Jadi, memang seronok la, dapat makan angin di bandar besar. Masa solat kat masjid Shah Alam, saya ingat lagi, rasa cantiknya kat dalam tu. Masa ni, Putrajaya pun belum ada lagi. Long time ago. 😊

Larian hari ni telah melayakkan saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Dah pun melepasi 280,000 langkah di bulan Februari. Yay! Berusaha!


Melalui aplikasi Strava pulak, saya dapat habiskan cabaran lari 10K di bulan Februari.

Cuaca pagi tadi agak baik. Langit ada sedikit berawan. Tak panas sangat. Saya habis lari pukul 8.40 pagi. Lepas tu, singgah kedai, beli roti. Dah boleh makan lebih 2 orang, ikut keluasan meja. 

Ok la ye.

Jumpa lagi. 😊

Friday, 19 February 2021

Virtual Run Kedua di bulan Februari

Salam Jumaat semua...

saya rasa syukur dapat lari hari-hari. Alhamdulillah atas nikmat sihat yang Allah bagi.


Larian pagi tadi adalah sejauh 7.3 km.

Gambar nasi goreng yang saya masak awal pagi, sebelum subuh. Saya ada letak daging burger yang dipotong kecil-kecil dan fishball. Apa-apa hal sebelum keluar rumah, saya akan usahakan supaya ada makanan atas meja makan. Nanti budak kecik yang berkembang pesat tu akan cakap,"Mama, saya lapar". Hehe.. kecuali saya rasa malas, saya akan beli sarapan lepas saya jogging. Tapi kat rumah dah ada back-up makanan seperti roti chocolate ke, apa-apa roti la. 


Lepas siram pokok, saya jump rope, macam semalam. Tapi hari ni, saya kira. Cukup 1000 jumps, dah ler. Saya tak sangka juga la, yang hari ni, saya boleh lompat 1,000 kali dalam masa kurang 20 minit. Tapi, saya guna tali biasa hari ni. Kalau guna tali berat, lain cerita la. Rutinnya, rehat 15 saat setiap 100 jumps. 


Saya berjaya habiskan larian virtual, kategori 38 km. 38 km ni, bukan lari sekali harung ye, boleh submit banyak kali. Yang saya lari hari-hari tu ler, dikira sampai cukup jarak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Inilah virtual medalnya. Hehe. Semoga covid-19 nyah dari bumi kita. Rindu nak dapat medal betul, bukan yang maya.

Sekian cerita riadah hari ni.

Esok hari sabtu. Yay!

Jumpa lagi, ye. 😊

Thursday, 18 February 2021

Momot Comei

 Assalamualaikum, dan hai semua... 😊

Ada ok ka, encik dan puan-puan hari ni? Saya harap anda semua sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan seharian.

Pagi tadi, lepas Subuh, saya pun keluar jogging. Keadaan masih gelap gelita masa saya dah sampai di lokasi jogging. Untung ada lampu jalan, mana ada cahaya, situlah saya jogging. Kalau lari gelap-gelap, bahaya wo, tak nampak katak melintas ke, apa ke. Hehe..


Pagi tadi, sempat 7.71 km. 

Gambar adalah kucing kakak sulung saya. Semalam gambar kucing, hari ni pun gambar kucing juga. Hehe, seronok tengok kucing gumuk. Nama kucing dalam gambar adalah Momot. Momot yang besor dan comei! 🐈

Balik rumah lepas jogging, saya siram pokok seperti biasa. Kesian pokok. Cuaca panas. Lepas tu, saya ber-jump rope sekejap. Lama rasanya tak jump rope.


23 minit sahaja saya lompat tali. 

Gambar adalah projek kait terkini. Saya punya banyak projek pada satu masa. Currently, ada 4 projek kait. 1 projek crochet (kait jarum 1) dan 3 projek knitting (kait 2 jarum). Kikiki... tamak haloba.

