Sunday, 7 February 2021

Cerita hari Jumaat

 Cerita hari Jumaat lepas, saya baru dapat update di sini, hari Ahad. Huhu.. layan je la, ye.

Untuk sarapan Jumaat lepas, saya telah masak mee goreng.


Tak menariknya mee goreng saya. Kosong je. Sayur pun takde. Di celah-celah mee itu, terselit ayam goreng pedas McD, dan meatball. Hehe.

Lepas siram pokok segala, seperti biasa, saya lari dalam rumah.


Larian Jumaat: 9 kilometer

Masa larian: 1 jam 43 saat

Jumlah kalori terbakar: 442

Saya dapat badge berikut, dari aplikasi Garmin Connect, menerusi larian saya.


Bagus app Garmin Connect ni. Dia nak bagi motivasi orang lari, dia ada buat cabaran, dan bila orang buat, dia bagi badge dan mata. Larian hari Jumaat lepas, saya melebihi 5 kilo, jadi dapatlah badge di atas.

Lepas lari, saya buat yoga sekejap.


Masa buat yoga: 19 minit 50 saat

Tengahari Jumaat tu, tak masak dah. Habiskan mee goreng yang dimasak pagi. Tapi saya sempat potong tembikai.


Nikmat betul makan tembikai sejuk waktu tengahari yang panas. Menggamit kenangan bila masuk event lari, antara buah yang selalu organiser sediakan adalah tembikai, selain pisang. Giler nikmat makan tembikai sejuk bila dah lari lama. Rindu nak lari dalam event. ๐Ÿ˜

Lepas suami balik kerja petang Jumaat tu, suami ajak pergi Aeon. Rupanya nak masuk Aeon tu, tak lebih 300 pengunjung pada satu masa. Mana saya tahu. Masa PKP 1.0 dulu, suami je keluar rumah. Kali ni, satu rumah boleh 2 orang keluar. Meh ambik gambar kenangan sat, dengan nombor nak masuk shopping complex. Hehe..


Itu nombor 005. Bukan 500. Terbalik bila selfie.

Pelik juga, sebab bila beli barang dapur di pasaraya kecil, tak payah nombor pulak, padahal orang ramai. Tapi masuk shopping complex besar seperti Aeon dan Tesco, kena ambik nombor.

Tujuan masuk Aeon sebab nak beli kek saja. Bertuah ada budak tu, makcik kesayangan dia siap transfer duit, suruh beli kek, walaupun Abang Ngah tak nak kek sempena birthday dia pada hari sebelumnya. Tapi dah orang nak bagi juga, kita kena beli. Rezeki jangan ditolak. Hehe. Kalau tuan punya badan tak mau makan, mak dan bapak budak sedia habiskan. ๐Ÿ˜


Ice-cream cake dari Baskin Robbins. Perasa Kit Kat. Giler sedap! Tak tau nak cakap camana. Cair di dalam mulut. Kecuali bila makan kit kat dan coklat bar belakang tu je rasa crunchy. Terer betul dia buat kek aiskrim. ๐Ÿ˜‹

Tu je la cerita hari Jumaat lepas.

Sekian. Jumpa lagi ye.

12 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, memang sedap, Adinda Baizura.

      Delete
  2. Alamak teringin hendak makan kek aiskrim Baskin Robbins.
    Takpe patuh sahaja peraturan.

    ReplyDelete
  3. Makin bertambah jarak lariannya.
    Betul tu rezekijangan ditolak, nanti dia takut nak dekat.

    ReplyDelete
  4. mee goreng simple simple pun sedap kak tanpa sayur sesekali. Saya pun suak tembikai, beli tembikai potong letak dalam peti ais. nikmat makan sejuk sejuk tu.

    Dapat juga badge. Tahniah!

    baru tahu membeli brg pun guna sistem nombor. nampak sangat lama tak keluar rumah beli brg.

    Alhamdulillah syukur rezeki orang belanja kek. sedap tu kek aiskrim BR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, sama selera kita, Fizah, suka tembikai.
      Mekasih, Fizah. Hehe. Akak pun baru tahu. Alhamdulillah.

      Delete
  5. ayam goreng mcD yg terselit tu lagi menarik dari sayur2 ni

    ReplyDelete
  6. Mee goreng tu pun Eza nampak sedap. Haha. Apatah lagi kek Baskin Robbins. Alhamdulillah rezeki anak kak Nur :)

    ReplyDelete