Sunday, 7 February 2021

Heart Rate vs. Calorie Burn

Maaf la, saya dah lama tak update blog. Sibuk sikit. Nanti saya jalan rumah rakan-rakan blogger sekalian ye, slow-slow.

Saya nak cerita sikit kaitan antara kadar denyutan jantung dengan jumlah kalori terbakar apabila kita bersukan. Saya tunjuk contoh, aktiviti jump rope yang saya buat, selama 20 minit, tapi di hari yang berlainan. Marilah kita buat perbandingan ye.


Belah kiri, data jump rope pada 4 Februari, manakala belah kanan, pada 2 Februari.

Masa adalah sama ye, iaitu 20 minit ber-jump rope.

Tetapi, jika anda perhatikan, jumlah kalori terbakor TIDAK sama. 

Pada 4 Februari, hanya 43 kalori terbakar, manakala pada 2 Februari, 116 kalori terbakar. 

Sila perhatikan kadar denyutan jantung saya, pada 4 Februari, purata denyutan jantung adalah 80, manakala pada 2 Februari, purata denyutan jantung adalah 127.

Jadi, kesimpulan di sini, rendah denyutan jantung, maka rendahlah jumlah kalori yang terbakar.

Jika tinggi purata denyutan jantung anda, maka banyaklah kalori anda akan terbakar.

Itulah kaitannya, antara denyutan jantung dan kalori terbakar.

Apa yang mempengaruhi kadar denyutan jantung kita, tuan-tuan dan puan-puan sekalian?

Ada banyak faktor, antaranya adalah:

1) Banyak minum minuman berkafein seperti nescafe, kopi, dan semua jenis kopi.

Kalau kita minum nescafe, memang jantung kita akan jadi lebih laju. Bagi sayalah. Ada antara pembaca sekalian rasa jantung dup dap dup dap dengan kuat lepas minum kopi? Ha, jangan lupa minum air masak juga.

2) Suhu persekitaran masa bersenam.

Kalau sejuk, jantung kita tenang. Kalau panas, jantung kita kerja lagi kuat. Lagi banyak kita berpeluh, lagi banyak kerja jantung kita buat. Kalau workout dalam rumah, pasang aircond, kita akan kurang berpeluh banding kita bersenam di luar rumah, bawah cahaya matahari.

3) Intensity workout. Atau tahap level senaman yang anda buat. 

Kalau lari pecut, jantung akan lebih laju, banding kita slowjog dan boleh berbual-bual sambil jogging. Kalau lari laju, nak cakap pun susah kan, semput, termengah-mengah. 

Kalau brisk wall pula, lebih santai, jantung kita rileks je, banding kalau kita berlari.

Kalau jump rope pula, kita dok buat trick criss cross la, double under la, lagi semput dari kita lompat basic jump je sepanjang masa workout.

Ha, gitulah contohnya intensity workout.

Ada lagi faktor lain yang mempengaruhi kadar denyutan jantung, tapi yang 3 saya sebut di atas, adalah paling biasa bagi saya. Ada juga special case seperti on medication ubat ke. Ada ubat boleh buat jantung jadi laju. Selain tu, kurang air dalam badan, iaitu dehidrasi juga boleh buat jantung laju. Yang lain-lain faktor, seperti ada penyakit berkaitan jantung ke, tiroid ke, pun boleh buat jantung laju.

Soalan: Elok ke bersenam jantung laju ni? Saya kan nak kurus. Hehe..

Sekali-sekala, seminggu sekali, boleh la. Kalau hari-hari buat senaman intensiti tinggi, matilah nak! Badan kita bukan robot. Perlu rehat. Kalau hari-hari kerja kuat, tak elok juga.

Soalan: Awak tu, Nur, boleh pulak lari hari-hari? Tak penat ke?


Saya slowjog je dalam rumah, santai-santai. Heart rate saya berada dalam zone 2 dan 1 je. Ini macam kalu, hari-hari pun boleh. Kalau cecah zone 5, perlahankan pace anda. Kalau jogging sorang, kita test kita boleh nyanyi ikut muzik tanpa mengah, ok. 

Apa yang saya share ni, dari pengalaman saya sendiri, sebagai pelari pace siput. Saya bukan kejar podium. Saya kejar endurance. Berapa lama saya boleh pergi. Saya berlatih untuk marathon, dan saya bercita-cita nak buat ultra (50km). Pace average bagi saya, pace 9 tu, dah boleh lulus dah untuk marathon, sampai sebelum cut-off time (COT), kalau 6 jam setengah COT-nya. Kalau anda jenis suka laju-laju, silalah. Tiada masalah, ikut badan sendiri. Badan kita ada bagi signal sebelum apa-apa berlaku. Macam kereta juga kan, kalau nak rosak, dia ada keluar bunyi sikit tanda. Badan kita pun sama. Dengar cakap badan. Ukur baju di badan sendiri. Tahap kemampuan atau fitness kita semua tak sama. Jangan risau pasal pace la. Asalkan bergerak ke depan, ok ler tu. Teruskan. 

Buat untuk sihat. Kalau dapat kurus, itu bonus.

Just do it! 🏃

16 comments:

  1. suka kopi..so far takde lg jantung dup-dap, Alhamdulillah..

    betul, exercise utk sihat, cuma jgn overdone..biar sikit tapi istiqomah setiap hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, itu maknanya Nohas sihat sejahtera.
      Setuju dengan Nohas.

      Delete
  2. Setuju dengan komen di atas.
    Satu lagi, amalan saya ialah jangan jogging dalam tempoh 2-3 jam lepas makan berat. 4 jam ke atas dah boleh exercise.

    ReplyDelete
  3. Oh baru tahu kaitan antara kadar degupan jantung dan kalori dibakar.

    ReplyDelete
  4. Biasanya saya jogging petang atau pagi.. berbeza rasanya, pagi lebih bnyak kluar peluh dri petang,, knpe eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluh yang melampau ke? Saya tak pernah pulak compare masa pagi atau petang, sebab saya cuma jogging pagi. Kadar peluh juga bergantung, pada jantina kita, umur, berat, genetik, suhu persekitaran dan tahap intensity lari tu sendiri. Kalau excessive sweating, boleh cuba consult doktor ye, Sang Lagenda.

      Delete
  5. Setuju Nur. Amalkan gayahidup sihat sepanjang masa. Kurus itu kira bonus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Lifetime commitment ler. Cheatday sekali sekala takpe.

      Delete
  6. ohh ada perbezaan juga ikut kadar heart rate. tapi itulah kena tengok kemampuan diri nak bersenam. kalau terus push high intensity memang matilanak badan tak sempat nak recharge.

    ReplyDelete
  7. betul, slow jog jerr.. takyah nak lari laju laju or push our limit

    ReplyDelete
  8. Faham Eza yang Kak Nur cuba sampaikan. Heart rate kita tinggi lebih banyak la calorie akan burn. Nak slow-slow bersenam dah, tak nak manjakan diri. Sebab nak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Eza. You can do it! Berusaha!

      Delete