Monday, 1 February 2021

Laporan Januari

 Bulan Januari 2021 telah melabuhkan tirainya semalam. Cepat betul masa tu berlalu. Marilah kita tengok rumusan aktiviti larian saya sepanjang Januari.


Januari 2021

Jumlah jarak larian: 115.9 kilometer

Purata larian sehari: 3.7 kilometer

Purata larian seminggu: 29 kilometer

Total kalori terbakar Januari: 5,696

Yang nampak palang oren-oren dalam gambar di atas, adalah hari saya berlari.

Bila saya lari, saya lariiiiiiii je.

Bila saya ambil satu hari off, tak jadi satu hari, dia jadi banyak hari offfffffff je. 😅

Saya bukan pelari yang hari ni lari, esok cuti, lusa lari. Bukan. All about momentum. Tu pasal kalau saya lari, saya cuba untuk konsisten. Tapi kadang tu, ada benda berlaku. Tak sempat lari. Bila dah tak lari, manjang rasa malas. Tapi bila saya start lari, ok ler. Langkah pertama adalah paling sukar. Bila nak start setelah banyak hari tak lari.

Baru hari tu, saya cerita, saya buat intermittent fasting, dan berat saya 56 kg kan. Setelah 4 hari tak lari, dan tak buat IF, berat saya hari ni 58.5 kilogram. 


Aplikasi BookDoc cakap, berat saya ideal. 

Ada satu hari, selepas hari-hari saya dok intermittent fasting (IF) tu, saya ada rasa light headed. Bila saya bangun setelah duduk, ada gelap mata sikit. Badan saya rasa macam tak cukup keperluan kalori dalam sehari. Ini terjadi bila saya buat kerja berat seperti berkebun atau mengangkat pasu kat luar rumah, dalam cuaca panas. Kalau saya duduk dalam rumah saja, saya rasa ok. Yang saya nak share di sini adalah, kalau anda mengamalkan IF, elok kalau ada satu hari cheat day. Satu hari, tak yah IF, makan mengikut jumlah kalori yang anda perlukan.

Saya nak kurangkan fikir pasal berat badan dah. Sebab BMI saya dah ok. Suami saya cakap, saya dah kurus dah. Makan ler. Tulang je tinggal kat belakang badan tu. Ye la, saya dengar cakap suami saya. 

Saya juga terpengaruh dengan sorang kawan blogger kita, yang juga seorang runner, iaitu Adinda Baizura Mazlan. Beliau ada menggunakan aplikasi BookDoc dan 42Race. Hehe..  sebenarnya, BookDoc tu, suami saya pun ada guna, ofis dia memang suruh dia submit jumlah steps setiap hari. So ok, nanti apa-apa, saya akan update sini. Mana tahu, kot saya register virtual run, saya jadi lebih rajin lari dalam rumah.

Hehe, baiklah. Jumpa lagi. 😊

11 comments:

  1. kadang ni, kita lari bukan sbb nak kurang berat badan jer.. sbb nak stamina supaya tak cepat letih.. tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga cakap Atie tu. Saya lari sebab lari buat saya happy. ^_^

      Delete
    2. happy dan tenang..sbb time lari tu macam2 boleh fikir hehehe

      Delete
  2. Haah saya hendak cergas walaupun emak saya kata saya sudah kurus. Saya ini kurang berat badan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya NA. Untung, kurang berat badan. Hehe..

      Delete
  3. Nak konsisten tu yang payah tu kan kak nur. InshaAllah selagi ada usaha, ada hasilnya. Banyak juga hari berlari tu

    Apps BookDoc ni saya ada tengok di channel Alif Satar ada promote. Macam best. Nanti nak download jugalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Berusaha!
      Oh ye ke. Alif Satar pun ada guna, ye. Dia ada bagi nasihat doktor sekali, kalau kita ada masalah.

      Delete
  4. Teruskan amalan gaya hidup sihat. Buat mana yang mampu. Yang penting, hati selalu happy.

    ReplyDelete
  5. Eh eh. Saya bukan runner luar biasa kak. Saya biasa-biasa je. Rajin IF tu selalu. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Respek dengan Adinda Baizura, bab IF. :)

      Delete