Thursday, 4 February 2021

Harijadi Abang Ngah

 Hari ni, harijadi Abang Ngah. Anak kedua saya. Dia tak nak kek. Tapi dia kata, kalau beli ayam goreng pedas McD, best juga. Ok ler.. dah empunya badan request. Mama pun teringin juga, tengok iklan McD yang orang dok makan ayam tu, kruk krak, dengan bunyi pedasnya waktu gigit ayam, oh... menggoda betul. Tadaaa...


Ayam goreng spicy McD in da house! Order melalui foodpanda je, sebab nak guna voucher baru dapat hari tu.


Beli 9 ketul terus. Boleh makan sampai malam.


Pak Su request, nasi lemak McD. Nasi lemak disajikan dengan 2 ketul ayam goreng, sebiji telur mata dan sambal pedas. Peberet Pak Su ni. 


Ni siapa pulak yang order happy meal ni? Mama lah! Hehe.. set happy meal yang cheese burger, didatangkan dengan mainan My Little Pony. Tidak kelihatan My Little Pony dalam gambar, sebab Abang Ngah dah letak di meja komputer dia, sebagai hiasan. Hehe... sebelah kanan gambar adalah hidangan order untuk Abang Long, iaitu set GCB. Turut kelihatan, cheese burger di belakang GCB.


Burger McChicken untuk bapak budak, nanti balik kerja malam, dia boleh makan. Big Mac, beli ala-carte je, kot ada sesapa lapar dan tak mau makan ayam. Juga, 9 pieces chicken mcNuggets, untuk birthday boy. Alhamdulillah, rejeki makan McDonald's hari ni.


Hari ni, genaplah umur Abang Ngah, 15 tahun. 

Saya lahirkan Abang Ngah secara normal, tapi sebab dia besar, perlu bantuan vacuum. Berat waktu dia keluar adalah 3.8 kg. Semangat!


Abang Ngah ni merasa susu badan sampai 2 tahun lebih, tak seperti abang dia. Masa saya lahirkan Abang Ngah, saya dah start jadi surirumah. Abang Ngah ni, dia merangkak tak lama pun. Tiba-tiba, dah boleh jalan dah, walaupun umur dia tak sampai setahun lagi.


Gambar di atas, Abang Long dan Abang Ngah, waktu tengok adik dia orang, masa baru lahir. Turut kelihatan dalam gambar, arwah ibu saya. 


Masa Abang Ngah sekolah rendah, dia masuk PBSM. Dah masuk sekolah menengah, jadi kadet bomba pula.


Cuba anda tengok gambar di atas. Gambar kiri, kakak sulung saya dan kakak tengah saya.

Gambar kanan, gambar anak saya, Abang Long dan Abang Ngah, waktu mereka kecil.

Sama tak muka? Hehe.. cuma jantina je berbeza.

Adik beradik saya, 3 orang perempuan, manakala saya ada 3 orang anak lelaki. Kalau nak tahu, muka sama je, anak saya dan adik beradik saya. Cantiknya Allah buat. Kalau nak tahu, perangai pun lebih kurang, tau. Padahal tempat tinggal mana sama. Macamana perangai Abang Long boleh lebih kurang macam perangai kakak sulung saya? Kakak saya kata, it's in the genes. 😁


Gambar kakak kedua dengan Abang Ngah. Kakak kedua yang dah pindah ke Kuching, baru-baru ni.

 Semoga Abang Ngah membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan rajin solat. Aminnn... πŸŽ‚πŸ’“

25 comments:

  1. Dulu uncle pandang sebelah mata je ayan goreng McD ni... sekali cuba teros pandang dua belah mata! hehehehe

    ReplyDelete
  2. happy birthday abg ngahhhhh :)
    stay handsome always yaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Atie, on behalf of Abang Ngah. :)

      Delete
  3. Happy birthday handsome boy. Rajin-rajin belajar ye, taat pada ibu bapa. Sesekali bagus juga sambut birthday tanpa kek. Kadang-kadang kek tak habis makan. Makan McD tu pun dah cukup sedap!
    Dua gambar tu beza jantina, beza zaman memang rare!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Amie, bagi pihak Abang Ngah.
      Kat rumah saya, kek selalu habis. Cuma Abang Ngah tak minat kek.

      Delete
  4. Happy birthday Abang Ngah. Semoga menjadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat. Aaminn

    Betul kak, rupa dan iras iras tak dapat dinafikan. memang cantik ciptaan Allah :)

    ReplyDelete
  5. happy birthday, abang ngah! semoga menjadi anak yg soleh. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Memang pedas ayam goreng McD. Pernah makan. Terima kasih kepada adik perempuan yang jenis cuba segala jenis makanan terutama makanan yang tengah viral. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. terus teringin lak ayam goreng mcd ni bila akak tunjuk, kalau ayam mcd ni bahagian dada pun layan makan... kalau kfc muak sikit...
    HB abg Ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Dana. Mekasih, bagi pihak Abang Ngah.

      Delete
  8. nikmat nya makan ayam goreng mcD panas2....

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday abg ngah..sedap ayam mcd tu

    ReplyDelete
  10. Selamat hari jadi anak soleh Abang Ngah. Semoga menjadi anak yang baik kepada ibu ayah ya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, amin, ya rabbal Alamin. Mekasih, Eza. :)

      Delete