Sunday, 7 February 2021

Lari lagi dan masak burger

 Semalam, saya boleh lari lama. Sebab tak perlu berkejar untuk masak ke, atau kena ambil anak sekolah ke. Saya suka hujung minggu. Malangnya Sabtu dan Ahad berlalu begitu pantas seperti angin lalu. Hehe..


Hambik ko! 10 km saya lari semalam. 

Masa jogging dalam rumah adalah selama 2 jam 4 minit.

419 kalori terbakor. Alhamdulillah, atas nikmat lari yang Allah bagi.


Lepas jogging 10 km, saya jump rope selama 15 minit. Seronoknya dapat melompat macam kanak-kanak riang ria.

Selepas mandi, rasa segar, barulah saya ke dapur untuk sediakan makanan tengahari.

Tak masak nasi pun. Masak burger je.


Sorang peniaga burger pernah kongsikan tips nak bagi burger sedap. Sebelum masak burger, goreng bawang dalam kuali atau pan yang kita guna. Goreng bawang sampai layu dan naik bau dia. Lepas tu, keluarkan bawang, letak dalam pinggan, barulah kita goreng roti dan masak burger macam biasa. Bawang yang kita goreng tadi, jangan pulak dicampak. Letak dalam burger. Sedap tau, letak caramelized onions dalam burger kita. Kalau tak caya, cer try. Oh ye, masak bawang tadi dan burger segala, guna planta. Bukan minyak masak.


Ni burger saya. Letak tomato dan bawang goreng yang telah kita goreng awal tadi. Salad takde la pulak. Lupa beli. Anak-anak tak suka burger ada bawang.


Sedapnya, burger masak sendiri. Masuk bakul angkat sendiri. ­čśü


Dalam satu pek roti burger, ada 10 bun burger. Jadi, 2 burger untuk setiap orang. Habis! Boleh buka gerai burger camni, lepas suami pencen. Hehe..

Apa cerita anda, hujung minggu ni?

Ramai bebenor orang di jalanraya. Tak macam PKP pun, kat sini. Kat balai polis pun ramai, nak minta balik kampung rentas negeri, ke tu? Huhu, tak tahulah apa nak berlaku. Kita duduk rumah diam-diam sudah.

Babai!           

16 comments:

  1. camne la nk jadi rajin mcm Nur ni ye..
    Nak lari keliling rumah pun jadi malas ni hukkk..
    adoii kena gagah gak lepas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak rajin. Ada hari, saya malas juga.
      You can do it, Ako!

      Delete
  2. Terima kasih bagi tips untuk burger. Nanti cuba petua tersebut.

    P.S: Tengah kejar nombor 3 juta untuk satu blog ini. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih NA ni, malam-malam tak tidor lagi, kejor nombor. :D

      Delete
    2. Itulah lepas itu bad mood sebab tangan sakit.

      Delete
    3. Fuiyo... tapi berbaloi la, dapat hadiah! :)

      Delete
  3. 10KM !!! daily atie mampu 3KM saja..itu pun jalan kerap then lari then jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ler tu, Atie. Dulu saya pun camtu juga. Ambil masa untuk berlari non-stop.

      Delete
  4. Sedapnya burger masak sendiri.
    Makan panas, alanglah nikmatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Amie. Burger masak sendiri juga yang sedap. Boleh letak apa kita suka.

      Delete
  5. Balas dendam tu lari 10km. Okay baiklah, nanti boleh cuba tips tu kalau buat burger kat rumah. tq share Kak Nur :)

    ReplyDelete
  6. Kemasnya. Buat burger pun kemas. Boleh meniaga burger ni Kak Nur. Kalau dekat, memang Eza dah order. Bawang merah ke kena goreng tu Kak Nur? Ke Bawang Holland?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih, Eza. Akak sebelah tangan pegang sudip, sebelah tangan pegang tisu, lap. Kemas dapur. Dah tabiat sejak dulu. Oh, bawang merah, Eza. 2-3 ulas bawang merah, terpulang kalau suka bawang banyak, boleh lebihkan.

      Delete