Sebab saya dah siap masak nasi segala di awal pagi sebelum subuh, jadi saya bolehlah update blog awal hari ni. Abang Long pergi sekolah. 

Ok la ye.

Jumpa lagi. 😊


Wednesday, 17 February 2021

Tiger comei

 Assalamualaikum, dan hai semua...

sejak saya lari luar, saya rasa lebih waras dan happy. Memang saya kena keluar juga, jumpa orang, tengok pokok. Barulah tak rasa bosan. Lega rasanya.


8 km hari ni. Alhamdulillah.

Gambar adalah kucing kakak sulung. Nama kucing, Tiger. 🐈

Saya juga sudah install kembali aplikasi Strava kat telefon. 


Dapat badge cabaran 5 km Februari. 

Hari yang produktif bagi saya. Banyak kerja buat sendiri. Saya redha dengan ujian yang Allah bagi. Ketidakupayaan suami untuk bantu buat kerja rumah, saya terima sebagai cabaran. Bila otak dah waras, baru boleh fikir. Saya kena kuat. Kalau tak kuat, macamana nak jaga suami dan anak-anak.

Nasib baik cuaca petang panas sangat kat sini. Kalau tidak, petang pun mau saya keluar jogging juga. Makan angin, pergi lari, hati riang.

Ok la. 

Jumpa lagi, ye. 

Majulah sukan untuk diri sendiri. 🏃😁

Tuesday, 16 February 2021

Saya lari luar

 Ya, saya dah lari luar semula. Kepala otak saya dah naik senget dah, lari dalam rumah, keliling meja makan. Saya keluar lepas Subuh, balik sebelum pukul 8. Tak ramai orang sangat. Saya jumpa semula kawan-kawan lari saya. Alhamdulillah. Rindu dia orang. Lama tak jumpa. Happy. 😁

Lepas lari, singgah kedai, beli lauk tambahan untuk tengahari dan malam. Nasi dah masak. Saya bangun awal sebelum Subuh, dan sediakan sarapan. 

Lepas mandi, saya ikut suami pergi hospital. Itu la yang tahu keputusan MRI tu. Boleh refer sini.


Ini adalah pemandangan masa tunggu suami buat MRI. Bersihnya hospital ni. Untung suami ada insurans, cover segala belanja perubatan. Alhamdulillah. Sementara menunggu tu, saya membaca.


Pinjam buku Pak Su. Macam menarik je buku cerita ni. Mama pinjam dulu ler. 

Data dalam gambar di atas, adalah dari larian pagi tadi. Saya jogging sejauh 7.87 km.

Lepas settle urusan di hospital, saya dan suami makan di restoran ayam penyet. Dating, berdua, setelah sekian lama. Tengoklah nasi dia tu, bentuk heart. Hehe. Saya order set nasi ayam bakar, sementara suami order nasi ayam penyet. Ayam dihidang bersama sayur kangkung dan timun (timun ada sekeping bawah kangkung), tauhu goreng dan tempe. Ada sup kosong. Banyak nasinya. Punah diet. Tapi ni, hidangan pertama makan hari ni. Dari pagi, cuma minum air masak. So, ok ler.

Itu je la cerita hari ni.

Jumpa lagi ye.

Isnin - Mula Semula

 Setelah berehat semalam, hari Isnin, saya lari semula dalam rumah.


5 km jogging. 

Gambar adalah sarapan saya, iaitu nasi lemak ayam goreng. Hitam kacangnya. Beli je pagi tu.

Dah boleh sync semula dengan aplikasi Garmin. Berikut badge saya dapat hari Isnin.


Sudah melepasi 80.5 km di bulan Februari. Alhamdulillah, atas nikmat lari yang Allah bagi.


Untuk tengahari dan malam, saya goreng mee.

Sekian cerita semalam. Semalam hati ada rasa susah sikit. Sedih. Penat. Campur-baur. Huhu... 

Ok lah. Jumpa lagi.