Saturday, 20 February 2021

Larian Sabtu

 Assalamualaikum dan hai semua... ๐Ÿ˜Š

Hari ni hari Sabtu. Saya jogging lama sikit pagi tadi.


Lari 10 km hari ni. Penat. ๐Ÿ˜… Lama tak buat 10 km kat luar. Dalam rumah, tak rasa penat pun. Kat luar, ambik... 

Gambar kenangan saya, arwah mak saya dan kakak sulung, depan masjid Shah Alam. Gambar ni, mak saya baru balik haji. Saya darjah 3. Tahun 1987. Saya ingat lagi, rindunya dengan mak, pergi haji dengan bapak, lebih sebulan lamanya. Lepas dia orang balik haji, terus pergi cuti satu keluarga, pergi KL dan Cameron Highlands. Masa ni, saya dan keluarga tinggal di Kangar, Perlis. Jadi, memang seronok la, dapat makan angin di bandar besar. Masa solat kat masjid Shah Alam, saya ingat lagi, rasa cantiknya kat dalam tu. Masa ni, Putrajaya pun belum ada lagi. Long time ago. ๐Ÿ˜Š

Larian hari ni telah melayakkan saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Dah pun melepasi 280,000 langkah di bulan Februari. Yay! Berusaha!


Melalui aplikasi Strava pulak, saya dapat habiskan cabaran lari 10K di bulan Februari.

Cuaca pagi tadi agak baik. Langit ada sedikit berawan. Tak panas sangat. Saya habis lari pukul 8.40 pagi. Lepas tu, singgah kedai, beli roti. Dah boleh makan lebih 2 orang, ikut keluasan meja. 

Ok la ye.

Jumpa lagi. ๐Ÿ˜Š

16 comments:

  1. Tahniah Nur dapat 10 km!
    Sehari dua ni dapatlah dating berdua makan-makan dengan Encik Suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie.
      Ha, best, kan, boleh keluar dating. Hehe.

      Delete
  2. wah tahniah! dapat badge mahal tu...mesti seronok nak teruskan berlari lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Alien Oren. Ye, semangat tu datang, bila kita berjaya habiskan satu-satu cabaran. :)

      Delete
  3. Hehe saya pun pertama kali pergi ke masjid Shah Alam masa dajah 4 ikut rombongan sekolah. Tahun 1989. Teringat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... lebih kurang sama cerita kita. Pergi masjid Shah Alam masa sekolah rendah. Memang ikonik dan cantik masjid tu.

      Delete
  4. Selamat melarikan diri lebih 10 km

    ReplyDelete
  5. inshaaAllah, boleh..10km...kenangan jalan2 bersama keluarga mmg memori indah..

    ReplyDelete
  6. kak Nur, tlg la bg atie tips utk more than 3KM !! hahah selalu pancit ja after 3KM hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Atie tengok video ni.
      https://www.youtube.com/watch?v=9L2b2khySLE&t=243s
      Akak slowjog je, Atie. Boleh pergi lebih kilometer. Insya-Allah.
      Slowjogging by Professor Tanaka.

      Delete
  7. Tengok gambar lama, teringat kenangan lama. Al fatihah buat arwah mak Kak Nur. Tahniah untuk 280k bulan February. Keep it up kak!

    ReplyDelete