Monday, 1 February 2021

Bercucuk tanam

 Semalam hari Ahad, saya ada bercucuk tanam sikit. Saya duduk di tapak semaian saya.


Tapak semaian ni terletak di tepi rumah. Kawasan ni ditutup, rupa dia macam reban ayam. Ini adalah supaya kucing saya tak boleh masuk dan buang air di dalam pasu dan tanah yang ada di situ.
Semalam, saya menggembur tanah dalam pasu yang available, dan saya semai biji benih. Saya nak tanam pokok bunga. Saya tak mau tanam sayur dah. Nak tukar angin.


Bila kita bekerja dengan tanah, kita akan jumpa beberapa binatang. Selalu yang saya jumpa adalah lipan. Kalau lipan, saya akan bunuh. Tak kira apa benda yang saya tengah pegang, kalau saya tengah pegang penyodok kecil, dengan penyodok la saya akan kerat-kerat lipan tu. Lipan adalah binatang berbisa, saya tak boleh biar hidup. Kang dia masuk tanah mana, lepas tu, mungkin keluar kat kaki saya ke, tak boleh biar, jadi saya bunuh. 
Selain lipan, saya selalu jumpa cacing. Rugi pulak takde yang memancing. Kalau tak, boleh bagi cacing, buat umpan. Cacing ada yang panjang, yang pendek, yang halus, yang besor. Ish ish, geli geleman saya tengok. Tapi saya tak bunuh cacing, sebab cacing bagi pengudaraan dalam tanah, sekaligus, dia adalah penggembur tanah yang baik. 


Ini adalah beberapa pasu yang saya sempat semai semalam. Saya semai biji benih beberapa pokok bunga. Errr, tak yah bagitau la sini. Nanti kalau dia tumbuh, baru saya tunjuk ye. Malulah, kalau tak jadi. Saya budak baru belajar. Setiap pasu, saya label dengan nama pokok dan tarikh semai. Semoga tumbuh dengan subur. 

Punyalah ralit bercucuk tanam semalam, suami saya yang masuk dapur, memasak. Saya sangat beruntung kerana punya suami yang baik dan memahami. Alhamdulillah.


Suami saya masak nasi goreng semalam. Sedap. 😋

Lepas tu, suami ada kutip ulam raja yang ditanam depan rumah. Cicah budu. Sebelum tu, awal pagi, dia dah keluar beli kueh dan nasi untuk sarapan. Kueh akok pun dia ada beli.


Jadi, itu je la cerita semalam. Saya tak riadah juga semalam. 

Hari Ahad, hari bermalas-malasan. 😁

Jumpa lagi ye.

10 comments:

  1. Wah ada tempat khas untuk bercucuk taman. Besar juga tanah sekitar rumah.
    Hari ini saya masak spaghetti. Masak mak dan abah puasa. Lepas itu abah beli nasi beriani untuk berbuka. Banyak beli sebab duduk 3 orang. Hehe kalau ada 5 orang anak buah duduk sini memang kena masak selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga la, NA, rumah peninggalan arwah mak. Luas kawasan nak kena jaga.
      Mesti sedap spagetti NA masak. Nasi beriani pun. :)

      Delete
  2. semoga menjadi tanaman Nur..pokok sayur & pokok bunga..

    Alhamdulillah, suami bantu masak..menarik nasi goreng tu, nmpk sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Boleh tahan, nohas, nasi goreng tu. Orang laki kalau masak, lagi sedap dari kita. Hehe.

      Delete
  3. Wahhh banyak pasu, banyak semaian tu. Harap menjadi hasil tanaman Kak Nur. Sesekali husband masak, gerenti sedap rasa dia. Kann
    ulam raja tu selalu confused dengan daun selom..huhu sedap makan berulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Fizah. Ye, memang sedap nasi goreng dia masak. Kalah kita. Oh ye ke. Untuk info Fizah, akak tak kenal daun selom rupa macamana. Kikiki....

      Delete
  4. Selamat bercucuk tanam Nur. Saya suka melihat hasil tanaman, tapi berat tulang nak menanam...ahaks!

    ReplyDelete
  5. lipan mmg layak kena bunuh, tak tau bila dia nak sengat kita... kan

    ReplyDelete