Saturday, 27 February 2021

Lama tak buat yoga

 Perasan tak bulan pagi tadi sangat cantik dan besar?

Saya ambil gambar berikut masa saya nak masuk kereta pagi tadi, nak pergi jogging.


Terangnya cahaya bulan di langit. 

Pagi tadi, saya jogging sejauh 11 km. Hari Sabtu dan Ahad saya boleh lari lebih masa. Pagi tadi pula, saya cuti masak. Hehe.

Larian hari ini telah buat saya habiskan satu lagi milestone dalam virtual run di aplikasi 42Race.


AIA iRun for Vitality.

Kategori: 168 km


Ini adalah virtual medalnya. 

Ni adalah virtual run terakhir di bulan Mac. Saya tak nak masuk dah virtual run ni. Tak best. Ye la, yang free kan. Kalau nak medal dan tshirt event betul, kena bayar. Lain kali la, bila masa mengizinkan, bila running events dah boleh diadakan semula. 

Pakcik sakit kaki kat rumah nampak bosan dah, jadi saya ajak dia dating, keluar sarapan di luar. Nanti, dah bila lagi dapat berjalan, makan di kedai. Pakcik tu tengah berdebar-debar, menantikan hari pembedahan kakinya. Jadi, marilah kita pergi jalan makan angin di luar ye.


Sarapan pukul 10 pagi. Saya order nasi ayam ayam bakar. Sedap. Apa-apa ayam bakar, yang bila kita makan, ayamnya rasa cam makan sate, saya suka! ๐Ÿ˜‹

Nama kedai: Restoran Nasi Ayam Bakor Tapah Road, cawangan Lumut

Restoran ni ada banyak cawangan. Kat Cameron Highland pun ada, selain di Tapah, Perak. Selain nasi ayam, ada juga nasi lemak, laksa telor sarang, dan sebagainya.


Snek makan di rumah hari ni adalah buah oren.

Saya kan, dah 2-3 hari sakit bahu dan leher. Salah tidor. Bila solat, nak salam belah kiri, ada rasa sakit. Jadi, terasa nak buat yoga pula hari ni. Berikut saya share antara pose yoga yang saya buat masa waktu tengahari tadi.

Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

Lega sikit otot di bahu dan leher saya lepas buat yoga. Rasa kendur segala otot dan sendi yang tegang.

Berikut adalah badge yang saya dapat, dari aplikasi Garmin Connect, untuk aktiviti yoga.


Saya lupa yang bulan ni, pendek, sampai 28 haribulan saja. Lusa dah masuk bulan Mac. Nanti anak-anak sekolah rendah dah start sekolah kan, Isnin. Semoga semuanya selamat. 

Jumpa lagi ye.

14 comments:

  1. Wah! Cecah 11 Km hari ini ye Nur.
    Nampak sedap betul ayam bakar tu. Saya biasa makan nasi ayam goreng dan ayam steam. Yang bakar jarang buat, tapi sesekali makan memang sedap sangat.
    Bulan ni memang pendek, kesian yang lahir 29hb tak dapat disambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Amie, nasi ayam bakar.
      Ye la kan, 4 tahun sekali baru sambut.

      Delete
  2. salam cik kak nur, tuari ada ckp pakcik tu 90kg obesity ke? bedah je kaki pasal apa erk? harap2 bukan diabetes kene potong pulak nnti., semoga dipermudahkan ., amainn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bukan sebab diabetes. Pakcik tu jatuh motor, seperti yang Wak Lat dah baca di entri Malang tak berbau tu, kan. Dia punya 3 ligamen kaki putus, wak. Amin. Mekasih ye.

      Delete
  3. Rezeki tu dapat tengok bulan cantik dan terang. Tahniah dapat virtual medal. Bukan orang yang operate tu je yang berdebar kak, kita ni pun berdebar juga dibuatnya. Sedap nasi ayam bakar, betul ayam bakar sedap selalu. buat yoga sambil dengar music tu best betul. esok last february :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak takde rasa debar, Fizah. Ntah, rasa ok je. Sebab akak rasa, boleh baik, Insya-Allah.

      Delete
  4. Saya dapat tengok bulan bulat bersinar kelmarin (hari Khamis) waktu malam.
    Harap berjalan lancar pembedahan nanti.
    Tidak pernah buat yoga lagi.

    ReplyDelete
  5. Malam tadi bulan 15
    memanglah bulat dan penuh sepanjang malam

    ReplyDelete
  6. mama kat rumah pun, klu hari yg dia boleh cuti masak, happy dia bukan main ,terus cari jarum nak menjahit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Oh, mama Atie minat menjahit rupanya.

      Delete