Sunday, 21 February 2021

Half Marathon pertama 2021

 Assalamualaikum dan hai semua... 😊

Pagi tadi, saya buat half marathon.


Seksa la. Sebab cuaca panas. Saya start 6.46 pagi, seperti dalam gambar di atas. Lebih kurang pukul 10  pagi baru saya habis. Hahaha.. adoi. Mula-mula saya jogging dengan kawan-kawan sini. Lepas dia orang stop, saya sambung sorang. Alhamdulillah. Larian mencari kekuatan diri, dan membuang angin toksik. Yang tinggal kini hanya angin yang baik-baik, sebagai dorongan untuk anak start periksa SPM, esok. 😊


Jumlah langkah saya pada  hari ini adalah 34,093. Selalunya, hari jogging biasa, dalam 16,000 macam tu.


Menerusi aplikasi Strava, saya berjaya habiskan cabaran half marathon di bulan Februari. Yay!


Menerusi aplikasi 42Race pula, saya selesaikan virtual run AIA iRun for Vitality, kategori 88 km.


Ini adalah virtual medal dia.

Saya rasa, saya nak habiskan dulu virtual race yang saya dah daftar. Lepas tu, tak mau masuk dah la virtual race ni. Mungkin bukan jiwa saya. Saya lebih suka event larian sebenar, di luar. Takpe takde pun, sebab covid. Bila dah ada semula, boleh la join semula. Mungkin ada yang berpendapat, rugi la, dah la saya lari hari-hari, rugi tak register untuk virtual race. Takpe la, semua orang punya pendapat masing-masing. Cuma saya tak berminat la, dengan virtual virtual ni. Takde medal pun, saya akan tetap berlari, selagi diizin olehNya.

Gitu la cerita hari ni. Half marathon! Hehe. Suka saya. Mental sebenarnya, bila kita start lari sorang-sorang. Yang penting, fokus dan teruskan je. Pace doesn't matter. Forward is forward. 

Jumpa lagi ye. 😊

26 comments:

  1. Selamat menduduki peperiksaan SPM buat anak Nur. Moga dapat menjawab dengan tenang.
    Jauhnya Nur berlari... tak terkejar oleh saya. Jangankan half marathon, suku marathon pun saya dah pengsan hahahahaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie. Amin, amin.
      Hehehe.. suku marathon pun dah ok tu. Ala, 1 km pun dah ok ler. :D

      Delete
  2. i believe that you have a lot of stamina!!! byk kali ajak mama sama2 bristwalking at least, alasan dia, dia dah exercise dlm rumah pagi pagi di dapur, sighhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Akak coba, Atie.
      Biasa, respond mak-mak camtu ler. Sebab dah keluor peluh di dapur.

      Delete
  3. Ya ikut kesesuaian. Saya suka jalan-jalan keliling daripada lari. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan pun ok, NA. Tiada masalah. Mana-mana yang buat kita happy. :)

      Delete
  4. Wowww....!!
    Syabas ... pape pun mmg tabik ar..

    ReplyDelete
  5. Tahniah... next time boleh cuba Intervals pula...

    ReplyDelete
  6. Wow! hebat stamina Nur.

    Semoga berjaya buat calon-calon SPM 2020 yang special.
    Nephew Mrs. A pun ada sorang calon.

    ReplyDelete
  7. Sekarang dah start musim panas. Nak keluar bilik pun malas dah.

    ReplyDelete
  8. tahniahhh sis. teringat join Half Marathon di KK dan Kuching. mental jugak nak habiskan 21km tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Diyanieee.
      Ha ah, tapi kalau event, rasa semangat dia lebih. Seronok pun ada. :)

      Delete
    2. seronok kalau da[at checkpoint yg sediakan makanan best2 heheee

      Delete
  9. double jumlah langkah tu. tahniah kak Nur! Selamat menghabiskan cabaran virtual run :)

    ReplyDelete