Tuesday, 2 February 2021

Lari je...

 Semalam kan, ada kluster baru di Manjung. Kluster tu, lokasinya dalam lingkungan 1 km radius dari rumah saya. Kluster tu, adalah kluster tempat kerja, di tempat lain, di Kampung Acheh nun, tapi rumah kes indeks bagi kluster di situ, jadi nama dia Kluster Persiaran Raya. Macam seram je. Inilah yang paling dekat dia dah mai. Punyalah banyak tempat, awat dia mai kat sini. Huuu... lagilah tak keluar rumah saya.

Pagi tadi, seperti biasa, bangun sediakan sarapan.


Saya goreng nugget tempura.


Saya buat telur dadar kosong, jadi budak-budak boleh sandwich-kan dengan roti gardenia.


Lepas tu, saya goreng karipap frozen. Besar karipapnya. Karipap pusing, inti kentang. Karipap frozen ni dibeli di Lesung Mart. Kat Lesung Mart, ada banyak produk keluaran orang kita. Sambal bilis kering, aiskrim malaysia, kerepek macam-macam jenis ada, kueh frozen seperti popia, karipap, cucur badak, ayam dan daging frozen yang diperap sedia dimasak, otak-otak, biskut raya walaupun bukan musim raya, pendek kata, segala mak nenek produk keluaran bumiputera ada dijual. Suka masuk situ. 


Disebabkan saya sarapan dulu, jadi saya layan movie sat, sebelum boleh beriadah. Kena tunggu nasi turun ke perut dulu. Lewat riadah hari ni. Pukul 10 pagi camtu, baru saya jogging dalam rumah.

Jarak jogging hari ni: 6.01 kilometer

Masa jogging: 1 jam 12 minit

Jumlah kalori terbakor: 339

Lepas jogging, saya ber-jump rope.


Masa ber-jump rope: 20 minit

Jumlah kalori terbakor: 116

Apa la nak jadi sekarang ni. Kluster dok tengah-tengah. Rumah kiri. Belah kanan kluster, sekolah anak. Adoi. Nak termenung jap. Tak tau nak cakap apa. 

Lari je la. Itu je yang buat saya happy. Hidup mesti happy.

17 comments:

  1. Risau kalau ada kes dekat dekat ni. Duk rumah je lah sekarang ni kak Nur. Mudah masak hidangan ringkas je pagi pagi. Ye, buat apa yang kita happy je sekarang ni. untuk lupakan sekejap kepeningan dok fikir tu.

    ReplyDelete
  2. Makin lama makin dekat, takut juga. Awal-awal pada orang yang baru balik dari luar negara dan mereka yang sertai perhimpunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, NA. Virus is among us. Cuma tak boleh nampak je.

      Delete
  3. Meriah sarapan paginya.
    Saya tawakal saja sekarang ni. Ramai dah anak murid positif, sedangkan SPM tak lama lagi. Terpaksa dikuarantin. Kawan-kawan pun ada yang positif. Bila difikir, memang beri tekanan hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, Amie. Semoga kita semua selamat. Amin.

      Delete
  4. Mudah2an kita dijauhi daripada jangkitan pendemik ini

    ReplyDelete
  5. jump rope tu, aduh buat 30 ja dah letih.. how laaaa buat sampai 20min?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kita buat straight 20 minit tanpa henti, Atie. Mesti ada rest in between. Kadang kita stretch ke, ambil nafas ke. Penat kalau straight buat tanpa henti.

      Delete
    2. ok atie tryyyyyy... jumping rope dekat uma ada ja dlm almari haahaha

      Delete
  6. Lari kat dalam kawasan rumah ke? Bestnya ada tempat boleh berlari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lari dalam rumah, As. Keliling meja makan, masuk ruang tengah rumah, dan masuk bilik.

      Delete
  7. Hidup mesti happy. Betul tu. đŸ˜€

    ReplyDelete
  8. Betul bila dekat Sgt kluster rasa seram menjadi

    ReplyDelete