Berdebar tak? Berdebar la jugak. Anak yang nak periksa, aku yang debor. Hehe. takpe, takpe, tahajud pukul 4 pagi, siapkan makanan dan kita keluar jogging lepas subuh. Suami yang hantar anak ke sekolah. Kita beri sokongan kat dia, Insya-Allah dia boleh buat. Tugas saya sekarang hanya mendoakan, semoga semua dipermudahkan. Good luck kepada anak-anak pembaca sekalian, anak sedara ke, anak murid ke, yang hadapi periksa SPM start hari ni. π
Acik jogging slow-slow je hari ni. Semalam dah bantai half marathon. π
Ini adalah gambar carbo-loading saya, semasa petang Sabtu lepas. Sebab keesokannya, saya plan untuk buat half marathon. Nasi kandaq satu! Kuah campor, ayam madu, dan sayur acar. Sedap, ye! π
Saya pernah buat half marathon dalam keadaan intermittent fasting. Boleh, selesai, tapi rasa nak mati! Hahaha... badan melayang-layang. Seeloknya, kalau nak buat half atau full marathon, carbo load la dulu, ye. Badan macam kereta, perlu minyak. Kalau takde minyak, camana nak jalan.
Lepas habis lari, pekena tembikai sejuk, yang dah siap dipotong awal-awal dan simpan dalam fridge, rasa nikmat sangat!
Semoga urusan seharian anda semua berjalan dengan lancar dan selamat semuanya.
Jumpa lagi, ye. π
Good luck utk anak yg ambik SPM...doa ibubapa sgt mujarab..
ReplyDeleteberlari masa IF? perghh..don't stress your body..
Betul tu, nohas. Doa ibubapa adalah sangat mujarab.
DeleteTak buat dah, nohas. Sekali je dulu, eksperimen half marathon masa IF. Baik.
Alhamdulilah......
ReplyDeleteSeronok sebenarnya berlari masa IF ni. Sebab kita akan rasa lebih penat berbanding lapar. But ya. Badan orang lain-lain kan?
Betul tu, Adinda Baizura. Kalau buat long distance macam half marathon, memang badan rasa ringan. Tapi hujung-hujung tu, lari sambil tepuk perut dah. Masuk angin. Kikiki...
DeleteHaha melamlau IF masa marathon. Kasihan badan tiada tenaga.
ReplyDeleteSemoga berjaya untuk anak Nur.
Memang kalau lari long distance sambil IF, lari guna kekuatan otak je. Kaki dah tak rasa, NA. Hehe.
DeleteMekasih, NA.
Good luck buat semua calon spm. Dan semoga berjaya untuk anak akak. Mesti nerbes semacam kan. Biasa spm akhir tahun...
ReplyDeleteMekasih, Alien Oren.
DeleteHa ah. Covid punya pasal. Dah tunda ke awal tahun. Patutnya, dah lepas spm sejak tahun lepas lagi.
Half ke full saya pewai. Kena slow slow juga kaedahnya. Terbaik kak. suka kecekalan akak berlari dan konsisten. Tembikai potong saya baru habis dalam freezer. baru topup rock melon pulak tukar selera buah :)
ReplyDeleteRock melon? Wow! Akak tak pernah makan la rock melon. Tatau kenapa.
DeleteGood luck untuk adik adik yang ambil SPM hari ni. Semoga dipermudahkan sepanjang menjawab soalan exam. Aaminn
ReplyDeleteAmin, yarabbalAlamin.
DeleteSelamat menduduki peperiksaan untuk calon2 SPM
ReplyDeleteAmin. Mekasih, wak.
Deletegudluck utk anak2 kita yg duduk spm skrg., aminn
ReplyDeleteAmin. Mekasih, Wak Lat.
Deleteanak akak ambik ke? good luck good luck ! berdebar rasa sbb ye la kan sejak covid ni preparation diorg mesti messy huhuhuhu
ReplyDeleteYe, Atie. Anak sulung. Ha ah, tak leh high expectation sangat. Budak-budak tertekan, berapa kerat hari sangatla pergi sekolah, sejak tahun lepas. Covid punya pasal.
Deleteselalu kalau tengah IF, paling kurang sy buat skipping jak. belum penah berlari lagi haha carbo load la paling best bfore marathon hehe
ReplyDeleteBetul tu, Diyanieee. Lagi-lagi, kita carbo load ramai-ramai, dengan rakan runners lain.
DeleteGood luck untuk anak...
ReplyDeleteMekasih, As.
DeleteMoga anak Nur dapat menjawab soalan dengan tenang dari hari pertama hingga hari terakhir menduduki SPM.
ReplyDeleteOh! Tak dapat bayangkan berlari dalam keadaan lapar tidak bertenaga. Syukurlah tak jatuh pengsan.
Amin. YarabbalAlamin. Mekasih, Amie.
DeleteTak, Amie. Sebab masih boleh minum air masak. Ok je. Hehe.